bismillahirahmanirahim
5 mac 2010 (Jumaat)
assalamualaikum wahai pengembara blog saya. hari ini saya telah menjalani kehidupan saya seperti yang dirancangkan dan ditentukan oleh Allah SWT. hari ini saya bangun pukul 9.09 am. sebenarnya ada kuliah tetapi kerana bangun lewat kuliah saya tak dapat hadiri kuliah saya yang bermula pada pukul 8.00 pagi bertempat di taman U 35. Kursus U pula tu, KPN.
selepas bersiap saya pergi ke dewan seri tanjung untuk menghadiri seminar antarabangsa penulis terkemuka Malaysia Suhaimi Hj Muhammad dan Malim Ghazali (M. Ghazali). seminar ini juga dihadiri oleh Mana Sikana selain Dekan fakulti kami dan pensyarah Sastera UPSI. di samping itu terdapat juga beberapa orang kuat sastera yang saya tak kenal turut hadir sama.
namun apa yang mengecewakan saya semasa berada dalam seminar itu ialah amat sedikit pelajar yang datang untuk memeriahkannya walaupun orang yang dijemput adalah mereka yang intelektual dan sangat kaya dengan ilmu sastera serta mempunyai ketinggian falsafahnya. saya difahamkan bahawa ramai pelajar yang ada kelas dan tidak dapat menghadiri seminar tersebut.
saya gembira kerana dapat bertemu dengan penyair terkemuka seperti HJ Suhaimi Hj Muhammad dan M. Ghazali iaitu penulis novel terkemuka malah sempat juga mengambil gambar dengan mereka. saya juga turut membeli sebuah novel kemasyarakatan karya M. Ghazali berjudul 'Redang' dalam seminar tersebut kerana terdapat pameran buku di situ.
saya juga mengambil peluang sekali seumur hidup ini (mungkin) untuk bertanya soalan kepada penulis sajak terkemuka itu dan alhamdulillah soalan saya dijawabnya walaupun saya tidak puas hati kerana masih banyak persoalannya yang ingin saya utarakan tetapi kerana kesuntukan masa, saya pendamkan sahaja. mungkin saya akan bertanya kepadanya suatu hari nanti jika kami bertemu dengan keizinanNya.
untuk hari esok pula, akan diadakan seminar untuk M. Ghazali kerana untuk hari ini adalah pembentangan karya Hj Suhaimi Hj Muhammad dan akan berlangsung sampai petang. manakala pada malamnya pula akan diadakan penyampaian deklamasi puisi oleh para karyawan sastera juga bertempat di dewan seri tanjung UPSI. jika ada orang luar yang mahu datang ataupun pelajar pogram lain yang mahu datang, kami mengalu-alukan kedatangan anda semua. seminar ini berlangsung pada esok pagi bermula pukul 8 pagi dan pada malamnya pula bermula pukul 8.30. bertempat di dewan seri tanjung UPSI. pakaian untuk malam adalam baju kurung dan baju melayu.
sekarang pergi pula kepada karnival di kolej saya kolej KHAR yang berlangsung sekarang ini. karnival ini ditaja oleh...dah lupa penajanya. tetapi amat meriah bermula pada hari khamis 4 mac - 7 mac (ahad) dengan pelbagai jualan makanan dan barangan dan juga acara-acara yang diadakan. kepada orang luar yang ingin datang memeriahkan karnival ini bolehlah datang di kolej Harun Aminurrashid, UPSI, Tanjung Malim Perak. karnival in bermula pada pukul 8 pagi-12 tengah malam.
hmm, rasanya sampai sini sahaja pertemuan kita dan semoga berjumpa lagi pada diari yang akan datang. salam dariku untuk diri dan anda semua, salam....Hanako
No comments:
Post a Comment