Wednesday, October 28, 2009

Diari Kehidupan 24

Bismillahirrahmanirahim...

hari ini 29 Oktober 2009 (Khamis), sekali lagi saya dilanda bencana tsunami yang meragut seluruh otak yang tidak seberapa ini. bencana ini bukanlah meragut nyawa tapi meragut akal dan fikiran penduduk Kolej Harun Aminurrashid dan seluruh warga UPSI. apa lagi kalau bukan badai exam sudah mula melanda....minggu ni ulangkaji, minggu depan exam mula. haiiii, badan....doakan kami semua agar berjaya mengharungi badai dan merenangi tsunami ini k. Amin...semoga Allah perkenankannya.

ai tapi kan sujana, kenapa ko masih terconggak kat blog ko ni...ko tidak ulangkaji ekkkk....ni fikiran saya ni yang kata, mengada-ngada pula fikiran saya ni. sekali saya tutup suis kang....

oi, otak, akal, fikiran, korang dengar sini,saya duduk kat blog ni nak update diari hidup saya yang terbaru....suka hati sayalah nak buat apa....bukannya saya tak ulangkaji pun...exam dah nak sampai brooo, siapa tak takut....lagipun saya update ni sekejap je....10 minit dah....ok, so jangan korang semua cuba-cuba mengatakan yang bukan-bukan kat saya. sekali lempang kang.....terbaring korang kat longkang...ehhh, lupa sekali ngan saya sebab saya kan tuan mereka...

baiklah, untuk kali ini saya ingin mengucapkan selamat menempuh peperiksaan kepada anda yang pernah melayari blog saya, tak kira dia tu pelajar sekolah rendah atau menengah ke, pelajar kolej ke, asrama penuh ke, matrik ke, tingkatan 6 ke atau pengajian tinggi dan sedang menjalani peperiksaan, semoga anda semua berjaya dalam menghadapinya...Amin.

untuk pelajar UPSI semua selamat mengharungi lautan ilmu dan badai exam k....bagi kos pend. Sastera Sem 7, 5, 3 dan 1, selamat bertarung dan selamat menempuh kejayaan... untuk diri saya juga...semoga berjaya...Amin.... ingat...USAHA dan DOA adalah petua kepada kejayaan di dunia dan akhirat.ingat tu...

hari ini saya tak ke mana-mana, berkurung di bilik....makan apa yang ada. jadi tak adalah cerita terbaru buat saya. oh ya, lupa pula, sama-samalah kita berdoa agar Allah berikan kita kesihatan yang baik sepanjang exam berlangsung....Amin...

untuk itu saya akhirin diari ini dengan ucapan salam untuk diri saya dan anda semua.....salam...Hanako

Monday, October 26, 2009

Kata-kata Hikmah

Cinta itu didasari dengan empat K:
1) Kasih sayang
2) Kejujuran
3) Keikhlasan
4) Kepercayaan

jadi hidupkanlah cinta kita dengan keempat-empa unsur ini. Insya Allah, Bahagia di dunia dan akhirat.

Kata-kata Renungan

" Benarlah perasaan manusia amat sukar untuk diduga. Umpama lautan yang maha luas ini. Semakin dalam diduga, semakin kita tidak mengerti isi dalamnya. Benar bukan?"

Thursday, October 22, 2009

diari kehidupan 23

bismillahirrahmanirahim..
22 Oktober 2009(Khamis)

saya baru sahaja lepas kuliah selepas sehari suntuk tidak pulang ke kolej disebabkan kuliah saya pagi dan petang. pagi tadi saya kuliah pedadogi yang berlangsung jam 11 pagi kemudian jam 2 petang pula saya kuliah pengajaran sastera berbantukan komputer. pukul 5 petang tadi saya terus ke kuliah pengantar teori dan kritikan sastera. habis sampai jam 6 dan pulang kolej hampir jam 7 petang. penat!! oh, tidak penat...saya tak penat pun...
saya hampir tertipu dengan perbuatan saya sendiri. saya fikir hari ini hari Jumaat...cuba teka apa perkara yang saya ingin lakukan bila tiba hari Jumaat...tentulah Nur kasih. nak tengok Nur kasih. punyalah saya gelabah mencari baju untuk turun ke bawah. tiba-tiba saya teringat yang hari ini baru hari Khamis..adei, termalu saya dengan roomate saya. nasib baik baju belum ditukar. kalau tidak...korang fikirlah sendiri. tapi jangan fikir negatif tapi fikir positif ya.
roomate saya ni sejak akhir-akhir ni asyik tengok korea punya game. ketawa seorang-orang bila tengok game tu. kadang-kadang saya pun tumpang sekaki tengok game yang dia tengok. apa sebenarnya yang menarik tentang permainan korea tu. seronok juga saya tengok tapi saya tak mahu excited sangat tengok permainan tersebut. sampai sekarang sejak roomate saya ni tengok tiga minggu yang lalu, saya tak tahu pun apa nama permainan tu. eh, nanti saya tanya dia dulu ya...sebab sekarang ni dia tengak tengok game tu......
oh, bila saya tanya nama permainan tu dia bilang Xman game. tadi masa tanya tu saya buat muka biasa sebab tidak mahu dia tahu yang saya masukkan game tu kat dalam diari ini.
tadi masa saya buka blog saya ni, saya nampak nama Azleena kat dalam laman pena saya...hah, kalau nak tahu dia adalah cikgu saya masa kat sekolah dulu..dari tingkatan 4 sampai 6 atas. cikgu saya ni baik punya. sepanjang kami diajarnya, saya n the geng tak tak pernah di denda kalau kami buat silap. eh, nanti, baru saya ingat...masa enam atas dulu saya pernah kena denda ketuk ketampi 20 kali sebab keluar p tandas lama sangat dan bergeng-bgeng pula tu semasa masuk masa pergantian guru. tapi saya tahu itu semua kesalahan kami dan saya ambil iktibar dari peristiwa tersebut. peristiwa tu bukannya serius pun tapi melucukan bila saya ingat balik. cikgu saya ni pun senyum-senyum masa denda kami...apalagi kami pun senyumlah sama walaupun penat menghabiskan 20 kali tu. kepada Cg Azleena,terima kasih dengan pengorbanan cikgu mengajar kami tentang sastera dan erti kehidupan. cikgu...cikgu suka hujan kan...saya pun suka hujan. selalu hujan di Tanjung Malim ni..bila hujan saya selalu teringat kata-kata cikgu...cikgu kata pada kami bila kami soal cikgu tentang makna hujan.
" cikgu sukakan hujan kerana hujan mengembalikan kenangan kita kepada peristiwa silam."
betul kata cg tu...saya pun selalu terkenangkan kisah silam saya kala hujan turun...
cikgu nak tanya sikit...cikgu suka bulan dan bintang tak...saya suka bulan dan bintang...kalau cg suka tentu cikgu pernah nampak bulan ataupun bintang semasa cg berada di Sabah kan. nak tanya lagi..cikgu suka langit kah, kalau cikgu suka saya bagi sajak ini kepada cg...


Jika kau merinduiku, pejamkanlah matamu rapat-rapat dan ingatlah saat ketika kita bersama. Aku pasti akan datang dan berdiri di depanmu.

Jika kau ingin bertemu denganku, lihatlah bintang-bintang yang berkerlipan di kaki langit. Kau pasti akan menemuiku di sebalik kerlipannya yang indah itu.

Jika kau ingin mendengar suara hatiku, lihatlah alam di sekelilingmu. Kau pasti mememui dan mendengar diriku mengalunkan puisi-puisi dogma di bawah pohon itu.

Jika kau ingin mendengar jeritanku, tunggulah ketika hujan turun membasahi bumi. Ia akan menyucikan jiwa-jiwa insan yang kotor di muka bumi.

Jika kau ingin melihat liukisanku, dongakkan kepalamu di atas langit kesiangan hari. Langit yang biru itu adalah tempatku melukis potret-potret kehidupan.

Jika kau ingin menyanjungku. Jangan! Kerana aku hanyalah seorang musafir yang berkelana dengan debu-debu pasir di lautan duka.

Jika kau ingin mendengar tangisan air mataku, kau akan mendengarnya ketika senja berlalu pergi. Ketika kesepian mengundang datang.

sajak ni saya pernah hadiahkan pada cikgu suatu masa dulu. cikgu ingat balik ya.
emmmm....kita pergi ke tajuk yang lain pula...
saya selalu mendengar orang berkata bahawa ' hidup ini umpama roda' roda? mengapa roda? saya punya tafsiran yang tersendiri tentang kata-kata ini. saya faham maknanya cuma saya ingin melencong sikit tapi ada kaitan juga. uhhh, roda sentiasa berputar bukan...namun putarannya tidak pernah berubah...maksud saya...putaran roda itu tetap di situ juga tiada penghujung....tapi kehidupan kita akan ada penghujung dan perubahan. tentu dalam fikiran korang tertulis..." kenapa dengan sujana ni..merepek saja..." saya tahu kehidupan ini seperti roda yang berputar, sekejap kita berada di atas, sekejap kita berada di bawah, sekali tersasar tidak akan berpatah kembali....itu yang kamnu mahu bukan? sebenarnya saya kadang-kadang terfikir bahawa kenapa kata-kata itu bermaksud begitu. kenapa dia tidak bermaksud begini...jika roda berputar ia akan tetap kembali kepada permulaan. roda tetap roda...roda yang berputar tanpa penghujung. jadi kenapa kita perlu kaitkan roda atau putaran roda dengan kehidupan padahal kehidupan sentiasa berubah dan ada penghujung.uhh, fahamkah korang dengan kata-kata saya ini..ehhhh susah sangat bah nak kasi terang pandangan saya ini... tapi tak apalah, kalau anda semua tak nak pakai pandangan saya pakailah pandangan yang disetujui oleh ramai manusia.
baiklah sampai sini saja diari saya hari ini wahai diri dan anda semua...salam...Hanako.

Monday, October 19, 2009

Diari kehidupan 22

bismillahirrahmanirahim....
19 Oktober 2009(Isnin)

sebenarnya saya tidak tahu apa sebenarnya yang perlu saya kongsikan rutin harian saya kepada anda di luar sana. sebabnya, bagi saya kehidupan saya tiada apa-apa yang perlu dijelaskan. semuanya hanyalah kebiasan bagi seorang manusia seperti saya. bangun pagi, pergi kuliah, lepas tu kuliah lagi dan jam 5 pergi latihan di Gim. malam ini saya bermimpi lagi...bermimpikan bertemu dengan seorang lelaki yang mempunyai sebuah rumah yang besar dan baru dibina. rumahnya bertingkat tiga, satu bawah tanah, dan dua lagi atas tanah. sebenarnya saya kenal lelaki itu. nak dijadikan cerita, di tingkat pertama ( atas tanah ) ada sebuah lubang untuk tempat membuang kumbahan. lubang baru siap. masa tu saya pergilah tengok...mak ai, terkejut saya dengan kedalaman lubang tu...ketinggiannya macaam dasar tasik. dalam sangat...lepas tu saya tanyalah lelaki itu...
" kenapa lubang tandas kamu ni dalam sangat?"
lelaki tua tu jawab." supaya boleh digunakan bertahun-tahun. kedalaman dia ni biasa saja."
saya berasa takut hendak menghampiri lubang itu kerana takut terjatuh. tapi yang hairannya lelaki ini pula dengan beraninya pergi di tepi lubang itu dan menggapai tali yang direntang menuruni lubang tersebut. dannnn kamu tahu apa yang terjadi..lelaki itu terjatuh tapi sempat berpaut pada tali. dia cuba sedaya upaya keluar dari lubang tersebut. saya pula bagi semangat...sambil menarik tali untuk membolehkan dia keluar naik ke atas.
setelah beberapa kali dicuba kami gagal, akhirnya lelaki itu tidak berdaya lagi lalu membiarkan dirinya terjatuh dalam lubang yang di dalamnya ada air yang keluar dari paip atau dari tanah. saya sendiri pun tidak pasti.. kabur-kabur ni. saya menjerit meminta tolong dan segera balik ke rumah untuk meminta pertolongan dari orang ramai...
saya beritahu abang saya dan abang saya menelefon ketua kampung untuk meminta tangga..tangga pula dah..saya jadi hairan pula. mungkin ketua kampung tu ada urusan kerja meminjam tangga pun tergendala tapi abang saya bagitahulah.." nanti datangsini bawah tangga ya.." lepas tu dia terus letak telefon dan macam biasa meneruskan kerjanya. pulak dah...perasaan mereka sepertia tiada apa-apa yang berlaku. kenapa tak minta pertolongan dari bomba...
" kenapa korang macam tiada rasa apa-apa bila ada orang yang sedang kesusahan." saya bertanya...
seorang perempuan menjawab ..." alaaa, macam mana pula dengan anak-anak kita. biarlah dia macam tu... kalau anak-anak kita jatuh ada dia nak tolong...."
adoi, jawapan ni tahap sederhana tinggi kot....saya baru nak jawab tiba saya terdengar bunyi burung bersiul...wwwwwwwiiwwwwttttttt....aik napa pula da burung ni...ini realiti ke alam bawah sedar...mana ada burung kat sini....
ohhh, rupanya saya tersedar dari mimpi....sekarang ni alam realiti dah, bukan lagi mimpi...tak ada lelaki tua tu...tak ada abang...dan tak ada perempuan. saya tengok jam....dah pukul 6.59 rupanya..kelas pukul 8. sedih jugalah sebab tak ada sambungan mimpi tu....rasa-rasanya apa tafsiran bagi mimpi tu ya. siapa anda yang mengetahuinya bagitahu saya yang kerdil ni....
baiklah, cukup setakat ini, sampai jumpa lagi wahai diri dan anda semua...salam...Hanako.

Saturday, October 17, 2009

Diari kehidupan 21

bismillahirahmanirrahim...
18 Oktober 2009 (Ahad)

kisah saya sekarang ni lain dari yang lain...tapi hampir nak sama. sekarang ni saya tak ada kuliah. memanglah tak ada. kan hari ni hari minggu. hah, esok baru ada kuliah. semalam awal saya tidur. sekitar pukul 11. tapi roomate tak ada, balik kampung dia. sudah dua hari saya bertiduran tanpa teman. takut juga sebenarnya kalau tetiba masa saya bangun tengah-tengan malam, ada orang lain yang tidur di katilnya. makhluk yang .....tapi saya dah sediakan pendinding dah, sebelum tidur baca doa dan ayat kursi. tapi jangan hairan, sebab ada juga makhluk tu datang walaupun kita dah baca ayat kursi, macam housmate saya semester lalu.
oh ya, hairan saya...apa mimpi saya malam tadi ya. sejak akhir-akhir ini saya sering bermimpi yang bukan-bukan. gangguan syaitan kah atau petunjuk dari Allah. tapi yang pastinya mimpi saya tu, saya tak ingat...semua mimpi saya tu saya tak ingat apabila bangun dari tidur. tapi ada satu mimpi ni yang saya tak akan lupa sampai bila-bila. cuma mungkin selepas ni lupa kot sebab saya dah ceritakan pada orang lain.
dalam mimpi saya tu saya tak tahu di mana saya berada..tapi yang pastinya sayup-sayup di kejauhan sana saya terdengar orang mengaji al-Quran. merdu sekali dan menusuk hati saya sehingga saya menangis. saya fikir saya akan mati lepas tu....saya turut mengikut suara itu mengaji sambil menangis...tiba-tiba saya terjaga dan anehnya saya kesat air mata tapi tak ada. saya fikir peristiwa itu terjadi dalam realiti...rupanya hanya mimpi belaka. namun itu menyedarkan saya bahawa Kuasa Allah siapa yang tahu....kita akan mati bila-bila masa sahaja...selalulah muhasabah diri...bukan untuk anda semua sahaja tapi saya juga.
baiklah sampai sini saja wahai diri dan anda semua..salam...Hanako

sebuah realiti kehidupan






kecantikan alam tiada taranya, inilah bukti kekuasaan Allah SWT yang Maha Besar lagi Maha Kuasa. siapakah kita, seorang manusia yang kerdil di sisinya...gambar ini bukan lukisan tapi gambar yang diambil secara realiti di sebuah tempat yang saya sendiri tidak mengetahuinya...gambar ini diambil oleh abang saya semasa dia bertugas di tempat tersebut. lihatlah keindahan dan hayati hikmah dan pengajarannya...salam..

Friday, October 16, 2009

Diari kehidupan 20

Bismillahirrahmanirahim...
16 0kteber 2009 (Jumaat)

hari ini saya dan rakan-rakan pergi di auditorium untuk menghadiri seminar yang diadakan oleh pensyarah kami untuk kursus pengantar teori dan kritikan sastera dan teori dan kritikan sastera. seminar ini bermula pada pukul 8.30 pagi tetapi para pelajar diwajibkan datang pada pukul 8.00 pagi untuk pendaftaran. pembembentangan kertas kerja yang dibentangkan oleh para pelajar serta En. Halim dan Prof. Mokhtar pada sesi pertama sangat menarik minat saya untuk setia di tempat duduk. walaupun ikon tak ada namun semangat pelajar untuk mengetahui perkembangan teori dan kritikan sastera di Malaysia sangat mengagumkan.
kesimpulan yang dapat saya buat melalui seminar pertama itu ialah teori dan kritikan amat penting dalam dunia kesusasteraan. tanpa kedua-dua aspek ini mana mungkin sastera dapat berdiri sendiri. sejarah, kritikan dan teori amat bergantung satu sama lain. jika salah satunya tiada maka akan pincanglah sastera itu. namun seperti yang dikatakan oleh Prof. Mokhtar dan En. Halim memang dunia teori dan kritikan di Malaysia semakin pudar. hal ini disebabkan ketiadaan generasi lain yang akan mengembangkannya. saya tidak dapat nafikan pasal itu. kalau saya pun, memang saya akui saya tidak dapat menghasilkan suatu teori seperti yang dilakukan oleh Prof. Mokhtaryang mencipta Teori Konseptual ataupun para penteori lain seperti Muhammad Haji Salleh yang mengemukakan teori Puitika Sastera disebabkan ia mengambil masa yang agak lama untuk menghasilkannya. penghasilan teori seperti menanam sepohon kayu. bertahun-tahun lamanya kerana kita akan mengkaji dahulu teori orang lain barulah kita berani mengemukakan teori kita sendiri.
selepas habis seminar, saya dan rakan saya pergi mencari kotak di kampus untuk menyimpan buku-buku yang tidak digunakan. saya fikir hari ini hari sabtu, dalam kepala dah terlukis gambaran pasar malam di pekan. tapi bila ingat-ingat dan fikir-fikir balik..eh, hari ini kan baru hari jumaat. apasal boleh lupa pula.emmmm...tak apalah...dah nasib badan. besok saya tak akan pergi pasar malam dah. bukan kerana kecewa tapi disebabkan kekangan masa...eseh...tak lah juga. mood tak ada lah. ok hari ini nur kasih kan...saya akan turun bawah untuk tengok ni. hari ini dah episod 20 kalau tak silap. jalan ceritanya semakin menarik. dan saya tak sabar-sabar mahu tengok.
baiklah...sampai sini saja diari saya hari ini. sampai jumpa lagiwahai diri dan anda semua...salam...Hanako

Tuesday, October 13, 2009

Kota cinta kota duka

Kota cinta kota duka
Yang memberikan harapan
Pada seorang gadis
Yang mengharungi ranjau kehidupan
Yang kemelut penderitaan merasuk jiwanya.

Kota cinta kota duka
Mengharapkan impian
dari insan-insan malang ini
Dari lembah ketakwaan
kepada limpah kemungkaran

kota cinta kota duka
yang mengharapkan rezeki
oleh insan- insan yang teraniya
dari rimba kegelapan.

Selamanya kota ini begini
Selagi hayat di kandung badan
Ia akan melimpahkan warna hidayat
Warna kegelapan
Ibarat kain putih yang dibelah tujuh keturunan.


S.hana
11.28 am
2421107[ sabtu}
k. lumpur

BILA TUHAN KATA

Bila Tuhan kata hilang
Pasti akan ada benda yang hilang
Bila Tuhan kata ada
Pasti benda itu akan ada
Bila tuhan kata pergi
Pasti akan ada yang pergi
Bila tuhan kata sembuh
Pasti akan ada yang sembuh
Bila Tuhan kata mari
Pasti akan ada yang mari
Bila Tuhan kata setia
Pasti akan ada yang setia
Bila Tuhan kata tolong dia
Pasti akan ada yang menolong
Bila Tuhan kata dunia ini sementara
Pasti ada yang ingat
Bila Tuhan kata akhirat itu kekal
Pasti ada yang lupa
Bila Tuhan kata kematian itu saat ini
Pasti ada yang buat muka endah
Bila Tuhan kata jangan buat
Pasti ada yang buat
Bila Tuhan kata buat
Pasti ada yang tak buat
Bila tuhan kata penuhilah usiamu dengan amalan
Pasti akan ada yang muncung bibir
Bila Tuhan kata syurga itu adalah orang yang soleh
Pasti akan ada yang gembira
Tapi tak buat juga
Bila Tuhan kata neraka itu adalah orang yang munafik
Pasti akan ada yang takut
Tapi tak juga insaf

Inilah manusia
Punya kelemahan dan kelebihan
Tapi kebanyakannya adalah kesilapan.

Nukilan
S.hana AK
2 April 2009 ( Khamis )
1.01 pagi

Thursday, October 8, 2009

Diari kehidupan 19

Bismillahirahmanirahim
9 Oktober 2009 (Jumaat)
diari kehidupan saya hari ini saya mulakan dengan persoalan...kenapa manusia menghadapi masalah yang perlu diselesaikan setiap hari? mengapa manusia wajib punya kerja yang perlu dilakukan setiap hari? kerja seperti guru, doktor, peguam atau kerja lain memanglah dah lumrah kita lakukan setiap hari. kerja-kerja ini kita memang sudah pun tertulis dalam diari harian kita. apa yang saya maksudkan di sini ialah kerja yang kita tidak sedar dan kita sedar akan berlaku. hari ini kita ada kerja lain esok kerja lain pula. inilah yang akan kita hadapi setiap hari.
saya katakan begini disebabkan saya menghadapi kerja yang saya kena lakukan setiap hari dan berlainan. kerja semalam selesai, hari ini kerja lain pula yang timbul. esok kerja lain pula. bolehlah dikatakan masalah juga. hai...hidup-hidup.
ada lagi persoalan... macam mana kita nak dapat duit tanpa buat kerja apa-apa. kalau jadi jutawan tiba-tiba pun ada kerja juga yang perlu dilakukan. kalau bukan fizikal, otak turut berkerja. kerana menang dalam pertandingan kah atau pun dapat duit kerana dapat cabutan bertuah. kalau cabutan bertuah pun kita tetap kerja juga kerana tangan kita yang mengambilnya. kalau kita dapat duit kerana mengemis pun kita tetap kerja juga. kerja sebagai pengemis. Ringkasnya saya masih tercari-cari jawapan untuk ini semua. Kalau ada di antara anda yang mahu menjawabnya silakan. Saya pasti akan menerima jawapan anda. Kalau tiada akan berterusanlah persoalan ini sampai bila-bila.
Saya pernah mendengar jawapan kawan-kawan saya. kata mereka “ sujana, mana ada perkara yang kita tidak buat tapi kita dapat duit tiba-tiba. Duit boleh didapati jika kita berkerja. Kita dapat duit bila kita kerja. Kalau kita goyang kaki saja, sampai bila-bila pun kita tidak akan dapat duit.’
Emmm…bagus jawapan itu tapi ia masih belum memberikan saya kepuasan. Saya masih memerlukan jawapan yang boleh memuaskan hati saya. mesti ada jawapan lain.
Setiap hari kita akan melakukan kerja yang berbeza, masalah yang berbeza, perkara yang berbeza dan cara penyelasaian yang berbeza. Betul kan…hari ini saya juga sama seperti anda semua. Hari ini saya terkejar-keja sana sini hanya untuk menyelasaikan kerja yang wajib saya lakukan hari ini. esok kan masih ada…memanglah, tapi jika kerja itu tidak diselesaikan secepat mungkin pasti ia akan menjadi banyak.
Oh ya, diari kehidupan saya hari ini lain sikit dari sebelumnya. Saya tidak akan bercerita kisah saya tapi saya akan mengemukakan soalan.
Baiklah sampai sini sahaja diari kehidupan saya hari ini. sampai jumpa lagi wahai diri dan anda semua…salam…Hanako.

Saturday, October 3, 2009

Diari Kehidupan 18

bismillahirrahmanirahim...
3 0ktober 2009 (Sabtu)

kehidupan saya hari ini seperti biasa saja. sama seperti kehidupan orang lain. cuma yang bezanya antara kehidupan kita semua adalah peristiwa dan masa. pagi tadi saya pergi kampus untuk menghantar Assignment kumpulan dengan seorang kawan. lepas tu kehidupan saya hanya berada di sekitar ruang lingkup di rumah saya. saya tidak ke mana-mana sehinggalah tibanya waktu petang. pukul 5 lebih saya dan kawan pergi pasar malam di pekan. sampai kat sana adalah seorang dua orang kurang upaya yang sedang duduk di merata-rata tempat untuk menunaikan tanggungjawabnya terhadap lorong hidup yang dia lalui. atau lebih tepat lagi digelar ' Beggar'(dalam BI ni). melihat mereka saya teringat insan seperti mereka ini di pudu raya KL. hampir setiap kali saya pergi Kl, saya akan nampak mereka. duduk di tangga LRT dan macam-macam lagi.
perkara ini membuatkan saya terfikir. apa perasaan mereka ketika mereka menjalankan tugas mereka itu? macam mana penerimaan kawan-kawan dan saudara mara mereka apabila mereka melakukan kerja seperti itu?
perkara ini juga membuatkan saya seringkali terfikir tentang peristiwa yang dilalui oleh Sasterawan Negara Shahnon Ahmad di mana dia menjumpai seorang pengemis yang sedang duduk di sebuah tempat di Pudu Raya sambil tangannya ligat menyusun barang-barangnya di atas lantai. Shahnon Ahmad memberikan duit kepada pengemis tersebut tapi pengemis itu tidak mengendahkannya kerana dia leka dengan barang-barangnya. Shahnon Ahmad tidak putus asa. dia sekali lagi menyuakan sekeping duit kepada pengemis itu lagi kerana memikirkan pengemis itu mungkin memerlukannya. namun tahukah anda semua apa reaksi pengemis itu...dia meradang kerana ada orang yang menganggu kerjanya. dia tidak mahukan wang. dia hanya mahu bermain dengan barang-barangnya. mungkin itulah keseronokan hidupnya. kebahagian dan kegembiraannya. dia tidak memerlukan wang atau apa-apa daripada orang lain.
mengenangkan ini saya terfikir tentang ' Beggar' yang saya nampak kini. saya bukannya menghina atau menilai mereka dari sudut yang negatif tetapi saya terfikir orang-orang seperti mereka pasti menjadi rencah dalam karya-karya seorang penulis.
bukankah sastera adalah cerminan masyarakat.
hidup ini sebenarnya sebuah alam yang aneh dan pelik. memang pun pelik. di dalamnya terbentang sebuah lorong kehidupan. sebuah pohon persoalan, segunung jawapan dan selautan peristiwa. hidup ini realiti tapi juga fantasi. dunia ini adalah pentas dunia dan manusia adalah pelakonnya. jadi pandai-pandailah kita membawakan watak kita kerana hidup ini adalah campuran antara realiti dan fantasi. sekali kita melakukan kesilapan, takkan berundur kembali. fikirlah sebelum kita difikirkan....
baiklah sampai di sini saja diari saya kali ini..salam kepada diri sendiri dan anda semua....Hanako

Thursday, October 1, 2009

Diari kehidupan 17

Bismillahirrahmanirahim
1 Oktober 2009 (Khamis)

hari ini macam-macam kisah hidup saya. macam-macam yang saya lalui tapi bagi saya biasa saja. saya bangun pukul 9 pagi. biasalah tu kan..walaupun saya ada kuliah toturial sejarah Asia Tenggara tapi buat muka selamba saja. lagipun saya bukan nak bentang tugasan. ish bukanlah buat muka selamba betul-betul ada jugalah takut sedikit. saya lambat ni kerana nak tunggu kawan saya sorang ni. lambat sangat bersiap. saya dah siap siaga awal-awal lagi. tinggal nak pergi saja lagi.
sampai di makmal 3 tu pembentangan dah nak mula dah. kali ini adalah pembentangan kumpulan dan kumpulan lain akan mengkritiknya. yes..nasib baik hari ini bukan pembentangan kumpulan saya ataupun kami yang mengkritik ahli kumpulan lain. hari ini dapatlah kami mengetahui bagaimana caranya mengkritik pembentangan kumpulan lain.
lepas habis pembentangan saya pun tengoklah jam...aik...baru pukul 9.35 pagi. awalnya habis pembentangan. selalunya saya akan meminta izin daripada pensyarah untuk keluar lebih awal 5 minit untuk ke kelas toturial Peda Bm di taman u. tapi kali ini tak merasalah saya nak minta izin. lepas bentang dan kritik dan mendapat ilmu sedikit saya dan geng-geng lain pun keluarlah. nak buat apa lagi kan. takkan tak nak keluar pula bila habis kuliah. takkan tunggu tentera darat nak angkut pakai helikopter atau kereta kebal pula kan. jadi dengan senang hati saya pun p lah di taman u untuk kuliah yang seterusnya. sampai kat sana... hai..belum mula lagi bro...ingatkan dah mula. saya tengok jam lagi sekali...bukan kerana jam saya ni baru ya..jam saya ni lama dah...ataupun saja nak tunjukkan aksi atau cara macam mana nak tengok jam dengan betul. ohhh patutlah...jam baru 10.05 minit. biasanya pensyarah akan datang lewat. bila pensyarah datang terus mikroteching pun mula. adei, ni yang buat otak saya jem ni. bukan jem roti.
lepas kuliah tu saya balik rumah kejap n p kuliah ganti PBK di Dp pula. sebenarnya saya tak tahu ada kuliah ganti hari ini. nasib baik george bagi tahu. itupun ada sedikit keraguan lagi. lepas tanya yang lain keraguan saya hilang. masa kuliah itu saya ingatkan ada pembelajaran rupanya tidak. hantar tugasan dan buat undian pula. saya pula tengah cari ahli kumpulan saya. yelah saya ahli baru dalam kumpulan saya tu. aik..tak ada...ni yang buat saya konpius ni. mana ahli kumpulan saya. takkan sakit kot. alih-alih saya tukar kumpulan.
lepas DP pergi pula open house di dataran auditorium. banyak juga orang yang datang. emmm..nak bantai makanan semua tak larat jadi pilih menu yang sesuai sajalah. lagipun dah kenyang. sekali tengok meriah juga hari raya terbuka ni. ada pula lagu raya berkumandang. mendengar lagu yang didendangkan teringat saya tentang kesepian ketika cuti raya dulu. duduk sorang-sorang di rumah. nasib baik ada burung yang saya tak tahu jenis apa menghibur hati ini.
lepas tu saya dan kawan p klinik untuk tengok kawan kami. balik kolej pakai kereta ambulans. pukul 5 pula pergi kuliah di tadahan utara 3 untuk kursus teori dan kritikan sastera. hari ni pensyarah en. halim bagi rumusan saja. tak mengajar pun. esok ada ujian pula dah. mau dekat pukul 7 baru balik kolej.
baiklah, sampai sini saja kisah saya hari ini. sampai jumpa lagi. salam dariku untuk diri dan anda semua...salam...Hanako...