Saturday, October 30, 2010

Sekadar coretan

Bismillahirrahmanirrahim
30 oktober 2020 (sabtu)

Assalamualaikum
hai apa khabar pengembara blog saya. harap anda semua berasa gembira dengan kehidupan sekarang. rupanya dah lama saya tak berkongsi kisah hidup saya dengan anda semua kan.

sebenarnya, hidup saya sehari-hari adalah seperti hidup seorang pelajar di IPTA juga. kuliah, kuliah dan kuliah. tetapi sekarang kuliah dah habis jadi tinggal menunggu peperiksaan sahaja.

sekarang ni, saya tak tahu apa perancangan saya di masa lapang. cuma sepanjang cuti peperiksaan ni, saya akan berkerja di kolej saya selama tiga minggu. jadi rasanya saya tak akan balik kampung dan di rum,ah saudara mara saya.

hmmm, rasanya saya tak ada apa nak katakan jadi saya minta diri dulu ye. salam wahai diri dan anda semua. salam...Hanako

Wednesday, October 20, 2010

GETARAN

Hatiku subur dalam nada sendu
Dalam serba yang terasing
Menelusuri jalan porak peranda
Tanpa teman tanpa madu

Seharian jiwaku berlagu dengan angin
Malam yang pekat
Di tabir dinding
Tiada siapa yang dapat mendengarnya
Apalagi membuang madu simpati
Hanya angin dan segala benda
Yang dapat mendengar
Tapi entahkan mereka sudi ataupun terpaksa
Mendengar mutiara kelam keluar dari bibir pucat ini.

Fikiranku pusing
Mindaku berroda
Hatiku berkarat
Jiwaku kejap
Suara-suara keji di belakang
Mengendong bayi palsu
Melepas gelodak mafia di pintu kata.

Kadang mindaku bergerak sendirian
Kenapa dan mengapa
Jalan dan lorong hidup ini tidak serasi
Entahlah
Hanya tuhan yang bisa menghentikannya.

S.hana Ak
290807
1.33-1.45 tgh hari ( rabu )
upsi

Saturday, October 16, 2010

Kata-Kata Renungan

'Seringkali orang tua sukar untuk menerima nasihat dari orang dewasa, orang dewasa pula sukar untuk menerima nasihat dari orang muda (remaja) dan orang muda pula sukar untuk menerima nasihat dari seorang kanak-kanak. Padahal nasihat-menasihati itu tidak mengukur usia, pangkat, darjat dan kekayaan seseorang.'

Wednesday, October 13, 2010

Diari kehidupan 59

Bismillahirahmanirahim
14 Oktober 2010 (Khamis)

Assalamualaikum
hai pengembara blog saya? apa khabar? sihat ke? maafkan saya kerana sudah lama tidak mengirim dan memasukkan post terbaru kat dalam blog saya ini. ada yang tertunggu-tunggu tak? kalau ada minta maaf. kalau tak ada minta maaf juga.

hmm, nak dengar cerita saya semalam? bukan hari ini tau tapi semalam. sebelum tu saya ucapkan tahniah kepada rakan-rakan saya, Graduan Pendidikan Kesusasteraan Melayu (AT01) UPSI yang telah berjaya mengenggam segulung Ijazah Sarjana Muda Kepujian pada 13 Oktober 2010 yang berlangsung di Dewan SITC, UPSI. saya tumpang gebira dengan kejayaan anda semua.

kepada Jessica, Mira, dan Florina rakan saya ketika dalam semester satu dan dua, tahniah juga saya ucapkan. kepada rakan-rakan saya yang lain iaitu Asuani, Aniza, Khairul, Zulhelmi, Shah Reza, Robani, Angnes dan yang lainnya tahniah. Insya Allah, suatu hari nanti bila tiba saatnya, saya pasti akan menjejak kamu semua.

sebenarnya, saya terharu dan sedih tambah gembira dengan kejayaan mereka. semalam pun, ketika pergi ke konvo tu, saya terpaksa menahan air mata saya melihat kegembiraan mereka semua. saat yang paling gembira bagi mereka. bagi saya pula, saat yang paling mengembirakan ialah, saya dapat berjumpa dengan rakan-rakan saya ini setelah setahun tidak berjumpa. adakah ini adalah hari terakhir kami berjumpa. saya tak tahu dan tak pernah akan tahu. moga Allah s.w.t akan pertemukan saya dengan mereka suatu hari nanti. Insya ALlah, jika panjang umur.

sempat bergambar dengan beberapa rakan, sempat bergambar dengan memakai jubah, malu sebenarnya tapi tahan je...balik lah, ini sahaja diari kehidupan saya hari ini, salam wahai diri dan anda semua. salam...Hanako

Wednesday, October 6, 2010

Apabila kalbu, hati, jiwa dan akal berbicara

Apabila kalbu, hati, jiwa dan akal berbicara
serentak!
maka
segalanya menjadi haru
perasaan mula bercelaru
mata mula bersikap manja
dan
hidung bertukar warna.

Apabila kalbu, hati, jiwa dan akal berbicara
fikiran menjadi pusing
perasaan menjadi keliru
bibir menjadi sumbing
dan kata-kata tak ada suatu pun yang betul

Apabila kalbu, hati, jiwa dan akal berbicara
itulah tanda masalah akan bertandang.

S. Hana AK
6 Oktober 2010 (Rabu)
23.01 Pm
KHAR, UPSI

Monday, October 4, 2010

KISAH TELADAN-Hamba Badwi Dengan Rasulullah s.a.w

Pada suatu masa, ketika Nabi Muhammad s.a.w sedang tawaf di Kaabah, baginda mendengar seseorang di hadapannya bertawaf sambil berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!". Rasulullah s.a.w meniru zikirnya "Ya Karim! Ya Karim!". Orang itu berhenti di satu sudut Kaabah dan menyebutnya lagi "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah yang berada di belakangnya menyebutnya lagi "Ya Karim! Ya Karim!".

Orang itu merasa dirinya di perolok-olokkan, lalu menoleh ke belakang dan di lihatnya seorang lelaki yang sangat tampan dan gagah yang belum pernah di lihatnya. Orang itu berkata "Wahai orang tampan, apakah engkau sengaja mengejek-ngejekkanku, kerana aku ini orang badwi?.Kalaulah bukan kerana ketampanan dan kegagahanmu akan ku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah".

Mendengan kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w tersenyum lalu berkata: "Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?".

"Belum" jawab orang itu.

"Jadi bagaimana kamu beriman kepadanya?"

"Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya walaupun saya belum pernah bertemu dengannya" jawab orang Arab badwi itu.

Rasulullah s.a.w pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab, ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat"

Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya lalu berkata, "Tuan ini Nabi Muhammad"

"Ya" jawab Nabi s.a.w.

Dengan segera orang itu tunduk dan mencium kedua-dua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu Rasulullah s.a.w menarik tubuh orang Arab badwi itu seraya berkata "Wahai orang Arab, janganlah berbuat seperti itu. Perbuatan seperti itu biasanya di lakukan oleh seorang hamba sahaya kepada tuannya. Ketahuilah, Allah mengutuskanku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang minta di hormati atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya".

Ketika itulah turun Malaikat Jibril a.s untuk membawa berita dari langit, dia berkata "Ya Muhammad, Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu dan berfirman: Katakan kepada orang Arab itu, agar tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di Hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil maupun yang besar".

Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Orang Arab itu pula berkata "Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan denganNya". Orang Arab badwi berkata lagi "Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maqhfirahNya, Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa luasnya pengampunanNya. Jika Dia memperhitungkan kebakhilan hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanNya".

Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu sehingga air mata meleleh membasahi janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata:

"Ya Muhammad, Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu dan berfirman: Berhentilah engkau dari menangis, sesungguhnya kerana tangismu , penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga ia bergongcang. Sekarang katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan menperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampunkan semua kesalahannya dan akan menjadi temanmu di syurga nanti"
Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengan berita tersebut. Ia menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya.