Thursday, July 28, 2011

Sejarah Paling Sejarah dari semua sejarah di dunia ini ( Post Istimewa)

Bismillahirrahmanirahim

Assalamualaikum

Akhirnya sampai juga tangan ini melakar pena dan mencerna akal untuk menulis semula kisah saya dan hari bersejarah saya iaitu Konvokesyen pada hari selasa lepas (26 Julai 2011).

kali ini post atau entry saya kali ini adalah untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada orang-orang yang sangat istimewa di hati saya. Alhamdulillah, Syukur ke Hadarat Illahi kerana dengan Rahmat-Nya maka saya berjaya memperolehi kejayaan yang diidam-idamkan oleh semua manusia di dunia ini. Untuk itu...

Jutaan Terima kasih ku ucapkan kepada keluargaku = Ayah (Appa), Ibu (Amma), Mama (Mama tiriku), Kakak-kakakku, abang-abangku, adik-adikku, saudara-saudaraku. pengorbanan kalian sangat berharga buatku dan akan ku kenang selamanya. Semoga kalian akan sentiasa berada di bawah payung rahmat Illahi dan selamat di dunia dan akhirat. Amin...

Jutaan Terima kasih juga ku tujukan kepada Guru-guruku (sesiapa sahaja yang pernah mengajar saya=guru sekolah, pensyarah, dan insan lain yang pernah mengajar saya untuk menimba ilmu sebaik mungkin). semoga kalian sentiasa berada di bawah payung rahmat Illahi dan selamat di dunia dan akhirat. sesungguhnya kalian adalah guru yang terbaik dalam hidupku.Amin...

Jutaan terima kasih juga kepada sahabat-sahabatku yang bersusah-payah membantu saya dalam menjalani hidup sebagai seorang Hamba dan Khalifah di bumi ini. semoga kalian selamat di dunia dan akhirat. Amin...

Rasanya ingin sahaja air mata ini menitis ke bumi Illahi ini apabila mengingatkan saya bahawa akhirnya saya berjaya mengenggam segulung Ijazah. Insya ALlah, kejayaan hari ini akan menjadi perintis untuk saya berjaya dalam bidang lain. Insya ALlah, saya akan terus mencintai ilmu. mencintainya sepenuh hati. Insya ALlah.

Dayung perahu tujuh haluan,
membawa rokok bersama rempah,
jika ilmu tidak diamalkan,
ibarat pokok tidak berbuah.

Dari saya,

Sujana Kondorid...

Tuesday, July 26, 2011

Sejarah yang paling bersejarah dari semua sejarah di dunia ini

Bismillahirrahmanirahim

Assalamualaikum wahai pengembara blog saya.

Alhamdulillah, hari ini adalah hari terakhir saya sebagai mahasiswi dan graduan dan hari pertama saya menjadi ahli Alumnai UPSI. gembira itu memang ada. bangga kerana akhirnya saya dapat menghabiskan pengajian di universiti yang terbilang ini setelah bertahun-tahun mengharungi cabaran untuk fizikal, otak dan rohani saya di sini.

tambah mengembirakan saya apabila ada sahabat-sahabat jauh dan dekat yang berada di sisi saya walaupun sedih apabila keluargaku tidak dapat datang kerana masalah yang tak dapat dielakkan. tambah mengembirakan saya dan membuatkan saya terkejut serta semacam tak percaya apabila aku mendapat bunga hidup dari pihak pengurusan SKIM Kolej Harun Aminurrashid UPSI.

terima kasih bagi sesiapa yang terlibat dalam memberikan saya hadiah bunga itu. terima kasih juga kepada kawan-kawan dan sesiapa yang terlibat dalam mengambil gambar saya setelah habis konvokesyen ke-13 ini. juga saya ucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat sekerja saya iaitu SKIM KHAR kerana menyaksikan siaran secara langsung ketika konvokesyen itu berlangsung termasuk memberikan sorakan yang gemuruh tatkala tiba giliran saya mengambil ijazah walaupun kalian hanya melihatnya di pejabat. saya hargai pengorbanan dan penghargaan kalian semua.

1 SKIM @ One SKIM (Syitah, Iza, Ain, Wee, Tini, Salwa, Azron, Khairul, Zul, Fizan, Randy, Amirul, Francis dan Joo Lazuardi)

One STAF (Puan Akma, Kak Rina, Kak Lin, en. Amin, en. Ayub dan en. Haris)

TERIMA KASIH SEMUA YE...YE...YE...YE...

salam,

Dari saya...Sujana Kondorid

Monday, July 25, 2011

Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim

Ya Allah, begitu banyaknya Hamba yang berdoa kepada-Mu. dan aku adalah salah seorang daripadanya.

Ya, Allah, aku cemburu ya Allah. aku sangat cemburu. aku takut engkau tak mahu mendengar setiap doa-doaku.

Ya Allah, aku juga malu. aku malu ya Allah. entahlah kenapa aku mesti malu tapi mungkin disebabkan aku malu untuk meminta sesuatu yang sentiasa sama setiap ketika, detik dan saat. ya Allah saat ini juga aku bercakap kepadamu agar engkau mendengar rintihan hatiku.

Ya Allah, kadang aku terfikir apakah mungkin engkau boleh mengabulkan permintaan hamba-hambamu yang banyak ini dalam satu masa. apakah engkau memilih permintaan hamba-hamba-Mu?

Ya Allah, kadang-kadang aku berputus asa ya Allah. aku tidak mahu berdoa lagi kerana aku rasakan yang engkau tak akan mendengarnya tapi kenapa, kenapa saat aku lupakan Engkau, saat itulah engkau berikan aku ujian hati, perasaan? kenapa Ya Allah?

Ya Allah, kalau boleh, jika engkau izinkan mata ini melihatmu aku ingin melihat-Mu ya Allah. aku ingin bertanya banyak perkara dengan-Mu. aku tak kisah Ya Allah, aku tak kisah aku tak dapat masuk taman-Mu seperti yang selalu sahabat-sahabatku impikan dan dambakan dari-Mu selama ini. Ya Allah, Aku mahu aku ingin melihat-Mu dan berbual-bual dengan-Mu tapi apakah engkau mahu mengizinkan aku.

Ya Allah, rasanya aku tidak layak berkata ini kepada-Mu. aku terlalu jauh terpesong ya Allah. saat ini, saat tanganku ini tak berhenti bergerak, hati ini sedih seiring air mataku membasahi baju yang aku pakai ya ALlah. rupanya aku tidak sekuat yang aku sangkakan selama ini.

Ya Allah, jika selama ini engkau makbulkan doa sahabat-sahabatku walaupun doa mereka lewat daripadaku aku redha ya ALlah. aku Redha kerana mereka lebih memerlukan. ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim, sampai akhir hayatku aku akan berdoa dan akan sentiasa berdoa dan bercakap dengan-Mu. Biarpun sebahagian doaku itu engkau tak makbulkan tapi aku harap saat aku berada di sana nanti aku akan menagihnya Ya Allah.

Sunday, July 24, 2011

Kenapa dengan saya?

Bismillahirrahmanirahim

Assalamualaikum
hai pengembara blog saya? masih di situ ke? menjalani kehidupan ini? hari ini saya terbangun jam 2. 45 pagi gara-gara mimpi yang sangat menyedihkan. tak apa, tak yah cerita sebab memang saya tak akan bercerita tentangnya.

apa yang mahu saya katakan di sini. baca punya baca punya baca kenapa dengan saya? saya ni kenapa? dah nak mengembara jauh ke alam lain ke? tak, saya bukan nak pergi mengembara tapi saya mahu mencari sesuatu kenapa dengan saya. saya seperti kehilangan sesuatu.

hilang ditelan arus masa. hilang ditelan arus kemodenan. di mana diri saya yang dahulu. di mana visi dan misi hidup saya padahal sebelum pergi ke sini saya sudah sematkan dan ikatkan kuat-kuat bahawa mahu mencapai visi dan misi saya sebelum mencapai yang lain.tapi sekarang kenapa dengan saya?

hmmm, tak apalah, anda semua mungkin tidak tahu. tak apa. saya tak akan menceritakannya kerana anda memang tak nak tahu dan nak tahu. salam kepada diri sendiri dan anda semua...salam

Friday, July 15, 2011

Aku, Bulan dan Bintang

" wah Cantiknya bintang tu!"
" wah cantiknya bulan tu!"
" mana satu yang cantik bulan atau bintang?"
" Bulan!"
" tak, Bintang!"
" apa jaminan kamu bahawa bulan itu lebih cantik dari bintang? dan apa pula jaminan kamu bahawa bintang lebih cantik dari bulan?"
"???????"
" Bersyukurlah kerana ada bulan yang menerangi malam yang gelam ini. dan bersyukurlah juga kerana adanya lampu alam iaitu bintang yang menghiasi malam. dia ibarat wanita. sebaik-baik hiasan di dunia ini adalah wanita yang solehah dan itulah juga tugas bintang kejora ini di korpus dunia."
" ucapkanlah Subhanallah atas rahmat illahi yang menciptakan kedua-duanya tanpa ada kekurangan pun malah ia cukup sempurna bagi mereka yang tahu memikirkannya."
"subhanallah!"
"Subhanallah!"
" ingat, jangan hanya sekadar mengucapkannya dalam bibir walhal hati pula tidak seiring melakukan pengamatan, penghayatan dan pemerhatian. maka berfikirlah anda."

................................................................................
Assalamualaikum semua.

dah baca apa yang saya tulis kat atas tu.
dah faham atau belum faham.
hmmm, itu adalah prolog dan epilog bagi sebuah lagi karya saya. harap saya ada masa untuk mengakhirnya kerana sejak akhir-akhir ini hati ini dihimpit perasaan malas yang mula tumbuh dalam diri saya. mudah-mudahan ia tak berlarutan hingga ke hari tua. ada ilham tapi tak ada idea mahu mencerna dan mengolahkan nya dalam bentuk karya walaupun hanya cerpen sekalipun.

Insya ALlah, saya akan cuba sedaya upaya saya demia SUM (Seni untuk Masyarakat). demi diri ini dan anda semua. baiklah, sekadar berkongsi idea maka saya akhiri kiriman pada hari ini dengan ucapan salam pada diri dan anda semua. salam...S. Hana AK