Sunday, January 31, 2010

Diari Kehidupan 37

Bismillahirrahmanirahim
31 Januari 2010 (ahad)

Assalamualakum
hai, masih kah anda semua masih mengembara di blog saya? sekarang saya sudah kembali ke kolej saya lagi kat Tj. Malim. biasalah dalam perjalanan saya petang tadi tak ada apa yang menariknya.

sampai kat rumah beli makanan dan makanlah apa lagi kannnn.

k k lah, saya nak pergi keluar ni. mengembara di lautan manusia pula. Insya Allah, kalau ada masa saya kan menulis Diari Kehidupan saya lagi k. salam....Hanako.

Friday, January 29, 2010

Diari kehidupan 36


Bismillahirrahmanirahim
30 Januari 2010 ( Sabtu)
Assalamualaikum

hai pengembara blog saya? terima kasih kerana masih mengembara di blog saya ini. sekarang ni, saya tengah mengembara di blog orang lain. petang nanti saya akan mengembara di laluan manusia pula. ya, maknanya saya akan balik ke kota metropolitan. biasalah tugas ini diamanahkan oleh saya tiap bulan. pukul 4 petang saya akan bergerak dari kolej yang saya sayang ini ke KL.

kepada kawan-kawan saya, ada banyak perhiasan yang akan memengamit mata anda setelah saya balik dari sana. Insya Allah. tidak apa, jangan risau, harganya boleh dirunding! malam tadi saya pergi rumah Fiza, tingkat 5. kami berborak-borak sampai pukul 11. dia menhidangkan makanan untuk saya sekali dengan air milo. saya pun apalagi, pantang disua. tiada malu-malu. tiada segan-segan tapi adalah sikit.

lepas tu saya pergi rumah shida dan maini. kemudian ke rumah anie. kemudian balik rumah untuk tidur. sebelum tidur tu saya baca novel saya dulu (sekarang ni novel saya ni dah saya print). ketawa saya seorang bila membacanya. yelah, macam mana saya boleh hasilkan novel yang ikut suka hati saya saja bila menulisnya. bayangkan, kalau saya hantar novel saya ni kat penerbitan, baru satu peringkat penapisan dah direject.

kepada kawan-kawan saya yang ingin sekali membaca novel saya ni. silalah datang ke rumah bila-bila masa saja. takut nak bawa tempat korang sebab takut dirompak novel saya ni. mungkinlah kan. mana ada betul. kalau betul pula.Nauzubillah.


baiklah, sampai sini sahaja yang dapat saya kongsikan. sampai jumpa lagi wahai diri dan anda semua. salam....Hanako

Monday, January 25, 2010

Sepohon Nostalgia 2

Assalamualaikum.

untuk post kali ini saya akan mengenang kembali kisah saya ketika berada di sekolah. zaman sekolah saya tidaklah seindah mana. zaman sekolah saya kadang-kadang mendukacitakan dan kadang-kadang mengembirakan. saya bersekolah di SMK Tambunan, Tambunan Sabah. jarak rumah saya dengannya hanya 2 kilometer. saya jalan kaki pergi sekolah selama 30 minit. sampai kat sekolah dah mula perhimpunan. sekolah kami adakan perhimpunan setiap hari. kadang-kadang bila hujan saya akan naik bas. seronok jalan kaki ni. dahlah pagi-pagi menghirup udara segar sepanjang perjalanan.

pasal perhimpunan tu, kawan-kawan saya selalu beritahu saya bahawa saya sebagai pembuka dan penutup perhimpunan. apakan tidak, masa orang lain nyanyi lagu sekolah, saya masih berada dalam perjalanan ke perhimpunan. lepas tu bila masa perhimpunan tamat, sayalah orang yang pertama keluar dari tapak perhimpunan. ( kepada pelajar sekolah, jangan ikuti tingkah laku seperti ini. bahaya....)

masa tingkatan satu dan dua saya dan kawan-kawan selalu kena denda jalan itik dari hujung kelas Amanah hingga hujung kelas dedikasi. bangunan kelas kami macam teres. kelas bersebelahan antara satu sama lain. pernah juga kami didenda jalan itik mengelilingi bangunan kelas kami dan bangunan kelas lain. bangunan kami berdepan dengan sebuah bangunan lagi. penat wei, sakit peha dan tumit. tapi masih seronok sebab kami buat mcm permainan. kejar mengejar antara satu sama lain. inilah akibatnya kerana selalu tak buat kerja sekolah yang cikgu bagi.

ketika sampai tingkatan 4, saya jadi atlit sekolah. olahraga jarak jauh. cakaplah acara apa,semua saya buat. dari acara 400 meter hingga 3000 meter saya boleh lari. acara lorong saya ialah 400,m, 4 kali 400m, 800m, 1500m dan 3000m. semua ni saya dah cuba. stamina kuat masa tu. kalau 100 meter dan 200 meter, saya tak boleh. sebab ia acara pecut. niat pertama saya ialah sebab nak kumpul sijil. saya cemburu dengan sepupu-sepupu dan adik beradik saya yang punya sijil yang banyak. jadi saya bertekad yang saya mahu aktif dalam sukan. akhirnya selama 4 tahun saya ikut sukan olahraga, sijil saya lebih banyak daripada mereka semua. puas hati betul. tapi bila dah lama-lama, saya jadikan ia sebagai minat saya. saya tak kisah pasal sijil lagi. yang saya mahu, saya mesti lakukannya. dah jadi macam satu tabiat pula. kalau tak lari, rasa macam kehidupan saya tak sempurna. bila dapat hadiah tu, pelbagai perasaan timbul. gembira, seronok, bangga, sedih, dan macam-macamlah. semua yang positiflah.

dari tingkatan satu hingga tingkatan 6 ( saya tingkatan 6, di sekolah saya)kami warga SEMENTA iaitu singkatan SEKOLAH MENENGAH TAMBUNAN, sering diceramah oleh guru-guru tentang kebersihan sekolah, bagi semangat belajar, menghormati ibu bapa, orang tua, guru-guru dan sesama pelajar. tiap kali perhimpunan, isu-isu itu tidak pernah miss. Alhamdulillah, sampai sekarang saya mengamalkan " JANGAN BUANG SAMPAH DI MERATA-RATA TEMPAT. TAPI BUANG SAMPAH DI TONG SAMPAH". saya sayang sangat dengan sekolah dan guru-guru saya sampai hari ini.

malah saya tidak suka dengan pencemaran. alam adalah anugerah Allah SWT untuk manusia. jadi hargailah ia. sayangilah alam. nescaya, alam memberikan kebahagiaan dan kepuasan kepadamu. masa tingkatan 4, saya ambil sastera sebagai subjek elektif. dengan mengikuti subjek ini, minat saya terhadap sastera semakin mekar dan marak dengan cepat (sebelum tu pun saya dah suka subjek ni), saya suka menulis cerpen dan sajak. saya masih ingat cerpen pertama saya berjudul "HIDAYAH". kisah hamba Allah yang hidup dalam gelumang dosa, kehadiran seseorang tidak merubah hidupnya tetapi selepas orang itu pergi dalam hidupnya, Hamba Allah ini sedar bahawa, ia perlukan seseorang untuk membimbingnya ke jalan benar. kepergian orang itu telah menyedarkannya untuk berubah menjadi hamba Allah SWT yang soleh. sekarang cerpen saya tu dah hilang. tak tahu kat mana. saya rindu untuk membacanya.

saya ada seorang guru lelaki yang sangat berfalsafah. kata-katanya sukar untuk ditafsir. guru saya tu guru sejarah. bila saya tanya pasal sejarah yang saya tidak faham, adakah dia soal saya balik. bila saya tak dapat jawab, dia suruh saya cari sendiri. saya masih ingat soalan yang saya tujukan kepadanya. soalannya begini:

" cikgu, kenapa bangunan-bangunan atau rumah-rumah orang zaman dulu kala unik-unik dan cantik belaka. kenapa bangunan sekarang tak macam tu?"
cikgu saya cakap...
" bangunan sekarang tak unik ke. tengok KLCC tu. bentuk macam jagung."
" tapi cikgu, saya lebih suka seni bina bangunan yang dulu. macam bangunan Pethenon atau colloselum."
" seni bina sekarang cantik apa." lepas tu cikgu saya tu tanya saya pula yang sebenarnya soalan-soalan tu saya yang harus tanya.
lepas tu saya tanya lagi...
cikgu, macam mana bangsa lain boleh faham bahasa kita?, macam mana huruf ABC tu wujud? n banyak lagilah tapi jawapan yang saya dapat hanyalah pertanyaan belaka.

sejak itu saya bertekad untuk mecari jawapannya, tekad saya jika saya masuk universiti nanti, saya akan tanya soalan ni kepada pensyarah-pensyarah saya. tapi bila kat sini universiti....lain pula jadinya.

sekarang pasal sekolah saya, tiap hari rabu dan jumaat ( kalau tak silap saya), pelajar muslim berhimpun di masjid al-Hikmah, manakala pelajar non muslim berhimpun di tapak perhimpunan masa perhimpunan. emm,nak tahu lagu sekolah kami? ni dia...

kami warga SEMENTA
progresif dan berilmu
menggengam erat slogan kita
mendukung falsafah pendidikan..

bersama mengharung satu cita
gigih berusaha
membentuk insan berkualiti
merealisasikan impian.

marilah kita bersama
ke arah kecemerlangan
berlandaskan satu wawasan
megah di puncak gemilang.

kami warga SEMENTA
berbilang bangsa dan agama
berkepimpinan dinamik
berakhlak mulia dan terpuji

marilah kita bersama
ke arah kecemerlangan
berlandaskan satu wawasan
megah di puncak gemilang...

saya suka lagu ni. masa sekolah dulu, saya suka pergi di perpustakaan. masa rehat dan waktu pulang. macam perpustakaan ni macam penginapan kedua sayalah. baca paper, majalah, buku dan sebagainya. emm, kenangan itu akan terpahat dalam lubuk sanubari saya yang paling dalam untuk selama-lamanya. bila sampai kat sini (Universiti) segalanya berubah. sungguh. apa yang saya suka buat suatu masa dulu, berubah bila saya berada di sini. inilah saya, sorang hamba Allah SWT yang tidak kuat menerima dugaan dan cabarannya.

uhh, dah larut malam dah ni. baiklah, saya tamatkan sampai kat sini je ya. Salam...

emmm, bersambung lagi kot sepohon nostalgia ni...Insya Allah, saya akan menyambungnya jika ada masa. jika tiada kekangan. jika ada kekangan, hanya inilah coretan saya...salam

Saturday, January 23, 2010

Puisi Sahabat

Sahabat,
tatkala siang berganti dengan malam
bulan berganti dengan bintang
dan embun berganti dengan hujan
jangan kau punahkan harapanku
melihat kau bahagia
dalam keredhaan-Nya.

Sahabat,
tatkala pagi berganti dengan senja
langit disinari cahaya mentari
dan angin menerbangkan awan
usah kau punahkan harapanku
melihat kau sejahtera
bersama ketakwaannmu.

Sahabat,
tatkala perpisahan telah tiba
jangan kau tangisi kepergianmu
sepertimana aku menangisi kepergianmu
kerana kau perlu kuatkan dirimu
supaya nanti aku mendapat pengajaran darinya.

Sahabat,
andaikata Allah pertemukan kita kembali
senyumlah kepadaku
kerana senyumanmu memberikan sinar keceriaan kepadaku
kerana senyumanmu akan membuatkan aku lebih dekat denganmu

Sahabat,
terima kasih atas segalanya
segala kenangan bersamamu
akanku sematkan dalam hati
hingga hujung Nyawa
dan Insya Allah
Jika Allah izinkan
hingga ke Syurga.

Nukilan: S. Hana Ak
28 Disember 2009
Khar

Diari Kehidupan 35

Bismillahirrahmanirahim
23 Januari 2010 (Sabtu)

Assalamualaikum
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana memelihara saya dan kawan-kawan dalam perjalanan kami yang panjang dari pagi hingga ke petang hari ini. sebenarnya kami tak jadi pergi UM sebab ada masalah sedikit jadi kami tukar fikiran pergi ke UKM. nak kumpul bahan untuk sejarah, kursus minor kami. uhh, rasanya saya akan ceritakan serba sedikit perjalanan kami itu.

Jam 7.30 pagi kami bertolak dari Kolej Harun Aminurrashid dengan menaiki bas SKS KL.sampai di pudu raya kami terus menaiki LRT Komuter. tambangnya Rm 1.70 seorang untuk ke bandar tasik selatan. sampai kat tasik selatan kami naik pula LRT lain untuk terus ke UKM. maknanya kami 2 kali naik LRT yang berlainan.

semasa dalam LRT tu, kami berada dalam keadaan yang selesa disebabkan penumpang yang sedikit. boleh berbual-bual pun. sepanjang perjalanan kami (saya, wani, Anie, Fiza, Amie dan maini) berbual-bual lah. apa lagi kannnn.

sampai kat UKM kami naik bas UKM untuk ke Perpustakaan Tun Sri Lanang UKM. hajat hati naik bas rapid tapi dibatalkan. sebenarnya inilah kali kedua kami pergi kat UKM (orang yang sama) cuma kali pertama tu kami ada kawan yang pernah belajar di UKM sebagai penunjuk jalan, namanya Huda. tapi sekarang hanya kami berenam tanpa dia. payah juga tapi Alhamdulillah sampai juga kat sana.

cuma kredit seorang kami tu, berkurang disebabkan asyik telefon Huda untuk memintanya menunjuk jalan. sampai kat perpustakaan, kami pun cari bahan. kemudian fotostat. cepat juga sebab kami beli kad untuk fotostat. selain cepat ia juga menjimatkan duit. Rm 14 untuk satu kadyang boleh memefotostat entah berapa helai kertas.

dah fotostat, kami pun pulang lah. jam sudah menunjukkan pukul 1.10 tengah hari. kami singgah di rumah kawan wani iaitu leha yang tinggal di asrama UKM. sebelum tu kami tapau nasi dan makan di biliknya. sembahyang juga.

dah tu, kami pun balik kat pudu raya. masa balik tu enjoy saja sebab gembiranya tak terkata. sapa tak gembira. dah dapat bahan walaupun sikit. cuma saya sajalah. yang lain tak tahu. gembira ke tak. nanti saya tanya diorang kalau bolehlah atau ingat atau tak malas. maaf ya.

sampai kat pudu, belih belah di Mydin. belanja sakan. Pas tu jam 5 terus balik tanjung Malim. naik bas SKS KL. bas ni terus ke kolej kami, kolej Harun Aminurrashid. lepas sampai tu...uhh tak yah lah cerita ya. sebab biasa saja. kisah hidup yang sama seperti hari-hari kami di sini sebagai seorang mahasiswa dan mahasiswi.

baiklah, sampai sini sajalah cerita saya. sampai jumpa lagi wahai diri dan pengembara blog saya. Salam...Hanako.

Friday, January 22, 2010

Diari kehidupan 34

Bismillahirrahmanirahim
22 Januari @010 (Jumaat)

Assalamualaikum
dah berapa hari saya tak menulis diari kehidupan saya. kali ini entah mengapa tangan berasa gatal mahu menulisnya. hari ini kelas saya hanya satu sahaja kemudian kami saya bersama teman-teman saya pergi ke pekan Tanjung Malim. hai, sangat pendek rupanya waktu ini. dah nak kiamat macam nilah. tak sangka semester depan tinggal satu semester lagi saya di Universiti ini.

apalah agaknya nasib saya nanti. apakah saya akan menjadi seorang guru atau apa? saya tak dapat memikirkannya. hanya Allah SWT sahaja yang boleh menentukannya dan saya hanya berusaha mengubah nasib saya.

kali ini saya akan menulis sebuah lagi novel berkisar kemasyarakatan. sekarang ia berada dalam proses penulisan saya. Insya Allah, bila siap nanti saya akan mengirimkan sinopsisnya di blog saya ini okey. tajuknya masih belum diberikan.

ini merupakan novel kedua saya. selama ini saya hanya tahu menulis cerpen sahaja jadi kali ini saya akan mengubah pemikiran saya ke arah menulis novel pula. susah juga menulis novel ni. perlukan kekreatifan yang tinggi sehingga kadang-kadang saya kehilangan arah untuk melakukannya namun Insya Allah, saya akan berusaha sebaik mungkin. bukan janji tapi tekad.

esok, saya akan ke UM bersama kawan-kawan saya. tiket kami pukul 7.30 pagi. entahlah, boleh ke saya bangun awal ni. Insya Allah, Allah pasti akan permudahkannya.

baiklah, sampai sini sahaja Diari kehidupan saya hari ini. ingatlah bahawa kehidupan ini semakin menghampiri detik kematian. dunia semakin melewati akhirat. sampai jumpa lagi wahai diri dan anda semua. Salam....Hanako.

Tuesday, January 19, 2010

Sajak Di Sumur Ladangmu

Sajak ini saya tujukan kepada guru-guru yang saya kasihi yang pernah mengajar saya dari kecil hinggalah saya dewasa. tak kira siapapun yang penting dia telah mengajar saya tentang ilmu dan rencah kehidupan. terima kasih wahai guruku...sesungguhnya dikaulah pelita hidupku....

Cikgu,
mindamu bertaktha dalam hatiku.
Sepi akan datang lagi
Tiada kegembiraan tiada kesenangan
Mampukah aku kembali
Mengabdi diri kepadamu cikgu.

Terima kasih cikgu
Engkaulah ratu di hatiku
Kau berikan aku kesenangan dan kejayaan
Dalam sendu nada doamu
Yang kudus lagi maha suci

Mampukah kita bersama kembali
Seperti dua tiga tahun yang lalu
Kita ketawa, bergurindam, berseloka
Dan bersajak bersama

Cikgu
Tahukah cikgu kenapa aku begini hari ini
Memasuki lembah hidup sepertimu
Kerana kau
Aku kagum denganmu
Berani kerana inginkan kepuasan,
berani kerana ingin kami jadi
seorang musafir yang tahu berdikari
dan tahu identitinya.

Akhirnya kau pergi juga cikgu
Setelah sekian lama terperuk dalam sangkar kebaktian
yang maha suci lagi murni
di lembah yang serba terasing keindahannya
Kau pergi dengan kerelaanmu
Jadi bagaimanaakah anak muridmu di sana

Cikgu,
Ketahuilah kau tetap permata hatiku
Selain ibu dan ayah
Kau ibarat mereka selamanya
Tidak ku lupa apa mutiara yang kau beri kepadaku
dan insan yang pernah bernaung di bawa payung kebaktian..

Terima kasih cikgu
Moga kita dapat berjumpa lagi
Di dunia fana ini mahupun alam akhirat nanti
Insya Allah..


Nukilan; S: hana Ak
23-11-07-jumaat-
Jam 9.00-9.17 am
K.Lumpur

Diam

Diam!
Diam lebih baik dari berkata
Diam itu senyuman
Diam itu ibadah
Diam tu iman.

Bila diam
Dusta tidak akan datang
Fitnah tidak akan hadir
Umpat keji tidak akan bertandang
Diam lebih indah dari berkata-kata.

Berpusu-pusulah orang mencari diam
Mulut murai tetap tiadakan dapat mencarinya.

Diamlah dikau
Kerana bila diam
Maka disiplin akan lebih dekat
Kerana bila diam orang suka
Kerana bila diam kawan lebih ramai
Kerana bila diam hati lebih bersih.

Tapi diam juga ada syaratnya
Diamlah dikau
Tapi hati juga perlu diam
Tiada fitnah
Tiada dusta
Tiada kata-kata dan
Tiada umpat keji.

Diamlah dikau
Diam itu senyuman
Diam itu ibadah
Diam itu iman
Diam itu pencari ketenangan
Diam itu lebih baik dari berkata-kata.


Shana
271107-selasa-
8.45-9.00 am
Kuala lumpur

Saturday, January 16, 2010

Remaja

Ketika senja begini
Aku bisa melihat
Anak-anak desa keliling
Kampung,
Duduk di pinggir-pinggir bahu
Jalan,
Ataupun menginap di kedai-kedai
Sementara menunggu bunga segar
datang mengintai

Seperti kebiasaannya
Telingaku selalu mendengar
Bingkisan suara raksasa
Dari bibir-bibir hitam
Mereka, apabila berbicara
Tentang erti
Keremajaan.

S.Hana AK
010206

Sebuah Puisi Aku Untukmu=Hanya Ilusi

Entah kenapa
Aku lesu berdiri
Aku lesu duduk
Di hadapanku
Ruang-ruang kosong
melingkari jasad batinku.

Semalan aku gembira mengapai mimpi
Semalam aku bangga memotret kehidupan
Ketika ia datang terpaku di hadapan
Berdiri sambil mengusap lembut
Helaian – helaian rambutku .

Aku sebenarnya bencikan tangisan
Aku anti pada perasaan
Aku larang sajak remaja memasuki benua hatiku.
Aku buang watak aku dalam puisiku.
Aku ingin menang dalam segala hal.

Semalan dia datang padaku
Sambil tersenyum
Dan aku membalasnya
Tapi akhirnya aku sedar
Kedatangnya hanyalah sebuah ilusi.
Dia datang bukan padaku
Tapi pada orang lain
atas nama sebuah amanah

Hari ini,
Tidak ada lagi wajah-wajah riang
Tidak ada lagi rasa bangga melingkari jasadku
Dan ruang kosong di hadapanku semakin menghampiri
Seperti berkata “ dia bukan untukmu, dan kau bukan untuknya’
Untuk hari esok
Aku tak tahu apa yang akan berlaku
Tidak akan tahu
Biarkanlah
Kerana aku tak mungkin ingin mengetahuinya.


Nukilan :
S. hana k
030407
8.45 am- 9.30 am

Tuesday, January 12, 2010

Diari kehidupan 33

Bismillahirrahmanirahim
13 Januari 2010 ( Wed )

Assalamualaikum, hai pengembara blog saya. masihkah anda semua setia mengikuti setiap diari kehidupan saya? kalau masih, jangan lupa ikuti diari saya hari ini. kalau tak masih...emmm, lupakannya tapi layan ja lah ah.

ada banyak peristiwa yang saya nak kongsikan kat kamu semua dan untuk diri saya sendiri tetapi pukul 11 ni saya ada kuliah. jadi tak banyaklah info tentang peristiwa tu. sebenranya begini...kelmarin saya susun fail dalam laptop saya. kemudian pagi-pagi semalam saya bukalah..tiba-tiba tak boleh buka. adus napa ni. hati ni dah berdebar-debar. napa ni.

" su, napa laptop saya ni tak blh buka." tanya saya pada roomate saya.
" ni mesti ada problem ni. cuba ko hantar kat kedai komputer abang tu." jawab su.
" yalah kan. bagus juga." lalu saya pun p lah hantar. abang tu cakap laptop saya ni kena format.

sebelum tu dia tanya saya nak window apa, vista ke xp dan office apa,2003 atau 2007.
saya pun jawablah nak vista n office 2007.

abang tu tanya lagi, window 7 bagus dari vista. nak ke. saya pun on jelah. pasal window ni saya mana reti. office retilah sebab saya memang guna 2007 punya.

bila dah siap saya pun ambillah dan melayang duit saya lebih separuh rm 50. sampai kat rumah saya cuba buka. wow amazing tapi susah sangat. terbit pula rasa menyesal sebab tak ikut cakap su. dia cakap ambillah window xp. rupanya window yang selama ini saya guna ialah window xp. uhhh, tak apalah....ambil jelah ni. ada duit nanti saya nak ganti balik window. tapi mungkin bila dah selesa pakai ni saya akan lupakan pasal tu.

tulah akibatnya kan kalau malas nak belajar pasal komputer ni. window yang punya senang pun tak reti.

k lah, sampai di sini je. saya ada kuliah ni. salam wahai diri dan anda semua.salam....Hanako.

Saturday, January 9, 2010

Jualan secara langsung dari rumah 1-2-15






salam, sesiapa yang berminat untuk membeli perhiasan wanita iaitu gelang, cincin, pin tudung dan key chan handphone, bolehlah membelinya tempat saya di Kolej Harun Aminurrashid iaitu di rumah 1-2-15. harganya berpatutan.

Wednesday, January 6, 2010

Novel Setelah Lahirnya Senja

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga saya menulis ending novel sulung saya. novel SETELAH LAHIRNYA SENJA merupakan novel sulung saya. namun ia belum dihantar ke mana-mana pihak penerbitan. sebenarnya saya mengambil masa yang lama untuk menulis novel ini disebabkan pelbagai perkara yang tidak dapat dielakkan dan boleh dielakkan.

saya pun tidak tahu apakah novel saya ini baik dari segi penulisan mahupun penceritaan mahupun tidak. kerana ia masih banyak kelemahan dan perlu diperbaiki. kepada kawan-kawan saya, saya akan mengirim SINPOSIS novel saya ini dalam blog saya ini.

Novel SETELAH LAHIRNYA SENJA menyingkap tentang perjalanan hidup seorang gadis yang terperangkap dengan ujian Allah SWT yang bernama CINTA. Kehidupan di universiti telah membuka ruang hatinya untuk mencari makna cinta yang selama ini sering menghiasi ruang fikirannya. Perkenalannya dengan dua orang lelaki di Universiti semenjak semester pertama hingga kedua lelaki itu habis pengajiannya telah membuka pintu hatinya untuk menerima cinta dan sekaligus dia ingin mencari jawapan tentang makna sebenar tentang cinta seorang lelaki kepada seorang perempuan dan cinta perempuan kepada seorang lelaki. Dia beranggapan mungkin persoalan yang menabiri fikirannya semenjak kecil hingga dia dewasa akan terjawab di sini.

Dalam masa yang sama dia berkawan dengan banyak mahasiswa dan mahasiswi. Perkenalannya dengan kedua lelaki ini dan persahabatannya dengan orang lain telah membuatkannya dia akhirnya sedar bahawa persahabatan lebih baik berbanding percintaan. CINTA memang membahagiakan tetapi kebahagiaan itu bersifat sementara dan mengundang banyak keburukan. Manakala Cinta terhadap Allah SWT lebih abadi dan lebih membahagiakan. Oleh itu dia bertekad untuk mencari CINTA Illahi.

Ya Allah, ampunilah dosa hambamu ini. Sesungguhnya aku sudah jauh terpesong dari landasanMu ya Allah. Ya Allah, kehadirannya mengetuk pintu hati ini dan tanpa ku sedari ibadahku tidak lagi seperti dulu. Sujudku tidak lagi sekhyusuk dulu. Ampunkanlah dosaku ya Allah. Ya Allah, akanku ubah diri ini. Akan ku ubah fikiran ini dari mengingatinya. Pimpinlah aku untuk melupakannya ya Allah. Selama ini aku seperti wanita yang tidak bermaruah menagih cintanya. Aku tidak malu mengungkapkan cintaku kepadanya sehingga akhirnya aku malu sendiri ketika mendengar jawapannya.

Ya Allah, kata-katanya telah menyedarkan aku daripada dunia khayalan dan fantasi yang kubina selama ini. Aku malu padanya ya Allah. Tidak pantas aku melakukan perkara itu. Apakah nanti pandangannya terhadapku. Mungkin dia akan terfikir bahawa aku adalah wanita yang mengibaratkan dirinya seperti perigi mencari timba.

“ Wahai wanita, jagalah maruah kamu. Jangan mudah mengikut kata hati. Janganlah kamu terlampau murah di sisi lelaki kerana sebahagian mereka tidak sukakannya dan sebahagian lagi sukakannya. Pilihlah jalanmu”

Ya Allah, aku tidak sanggup untuk bertemu dengannya lagi. Janganlah engkau pertemukan kami ya Allah. Biarkan dia mencari wanita yang baik hatinya untuk dijadikan peneman hidupnya kerana sesungguhnya aku tidak layak untuknya ya Allah.

Ya Allah, berikanlah aku cintaMu yang hakiki. Sesungguhnya aku hanya ingin kembali kepadaMu. Amin…

Baiklah, sampai sini sahaja untuk hari ini. sampai jumpa lagi di lain waktu wahai diri dan pengembara blog saya. salam...Hanako.

Monday, January 4, 2010

SAHABAT YANG KUDAMBAKAN

Sajak ini saya cipta kepada mereka yang menyambut hari jadinya pada hari ini....

Kata orang,
Persahabatan itu indah
Persahabatan itu suci
Itu kata mereka.

Kata aku
Mencintai seorang sahabat
Lebih indah daripada mencintai seorang kekasih
Sahabat, dia akan tetap menjadi sahabat
Tapi kekasih, dia akan pergi setelah cintanya hilang

Ada apa dalam persahabatan sahabatku?
Persahabatan yang baik adalah
Disertai dengan keikhlasan
Disertai dengan kasih sayang
Disertai dengan sikap toleransi
Disertai dengan kejujuran
Dengan demikian barulahlah
Persahabatan yang dibina itu sempurna sahabatku…

Sahabatku
Apakah makna persahabatan?
Mahukah kau mengetahuinya……..
Persahabatan yang ikhlas seperti
Hujan yang membasahi permukaan bumi.
Seperti langit Yang mendung tapi hujan tetap tidak turun.
Seperti angin yang menyapa setiap tubuh insan
Di muka bumi ini.
Itulah makna persahabatan dan
Aku turut melabuhkannya jauh di sudut hatiku yang paling dalam.
Dan kau tidak terkecuali termasuk dalam
Golongan yang aku namakan sebagai sahabat.

Sahabatku…
Aku belum menghabiskan kata-kataku ini….
Tentu kau bosan bukan…
Jangan dulu. Bacalah yang seterusnya kerana
Ia amat penting bagimu.

Hidup ini, tanpa sahabat
Kesepian akan mengundang datang
Hidup ini tanpa sahabat
Kebosanan akan mengejar setiap
Titik perjalanan hidup kita
Jadi kita perlukan sahabat, Teman untuk
Melengkapkan hidup ini bukan?
Tapi ingatlah ada pepatah yang menyatakan
Sahabat diibaratkan sebagai…..
Ketawa yang ramai, menangis Cuma seorang.
Kita sukar untuk menjadi sahabat sejati
Banyak orang mempunyai idola
Tapi Tidak dapat dijadikan sahabat
Banyak orang mempunyai kekasih
Tapi Susah untuk menjadikannya sahabat.
Jadi ingatlah sahabatku…
Teman dan sahabat yang betul dan sejati hanya satu…
Allah SWT.

Sahabatku..
Aku tidak pandai berkata-kata seperti orang lain.
Aku hanya pandai menyatakan ini semua.
Sebuah puisi yang dah luput dek zaman.
Aku tidak boleh mengungkapkan
Nilai persahabatan kita dalam percakapan
Tapi aku boleh mengungkapkannya
Di dalam sehelai kertas
Di hari jadimu..SELAMAT HARI JADI SAHABATKU.
Semoga Allah berikan kau umur yang panjang
Dan janganlah ia disia-siakannya.
Semoga Allah berikan kau kebahagian
hidup di dunia dan akhirat.. SAHABATKU…
Assalamualaikum…


S.hana Ak
17o4o8 ( khamis)
10.00 am
khar

Friday, January 1, 2010

SURAT UNTUK....KAWAN

Bismillahirrahmanirahim
Assalamualaikum kawanku, semoga engkau sentiasa berada dalam kesejahteraan, ketakwaan dan keredhaan-Nya.

KAWAN,
Aku yakin inilah masa yang paling sesuai untu aku layangkan surat ini kepadamu selama bertahun-tahun aku mencari ruang waktu yang paling sesuai untukku melayangkannya.

KAWAN,
Selama ini aku sering terlalai, aku sering tersilap bahawa Allah maha mendengar luahan hati hamba-Nya. tidak pernah terlintas di hati ini untuk menulis surat ini kepadamu. Tetapi entah mengapa malam ini Allah mendetikkan hati aku suatu perasaan yang sukar untuk digambarkan dan membuka hati ini untuk mengirimkan kepadamu.

KAWAN,
Walaupun kau bukan milikku kerana kau adalah milik Allah yang abadi, namun kau telah wujud dalam sisa-sisa hidupku. Walaupun juga, aku tidak mengharapkan sesuatu darimu namun hati ini tetap terdetik untuk mengirimkan surat ini kepadamu.

KAWAN,
Selama ini aku tidak sedar bahawa tipu daya dunia telah membelengguku. Aku terpesona dengan tipu daya syaitan dan nafsu. Aku terpesona dengan kenikmatan yang dijanjikannya sehingga aku tidak Nampak ruang batasan perhubungan yang terbentang luas di antara kita. mungkin aku sudah ataupun hampir tergelincir dengan pembohongannya. Tetapi aku yakin ianya masih belumterlambat.


KAWAN,
Setelah aku sedar dengan kesilapanku, aku bertekad untuk keluar dari penjara dunia. Terlalu banyak kelemahan, kekurangan dan kejahilan yang selama ini aku langsung tidak sedar. Aku perlu perbetulkannya. Aku wajib buang segala kotoran di badan, minda dan hatiku.

OLEH ITU KAWAN,
Aku tidak layak menjadi temanmu, Aku tidak layak mendapat cintamu, aku tidak layak menjadi penghias hidupmu, kerana terlalu banyak kekurangan dan kejahilan yang ada di dalam diri ini.

MAAFKAN AKU KAWAN,
Carilah teman yang boleh membahagiakan dan mengembirakan hidupmu. Carilah teman yang lebih layak untuk menggantikan tempatku. Aku izinkan….

SELAMAT TINGGAL KAWANKU,
Semoga engkau sentiasa selamat di dunia dan akhirat.

Daripada,
Teman