Friday, January 1, 2010

SURAT UNTUK....KAWAN

Bismillahirrahmanirahim
Assalamualaikum kawanku, semoga engkau sentiasa berada dalam kesejahteraan, ketakwaan dan keredhaan-Nya.

KAWAN,
Aku yakin inilah masa yang paling sesuai untu aku layangkan surat ini kepadamu selama bertahun-tahun aku mencari ruang waktu yang paling sesuai untukku melayangkannya.

KAWAN,
Selama ini aku sering terlalai, aku sering tersilap bahawa Allah maha mendengar luahan hati hamba-Nya. tidak pernah terlintas di hati ini untuk menulis surat ini kepadamu. Tetapi entah mengapa malam ini Allah mendetikkan hati aku suatu perasaan yang sukar untuk digambarkan dan membuka hati ini untuk mengirimkan kepadamu.

KAWAN,
Walaupun kau bukan milikku kerana kau adalah milik Allah yang abadi, namun kau telah wujud dalam sisa-sisa hidupku. Walaupun juga, aku tidak mengharapkan sesuatu darimu namun hati ini tetap terdetik untuk mengirimkan surat ini kepadamu.

KAWAN,
Selama ini aku tidak sedar bahawa tipu daya dunia telah membelengguku. Aku terpesona dengan tipu daya syaitan dan nafsu. Aku terpesona dengan kenikmatan yang dijanjikannya sehingga aku tidak Nampak ruang batasan perhubungan yang terbentang luas di antara kita. mungkin aku sudah ataupun hampir tergelincir dengan pembohongannya. Tetapi aku yakin ianya masih belumterlambat.


KAWAN,
Setelah aku sedar dengan kesilapanku, aku bertekad untuk keluar dari penjara dunia. Terlalu banyak kelemahan, kekurangan dan kejahilan yang selama ini aku langsung tidak sedar. Aku perlu perbetulkannya. Aku wajib buang segala kotoran di badan, minda dan hatiku.

OLEH ITU KAWAN,
Aku tidak layak menjadi temanmu, Aku tidak layak mendapat cintamu, aku tidak layak menjadi penghias hidupmu, kerana terlalu banyak kekurangan dan kejahilan yang ada di dalam diri ini.

MAAFKAN AKU KAWAN,
Carilah teman yang boleh membahagiakan dan mengembirakan hidupmu. Carilah teman yang lebih layak untuk menggantikan tempatku. Aku izinkan….

SELAMAT TINGGAL KAWANKU,
Semoga engkau sentiasa selamat di dunia dan akhirat.

Daripada,
Teman

No comments:

Post a Comment