Assalamualaikum.
untuk post kali ini saya akan mengenang kembali kisah saya ketika berada di sekolah. zaman sekolah saya tidaklah seindah mana. zaman sekolah saya kadang-kadang mendukacitakan dan kadang-kadang mengembirakan. saya bersekolah di SMK Tambunan, Tambunan Sabah. jarak rumah saya dengannya hanya 2 kilometer. saya jalan kaki pergi sekolah selama 30 minit. sampai kat sekolah dah mula perhimpunan. sekolah kami adakan perhimpunan setiap hari. kadang-kadang bila hujan saya akan naik bas. seronok jalan kaki ni. dahlah pagi-pagi menghirup udara segar sepanjang perjalanan.
pasal perhimpunan tu, kawan-kawan saya selalu beritahu saya bahawa saya sebagai pembuka dan penutup perhimpunan. apakan tidak, masa orang lain nyanyi lagu sekolah, saya masih berada dalam perjalanan ke perhimpunan. lepas tu bila masa perhimpunan tamat, sayalah orang yang pertama keluar dari tapak perhimpunan. ( kepada pelajar sekolah, jangan ikuti tingkah laku seperti ini. bahaya....)
masa tingkatan satu dan dua saya dan kawan-kawan selalu kena denda jalan itik dari hujung kelas Amanah hingga hujung kelas dedikasi. bangunan kelas kami macam teres. kelas bersebelahan antara satu sama lain. pernah juga kami didenda jalan itik mengelilingi bangunan kelas kami dan bangunan kelas lain. bangunan kami berdepan dengan sebuah bangunan lagi. penat wei, sakit peha dan tumit. tapi masih seronok sebab kami buat mcm permainan. kejar mengejar antara satu sama lain. inilah akibatnya kerana selalu tak buat kerja sekolah yang cikgu bagi.
ketika sampai tingkatan 4, saya jadi atlit sekolah. olahraga jarak jauh. cakaplah acara apa,semua saya buat. dari acara 400 meter hingga 3000 meter saya boleh lari. acara lorong saya ialah 400,m, 4 kali 400m, 800m, 1500m dan 3000m. semua ni saya dah cuba. stamina kuat masa tu. kalau 100 meter dan 200 meter, saya tak boleh. sebab ia acara pecut. niat pertama saya ialah sebab nak kumpul sijil. saya cemburu dengan sepupu-sepupu dan adik beradik saya yang punya sijil yang banyak. jadi saya bertekad yang saya mahu aktif dalam sukan. akhirnya selama 4 tahun saya ikut sukan olahraga, sijil saya lebih banyak daripada mereka semua. puas hati betul. tapi bila dah lama-lama, saya jadikan ia sebagai minat saya. saya tak kisah pasal sijil lagi. yang saya mahu, saya mesti lakukannya. dah jadi macam satu tabiat pula. kalau tak lari, rasa macam kehidupan saya tak sempurna. bila dapat hadiah tu, pelbagai perasaan timbul. gembira, seronok, bangga, sedih, dan macam-macamlah. semua yang positiflah.
dari tingkatan satu hingga tingkatan 6 ( saya tingkatan 6, di sekolah saya)kami warga SEMENTA iaitu singkatan SEKOLAH MENENGAH TAMBUNAN, sering diceramah oleh guru-guru tentang kebersihan sekolah, bagi semangat belajar, menghormati ibu bapa, orang tua, guru-guru dan sesama pelajar. tiap kali perhimpunan, isu-isu itu tidak pernah miss. Alhamdulillah, sampai sekarang saya mengamalkan " JANGAN BUANG SAMPAH DI MERATA-RATA TEMPAT. TAPI BUANG SAMPAH DI TONG SAMPAH". saya sayang sangat dengan sekolah dan guru-guru saya sampai hari ini.
malah saya tidak suka dengan pencemaran. alam adalah anugerah Allah SWT untuk manusia. jadi hargailah ia. sayangilah alam. nescaya, alam memberikan kebahagiaan dan kepuasan kepadamu. masa tingkatan 4, saya ambil sastera sebagai subjek elektif. dengan mengikuti subjek ini, minat saya terhadap sastera semakin mekar dan marak dengan cepat (sebelum tu pun saya dah suka subjek ni), saya suka menulis cerpen dan sajak. saya masih ingat cerpen pertama saya berjudul "HIDAYAH". kisah hamba Allah yang hidup dalam gelumang dosa, kehadiran seseorang tidak merubah hidupnya tetapi selepas orang itu pergi dalam hidupnya, Hamba Allah ini sedar bahawa, ia perlukan seseorang untuk membimbingnya ke jalan benar. kepergian orang itu telah menyedarkannya untuk berubah menjadi hamba Allah SWT yang soleh. sekarang cerpen saya tu dah hilang. tak tahu kat mana. saya rindu untuk membacanya.
saya ada seorang guru lelaki yang sangat berfalsafah. kata-katanya sukar untuk ditafsir. guru saya tu guru sejarah. bila saya tanya pasal sejarah yang saya tidak faham, adakah dia soal saya balik. bila saya tak dapat jawab, dia suruh saya cari sendiri. saya masih ingat soalan yang saya tujukan kepadanya. soalannya begini:
" cikgu, kenapa bangunan-bangunan atau rumah-rumah orang zaman dulu kala unik-unik dan cantik belaka. kenapa bangunan sekarang tak macam tu?"
cikgu saya cakap...
" bangunan sekarang tak unik ke. tengok KLCC tu. bentuk macam jagung."
" tapi cikgu, saya lebih suka seni bina bangunan yang dulu. macam bangunan Pethenon atau colloselum."
" seni bina sekarang cantik apa." lepas tu cikgu saya tu tanya saya pula yang sebenarnya soalan-soalan tu saya yang harus tanya.
lepas tu saya tanya lagi...
cikgu, macam mana bangsa lain boleh faham bahasa kita?, macam mana huruf ABC tu wujud? n banyak lagilah tapi jawapan yang saya dapat hanyalah pertanyaan belaka.
sejak itu saya bertekad untuk mecari jawapannya, tekad saya jika saya masuk universiti nanti, saya akan tanya soalan ni kepada pensyarah-pensyarah saya. tapi bila kat sini universiti....lain pula jadinya.
sekarang pasal sekolah saya, tiap hari rabu dan jumaat ( kalau tak silap saya), pelajar muslim berhimpun di masjid al-Hikmah, manakala pelajar non muslim berhimpun di tapak perhimpunan masa perhimpunan. emm,nak tahu lagu sekolah kami? ni dia...
kami warga SEMENTA
progresif dan berilmu
menggengam erat slogan kita
mendukung falsafah pendidikan..
bersama mengharung satu cita
gigih berusaha
membentuk insan berkualiti
merealisasikan impian.
marilah kita bersama
ke arah kecemerlangan
berlandaskan satu wawasan
megah di puncak gemilang.
kami warga SEMENTA
berbilang bangsa dan agama
berkepimpinan dinamik
berakhlak mulia dan terpuji
marilah kita bersama
ke arah kecemerlangan
berlandaskan satu wawasan
megah di puncak gemilang...
saya suka lagu ni. masa sekolah dulu, saya suka pergi di perpustakaan. masa rehat dan waktu pulang. macam perpustakaan ni macam penginapan kedua sayalah. baca paper, majalah, buku dan sebagainya. emm, kenangan itu akan terpahat dalam lubuk sanubari saya yang paling dalam untuk selama-lamanya. bila sampai kat sini (Universiti) segalanya berubah. sungguh. apa yang saya suka buat suatu masa dulu, berubah bila saya berada di sini. inilah saya, sorang hamba Allah SWT yang tidak kuat menerima dugaan dan cabarannya.
uhh, dah larut malam dah ni. baiklah, saya tamatkan sampai kat sini je ya. Salam...
emmm, bersambung lagi kot sepohon nostalgia ni...Insya Allah, saya akan menyambungnya jika ada masa. jika tiada kekangan. jika ada kekangan, hanya inilah coretan saya...salam
Hai Su .... Salam rindu di alam maya .
ReplyDeleteWahhh..... cgu rasa macam sudah terbang ke Tambunan bah baca kau punya coretan ni..
Rasa macam telah mengembara jauh ke negeri bawah bayu sana menginap di pedalaman atas di daerah Tambunan dan bermukim di Sementa .
Perjalanan yg kau coretkan itu benar2 menambahkan rindu cgu pada SMK bah ...
Huhhh.... di sana lah cgu mengenal erti kehidupan kerana telah ;posting; nun jauh di Sabah pada usia 23 tahun .....
Huh... tak sangka dan 10 tahun meningglkan bumi Sabah .... rindu sangat ... nak jalan2 kat Kg Tombotuon, Kitou, Kipaku, Kinaluan, Nambayan, Babagon, Toboh, nak pi tamu tengok makcik2 Dusun, dan Sumandak Dusun , apalagi tanak wagu nya ... he he he.....
OK ... babai ..... sembang lagi ya sumandak ....