Friday, January 22, 2010

Diari kehidupan 34

Bismillahirrahmanirahim
22 Januari @010 (Jumaat)

Assalamualaikum
dah berapa hari saya tak menulis diari kehidupan saya. kali ini entah mengapa tangan berasa gatal mahu menulisnya. hari ini kelas saya hanya satu sahaja kemudian kami saya bersama teman-teman saya pergi ke pekan Tanjung Malim. hai, sangat pendek rupanya waktu ini. dah nak kiamat macam nilah. tak sangka semester depan tinggal satu semester lagi saya di Universiti ini.

apalah agaknya nasib saya nanti. apakah saya akan menjadi seorang guru atau apa? saya tak dapat memikirkannya. hanya Allah SWT sahaja yang boleh menentukannya dan saya hanya berusaha mengubah nasib saya.

kali ini saya akan menulis sebuah lagi novel berkisar kemasyarakatan. sekarang ia berada dalam proses penulisan saya. Insya Allah, bila siap nanti saya akan mengirimkan sinopsisnya di blog saya ini okey. tajuknya masih belum diberikan.

ini merupakan novel kedua saya. selama ini saya hanya tahu menulis cerpen sahaja jadi kali ini saya akan mengubah pemikiran saya ke arah menulis novel pula. susah juga menulis novel ni. perlukan kekreatifan yang tinggi sehingga kadang-kadang saya kehilangan arah untuk melakukannya namun Insya Allah, saya akan berusaha sebaik mungkin. bukan janji tapi tekad.

esok, saya akan ke UM bersama kawan-kawan saya. tiket kami pukul 7.30 pagi. entahlah, boleh ke saya bangun awal ni. Insya Allah, Allah pasti akan permudahkannya.

baiklah, sampai sini sahaja Diari kehidupan saya hari ini. ingatlah bahawa kehidupan ini semakin menghampiri detik kematian. dunia semakin melewati akhirat. sampai jumpa lagi wahai diri dan anda semua. Salam....Hanako.

No comments:

Post a Comment