Tuesday, January 19, 2010

Sajak Di Sumur Ladangmu

Sajak ini saya tujukan kepada guru-guru yang saya kasihi yang pernah mengajar saya dari kecil hinggalah saya dewasa. tak kira siapapun yang penting dia telah mengajar saya tentang ilmu dan rencah kehidupan. terima kasih wahai guruku...sesungguhnya dikaulah pelita hidupku....

Cikgu,
mindamu bertaktha dalam hatiku.
Sepi akan datang lagi
Tiada kegembiraan tiada kesenangan
Mampukah aku kembali
Mengabdi diri kepadamu cikgu.

Terima kasih cikgu
Engkaulah ratu di hatiku
Kau berikan aku kesenangan dan kejayaan
Dalam sendu nada doamu
Yang kudus lagi maha suci

Mampukah kita bersama kembali
Seperti dua tiga tahun yang lalu
Kita ketawa, bergurindam, berseloka
Dan bersajak bersama

Cikgu
Tahukah cikgu kenapa aku begini hari ini
Memasuki lembah hidup sepertimu
Kerana kau
Aku kagum denganmu
Berani kerana inginkan kepuasan,
berani kerana ingin kami jadi
seorang musafir yang tahu berdikari
dan tahu identitinya.

Akhirnya kau pergi juga cikgu
Setelah sekian lama terperuk dalam sangkar kebaktian
yang maha suci lagi murni
di lembah yang serba terasing keindahannya
Kau pergi dengan kerelaanmu
Jadi bagaimanaakah anak muridmu di sana

Cikgu,
Ketahuilah kau tetap permata hatiku
Selain ibu dan ayah
Kau ibarat mereka selamanya
Tidak ku lupa apa mutiara yang kau beri kepadaku
dan insan yang pernah bernaung di bawa payung kebaktian..

Terima kasih cikgu
Moga kita dapat berjumpa lagi
Di dunia fana ini mahupun alam akhirat nanti
Insya Allah..


Nukilan; S: hana Ak
23-11-07-jumaat-
Jam 9.00-9.17 am
K.Lumpur

No comments:

Post a Comment