Assalamualaikum,
Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga saya menulis ending novel sulung saya. novel SETELAH LAHIRNYA SENJA merupakan novel sulung saya. namun ia belum dihantar ke mana-mana pihak penerbitan. sebenarnya saya mengambil masa yang lama untuk menulis novel ini disebabkan pelbagai perkara yang tidak dapat dielakkan dan boleh dielakkan.
saya pun tidak tahu apakah novel saya ini baik dari segi penulisan mahupun penceritaan mahupun tidak. kerana ia masih banyak kelemahan dan perlu diperbaiki. kepada kawan-kawan saya, saya akan mengirim SINPOSIS novel saya ini dalam blog saya ini.
Novel SETELAH LAHIRNYA SENJA menyingkap tentang perjalanan hidup seorang gadis yang terperangkap dengan ujian Allah SWT yang bernama CINTA. Kehidupan di universiti telah membuka ruang hatinya untuk mencari makna cinta yang selama ini sering menghiasi ruang fikirannya. Perkenalannya dengan dua orang lelaki di Universiti semenjak semester pertama hingga kedua lelaki itu habis pengajiannya telah membuka pintu hatinya untuk menerima cinta dan sekaligus dia ingin mencari jawapan tentang makna sebenar tentang cinta seorang lelaki kepada seorang perempuan dan cinta perempuan kepada seorang lelaki. Dia beranggapan mungkin persoalan yang menabiri fikirannya semenjak kecil hingga dia dewasa akan terjawab di sini.
Dalam masa yang sama dia berkawan dengan banyak mahasiswa dan mahasiswi. Perkenalannya dengan kedua lelaki ini dan persahabatannya dengan orang lain telah membuatkannya dia akhirnya sedar bahawa persahabatan lebih baik berbanding percintaan. CINTA memang membahagiakan tetapi kebahagiaan itu bersifat sementara dan mengundang banyak keburukan. Manakala Cinta terhadap Allah SWT lebih abadi dan lebih membahagiakan. Oleh itu dia bertekad untuk mencari CINTA Illahi.
Ya Allah, ampunilah dosa hambamu ini. Sesungguhnya aku sudah jauh terpesong dari landasanMu ya Allah. Ya Allah, kehadirannya mengetuk pintu hati ini dan tanpa ku sedari ibadahku tidak lagi seperti dulu. Sujudku tidak lagi sekhyusuk dulu. Ampunkanlah dosaku ya Allah. Ya Allah, akanku ubah diri ini. Akan ku ubah fikiran ini dari mengingatinya. Pimpinlah aku untuk melupakannya ya Allah. Selama ini aku seperti wanita yang tidak bermaruah menagih cintanya. Aku tidak malu mengungkapkan cintaku kepadanya sehingga akhirnya aku malu sendiri ketika mendengar jawapannya.
Ya Allah, kata-katanya telah menyedarkan aku daripada dunia khayalan dan fantasi yang kubina selama ini. Aku malu padanya ya Allah. Tidak pantas aku melakukan perkara itu. Apakah nanti pandangannya terhadapku. Mungkin dia akan terfikir bahawa aku adalah wanita yang mengibaratkan dirinya seperti perigi mencari timba.
“ Wahai wanita, jagalah maruah kamu. Jangan mudah mengikut kata hati. Janganlah kamu terlampau murah di sisi lelaki kerana sebahagian mereka tidak sukakannya dan sebahagian lagi sukakannya. Pilihlah jalanmu”
Ya Allah, aku tidak sanggup untuk bertemu dengannya lagi. Janganlah engkau pertemukan kami ya Allah. Biarkan dia mencari wanita yang baik hatinya untuk dijadikan peneman hidupnya kerana sesungguhnya aku tidak layak untuknya ya Allah.
Ya Allah, berikanlah aku cintaMu yang hakiki. Sesungguhnya aku hanya ingin kembali kepadaMu. Amin…
Baiklah, sampai sini sahaja untuk hari ini. sampai jumpa lagi di lain waktu wahai diri dan pengembara blog saya. salam...Hanako.
No comments:
Post a Comment