Tuesday, May 24, 2016

Catatan pada malam yang kelam


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum sahabat sekalian…

Hari ini moga kita semua sentiasa berada dalam keadaan baik-baik. Menjalani hidup dengan iman dan takwa. Meneruskan kelangsungan hidup dengan bertemankan kegembiraan dan kebahagiaan. Malah rasanya bukan untuk hari ini sahaja tetapi hari-hari yang akan mendatang. Petang tadi cuaca sangat ceria. Langit biru sedikit demi sedikit berubah menjadi langit kirmizi kemudian berlabuhlah malam yang kelam, di dadanya dihiasi gemerlapan bintang-bintang malap dan terang.

Sahabat, malam ini saya tidak dapat tidur. Amat payah untuk melelapkan mata walau sebentar cuma. Lantas saya buka laptop dan mendengar lagu-lagu nasyid yang saya download sebelum ini. Mendengarnya membuatkan jiwa ini tenang. Sudah lama saya tidak mendengar lagu nasyid. Selalunya saya buka lagu sentimental. Malah sudah lama juga saya tak buka zikir-zikir penenang jiwa. Rasa rindu untuk mendengar semua itu.

Sahabat semua, tidak lama lagi bulan ramadhan akan muncul dalam kehidupan kita. Moga kita semua bersedia dalam menerima kehadirannya. Ramadhan yang dinanti. Bulan yang penuh kemuliaan. Setiap doa kita akan diangkat ke langit. Moga kita semua berjaya mengharungi kasih sayang Allah SWT iaitu berpuasa selama sebulan. Sahabat-sahabatku, saya ingin doakan diri ini dan kalian. Semoga kita selalu mendapat keampunan dan rahmat dari-Nya.

Ya Allah, Tuhan yang maha agung, pencipta seluruh alam semesta, Yang menciptakan syurga dan neraka. Tuhan yang menduduki arasy yang agung. Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku, dosa kedua orang tuaku, dosa adik beradikku dan dosa seluruh kaum muslimin dan mukminat yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Ya Allah, berilah rahmat dan redhaMu kepada kami. Sayangilah kami Ya Rahman Ya Rahim. Ya Allah, berikanlah kami hidayahMu, kukuhkan iman kami, peliharalah kami daripada sikap mazmummah dan kurniakanlah kami sifat mahmudah.

Ya Rabb, pimpinlah kami menuju jalan-Mu. Kurniakan kami kesihatan, rezeki yang baik yang engkau berkati. Bahagiakanlah hidup kami dunia dan akhirat serta akhirilah hidup kami dengan husnul Khatimah. Ya Allah, yang maha sempurna. Pemilik kesempurnaan, hindarilah kami dari azab kubur dan api nerakaMu dan jadikanlah kami hamba-hambaMu yang sentiasa mencintaiMu serta mendahulukan engkau daripada segala yang ada di dunia ini. Ya Allah Pemilik 99 nama-nama yang indah, jadikanlah kami hamba-hambaMu yang engkau dengar doanya dan engkau tutup aibnya serta jadikanlah kami hambaMu yang termasuk dalam golongan orang yang beriman ya Allah. Rabbana atina fiddunia hasanah, wafil akhirati hasanah, wakinna azabannar, wassallahualai saidina Muhammad waallalihi wasobbihi wassalam. Aminnn


No comments:

Post a Comment