Saturday, October 3, 2009

Diari Kehidupan 18

bismillahirrahmanirahim...
3 0ktober 2009 (Sabtu)

kehidupan saya hari ini seperti biasa saja. sama seperti kehidupan orang lain. cuma yang bezanya antara kehidupan kita semua adalah peristiwa dan masa. pagi tadi saya pergi kampus untuk menghantar Assignment kumpulan dengan seorang kawan. lepas tu kehidupan saya hanya berada di sekitar ruang lingkup di rumah saya. saya tidak ke mana-mana sehinggalah tibanya waktu petang. pukul 5 lebih saya dan kawan pergi pasar malam di pekan. sampai kat sana adalah seorang dua orang kurang upaya yang sedang duduk di merata-rata tempat untuk menunaikan tanggungjawabnya terhadap lorong hidup yang dia lalui. atau lebih tepat lagi digelar ' Beggar'(dalam BI ni). melihat mereka saya teringat insan seperti mereka ini di pudu raya KL. hampir setiap kali saya pergi Kl, saya akan nampak mereka. duduk di tangga LRT dan macam-macam lagi.
perkara ini membuatkan saya terfikir. apa perasaan mereka ketika mereka menjalankan tugas mereka itu? macam mana penerimaan kawan-kawan dan saudara mara mereka apabila mereka melakukan kerja seperti itu?
perkara ini juga membuatkan saya seringkali terfikir tentang peristiwa yang dilalui oleh Sasterawan Negara Shahnon Ahmad di mana dia menjumpai seorang pengemis yang sedang duduk di sebuah tempat di Pudu Raya sambil tangannya ligat menyusun barang-barangnya di atas lantai. Shahnon Ahmad memberikan duit kepada pengemis tersebut tapi pengemis itu tidak mengendahkannya kerana dia leka dengan barang-barangnya. Shahnon Ahmad tidak putus asa. dia sekali lagi menyuakan sekeping duit kepada pengemis itu lagi kerana memikirkan pengemis itu mungkin memerlukannya. namun tahukah anda semua apa reaksi pengemis itu...dia meradang kerana ada orang yang menganggu kerjanya. dia tidak mahukan wang. dia hanya mahu bermain dengan barang-barangnya. mungkin itulah keseronokan hidupnya. kebahagian dan kegembiraannya. dia tidak memerlukan wang atau apa-apa daripada orang lain.
mengenangkan ini saya terfikir tentang ' Beggar' yang saya nampak kini. saya bukannya menghina atau menilai mereka dari sudut yang negatif tetapi saya terfikir orang-orang seperti mereka pasti menjadi rencah dalam karya-karya seorang penulis.
bukankah sastera adalah cerminan masyarakat.
hidup ini sebenarnya sebuah alam yang aneh dan pelik. memang pun pelik. di dalamnya terbentang sebuah lorong kehidupan. sebuah pohon persoalan, segunung jawapan dan selautan peristiwa. hidup ini realiti tapi juga fantasi. dunia ini adalah pentas dunia dan manusia adalah pelakonnya. jadi pandai-pandailah kita membawakan watak kita kerana hidup ini adalah campuran antara realiti dan fantasi. sekali kita melakukan kesilapan, takkan berundur kembali. fikirlah sebelum kita difikirkan....
baiklah sampai di sini saja diari saya kali ini..salam kepada diri sendiri dan anda semua....Hanako

No comments:

Post a Comment