Bismillahirrahmanirrahim
Hari ini si Hurairahku
datang lagi ke rumah. Rumah ini memang sering dikunjungi oleh binatang
kesayangan Rasulullah SAW. Kalau bukan seekor mesti dua tiga ekor. Kalau bukan
dua tiga ekor mesti berduyun-duyun yang datang. Semuanya comel-comel belaka.
Kekadang satu keluarga datang. Ibu bapa anak-anak datang. Kalau tidak masuk ke
dalam mesti bermain di luar rumah. Saya tak kisah mereka datang kerana mereka
sajalah teman saya di rumah ni. Selalu awal pagi jam 7.00 am mereka dah siap
tunggu di tepi rumah. Tunggu saya buka pintu. Buka je pintu….berduyun-duyun
masuk. Dengan muka comel mereka, tanpa dipelawa.
Tingkah mereka kekadang
membuat saya ketawa. Ada yang bongkar sampah di dapur, ada yang main kejar-kejar
sesama mereka di ruang tamu. Ada pula yang masuk bilik saya. Entah apa yang
dicari pun tak tahu. Banyaklah telatah mereka. Hati saya tak sunyi melihat
ragam ini. Rasa gembira dan bahagia melihat ragam mereka. Walaupun rumah bau
wangi dengan bau badan mereka saya tak kisah. Asal balik kerja, buka je pintu…hurmmm
semerbak aroma badan si comel-come ni menusuk hidung. Tak apa, rumah boleh
dibersihkan tapi masa bersama mereka itu sangat berharga. Menjelang tengah hari
suasana rumah kembali sunyi. Kadang kadang saya sengaja letak makanan di luar
pintu. Letak saja dua tiga minit makanan tu habis mereka makan.
Subhanallah, alangkah indahnya hidup macam ini.
Saya sebenarnya mahu mereka
sentiasa ada bersama tapi nak buat macam mana mereka bukan hak milik saya.
Kadang-kadang ada waktu seekor pun tak datang. Bila tak datang rasa sunyi pula.
Tercari-cari mereka semua. Terbayang-bayang gelagat mereka di dalam rumah. Saya
suka kucing. Sangat suka. Teringat masa di kampung suatu waktu dulu. Keluarga
saya memang bela kucing. Bukan seekor dua tapi banyak. Kadang boleh sampai 30 ekor.
Dari si anak kecil hinggalah si tua kasih, semua ada. Dari si putih, si hitam,
si perang sampailah bercampur aduk bulunya di badan. Sejak kecil saya bermain
dengan si Hurairah ini. Dalam banyak-banyak kucing tu kisah saya dengan
“perang’ kucing yang paling saya tak boleh lupa. Tapi akhirnya dia tinggalkan
saya. Kisah saya dengan perang saya abadikan dalam blog ini iaitu “ Tuhan,
Izinkan aku berjumpa dengannya.”
Sahabat semua, kata orang
kucing itu pembawa rezeki. Ya memang benar. Selain pembawa rezeki mereka juga
sebenarnya pembawa kebahagiaan. Pembawa kedamaian. Pembawa kegembiraan. Hidup
tak sunyi dengan adanya mereka semua. Allah swt ciptakan mereka dan hadirkan
mereka dalam hidup kita adalah supaya kita faham erti kasih sayang. Sayang
kepada haiwan, kepada alam, kepada manusia dan sayang kepada Allah swt. Dalam
banyak-banyak kucing yang pernah datang ke rumah, saya paling tak lupa seekor
kucing ni yang saya namakan si comel.
Dialah yang paling manja, lincah dan
jinak. Di lehernya jiran sebelah letakkan loceng. Comel kucing yang paling
akrab selama berbulan-bulan sebelum akhirnya dia meninggalkan dunia yang fana
ini. Kepergiannya ditangisi. Saya kehilangannya. Selalu dialah yang menunggu
saya balik dari kerja. Loceng yang dipakainya membuatkan orang mudah
mengecamnya. Dari jauh loceng itu akan berbunyi bila si comel berlari mahupun
berjalan pantas. Saya teringat kisah Rasulullah SAW yang amat sayangkan kucingnya
sehingga sanggup menggunting serbannya semata-mata tidak mahu mengganggu lena kucing
kesayangannya. Subhanallah, Kisah ini selalu menjadi inspirasi saya untuk terus
sayangkan haiwan kesayangan Rasulullah SAW ini.
#Biarkan mereka membawa khabar bahagia dari Allah SWT untuk kita.
No comments:
Post a Comment