Wednesday, January 20, 2016

Diari Sang Penyair



Bismillahirahmanirrahim

Hari ini saya sangat sedih di balik rasa bahagia. Dengar zikir hati ini disayat pilu. Rasa saya sangat dekat dengan-Nya. Saya mahu begini selamanya. Aminn Pagi-pagi dengar zikir hati rasa tenang. Hidup rasa riang ria. Sementalahan pula di luar sana riuh rendah dengan siulan burung-burung syurga. Hati menangis. Air mata berjurai. Ya Allah, aku ingin dekat dengan-Mu selamanya. Walauapapun ujianMu janganlah Engkau hilangkan rasa cinta ini kepada-Mu. Kerana aku tidak mampu berdiri, aku tak mampu hidup tanpaMu ya Allah.

Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim, Dekatkanlah aku denganMu. Aku rindu bertemu denganMu. Pertemukanlah aku denganMu saat tiba hari itu nanti. Ya Allah, basahkan bibir ni dengan zikirullah, moga nanti ia dapat menolongku dan saudara-saudaraku di sana nanti. Engkau ampunilah kedua orang tuaku, sayangilah mereka, cintailah mereka, aku mohon setiap perkara baik dan kebaikan yang aku lakukan semasa di dunia ini, aku hadiahkan kepada kedua orang tuaku, adik-beradiku sama ada yang masih hidup atau telah kembali kepada-Mu ya Allah. Moga nanti mereka mendapat kebaikan ini di sana nanti. Aku sayangkan keluargaku ya Allah, aku tidak mahu mereka tidak mendapat RahmatMu di sana nanti. Aku ingin mereka masuk syurga, kami bersama-sama memasuki syurgaMu yang tertinggi, aku mahu kami semua bersama-sama bertemu denganMu di sana nanti, aku mahu kami bersama-sama merinduiMu ya Allah.

Ya Allah, palingkanlah hati-hati kami daripada perkara mazmumah. Dekatkanlah kami dengan perkara mahmuddah. Lapangkanlah hati-hati kami, berikanlah kami ketenangan. Ya Allah, Engkaulah yang satu, tiada yang berhak disembah melainkan Engkau. Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakkabir. Ya Allah, ampunilah aku jika aku tak sempurna dalam mencintai-Mu, namun jauh di sudut hatiku, aku selalu berharap hanya Engkau sahaja yang bertaktha di hati ini ya Allah, moga semua yang terjadi dalam hidup ini akan berlalu dan berakhir dengan bersandarkan keimananku kepadaMu.

Ya Allah, Ya Rabb, banyak sekali yang aku inginkan dalam hidup ini. Aku ingin melihat saudara-saudara seagamaku terus melakukan kebaikan-kebaikan sepanjang hidup mereka di dunia ini. Ingin sekali aku mahu mereka mendapat keampunanMu dalam setiap kejahatan yang mereka lakukan. Ingin sekali aku melihat mereka semua termasuk keluargaku sama ada yang telah meninggal berada dalam limpahan rahmat daripadaMu. Ya Allah, hilangkanlah kesedihan dan penderitaan saudara-saudaraku, hilangkanlah kesusahan bagi mereka  Kasihilah mereka, sayangilah mereka. Ya Allah, ku mohon agar engkau berikan mereka semua nikmat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Aminn.

Ya Allah, Ya Tuhanku, sesungguhnya, Engkaulah Yang Maha Memberi, Engkaulah yang Maha Memakbulkan segala sesuatu, kepadaMu tempatku bertawakal dan berserah. Ya Allah, Engkaulah yang Maha merancang, sebaik-baik perancang dan jadikanlah aku termasuk dalam kalangan hamba-hambaMu yang sabar dalam setiap perkara. Ya Rabbana, jadikanlah aku hambaMu yang bersungguh-sungguh ketika melakukan sesuatu perkara dan jadikanlah ia sebagai sedekah kepada kedua orang tuaku serta saudara-saudaraku. Berikanlah kami petunjukMu, lindungilah kami dari segala bentuk bahaya sama ada di dilangit mahupun di bumi kerana Engkaulah sebaik-baik Pelindung, kerana Engkaulah yang memiliki kekuasaan, segala puji bagiMu, maha suci bagiMu ya Allah.


Wahai Allah, Ya Allah, yang menguasai tujuh langit, Yang Maha Pengampun, Yang Maha Penyayang. Rahmatilah saudara seagamaku, sayangilah mereka. Janganlah engkau murka kepada mereka kerana sesunguhnya mereka adalah hamba-Mu yang lemah ya Allah. Kami sentiasa melakukan dosa dan maksiat. Kadang kadang kami lalai, alpa, leka dengan nikmat dunia sehingga kami tidak mahu bersyukur. Ampunilah kami yang Allah. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengampun dan Pemberi Rahmat. Aminnn, makbulkanlah doa kami ya Allah.

No comments:

Post a Comment