Bismillahirrahmanirahim
Assalamualaikum wahai saudara-saudaraku sekalian
sesuai dengan tajuk coretan kali ini, biarlah saya mengimbas kembali satu detik atau peristiwa yang paling bermakna dalam hidup saya. peristiwa yang tak dapat saya lupakan sepanjang hidup saya di dunia ini. juga peristiwa yang akan berlaku kepada saya dan anda semua bila tiba masanya. ya, sudah pastinya kematian.
saya pernah bermimpi dan saya fikir saya memang sudah berada di sana. saya bermimpi saya dikuburkan di liang lahad. saya berasa keseorang waktu itu. sepi, sunyi dan macam-macam perasaan mengusik tangkai hati saya. apakah saya memang sudah pergi? pergi meninggalkan dunia. kata saya dalam hati.
ketika saya berada di situ, saya ingin menjerit kepada orang-orang yang mengebumikan saya, bahawa saya mahu balik ke rumah, saya tak mahu di kubur tu namun tiada siapa pun yang mendengarnya. malah saya juga bisu, kaku, tak mampu berkata-kata padahal hati memberontak mahu membebaskan diri. saya tidak mahu bersendirian. saya takut. malah bila menginggatkan dosa-dosa saya, lagilah saya tak mahu.
di kubur tu juga saya berasa bosan, saya seorang diri. tiada kawan tempat bergelak tawa. saya menangis. saya tidak mahu duduk di situ. entah berapa lama mimpi saya itu akhirnya saya terbangun dari tidur. dahi saya berpeluh. saya beristighfar. saya menangis kerana bersyukur bahawa rupanya itu hanyalah mimpi belaka. namun itu sudah cukup membuatkan saya terfikirkan dosa-dosa saya sebelum ini. saya sudah tidak ingat bila mimpi itu berlaku tetapi yang pastinya mimpi itu berlaku sebelum saya datang di sini...UPSI.
bila saya sampai di UPSI, saya semakin kerapa didatangi mimpi. ya, bermimpikan orang meninggal. kubur mereka terbiar. lalang-lalang tinggi tak dipotong. malah saya juga tengok kubur mereka bukan berada pada yang sepatutnya tetapi berada di suatu tempat yang saya sendiri tidak tahu. maknannya bukan di tanah perkuburan. di kiri-kanan tiada kubur orang lain. kadang-kadang saya terfikir mengapa saya asyik mimpikan benda-benda begini. mungkinkah ALlah menunjukkan hikmahnya dan kekuasaannya kepada saya.
selepas bermimpikan pasal tu, saya semakin kuat mengingati kematian. bila berada di mana-mana, saya asyik mengingati kematian. benar, kita tidak boleh mengingati kematian dengan berlebihan, takut memudaratkan diri. namun itulah saya. mungkin Allah mahu menolong saya untuk kembali kepada petunjukknya. Allah mahu saya selalu mengingati kematian. Subahanallah...
malah kematian ibu dan abang saya juga sedikit sebanyak menginggatkan saya tentang kematian. ibu saya meninggalkan saya ketika saya masih kecil iaitu berumur 10 tahun manakala abang saya pula pergi ketika saya berumur 14 tahun. apa yang saya tahu waktu itu, saya tidak menangisi kepergian mereka. malah saya masih mampu tersenyum. saya bukannya mahu berbangga jauh sekali menunjuk-nunjuk namun itulah kenyataan bagi seorang muslim bukan. satu sahaja prinsip yang saya pegang masa tu iaitu jangan menangisi orang yang sudah pergi, nanti akan menyakitkan mereka. ini pesan ustazah saya.
sehingga saya terfikir (Waktu Tu). " mengapa mesti mahu menangis. mengapa tak doakan kesejahteraan mereka? biar mereka selamat di sana. mereka pergi menghadap Tuhan. mereka pun masih hidup walaupun hanya roh semata-mata tetapi mereka akan tetap hidup di akhirat juga. samalah macam manusia di bumi ini...." inilah yang saya fikirkan masa tu.
sehingga sekarang, bila menginggati waktu dan detik pahit itu, saya terfikir bila pula kepergian saya. adakah saya hidup lama lagi walaupun saya tak mahu hidup selama-lamanya. buat apa mahu hidup selama-lamanya. jika saya diberi dua pilihan antara hidup sementara ataupun hidup selamanya di dunia ini saya akan pilih hidup sementara.
kehidupan di dunia ini amat banyak cabaran dan dugaan. penuh liku-liku kehidupan. setiap titik kehidupan dan setiap denyut nafas, pasti akan menerima tugasan yang setimpal. ya, tugasan itu pastilah ujian dari Allah. tetapi ini semua adalah ketentuan Allah sekiranya kita mahu mengapai kehidupan yang abadi dan bersenang-lenang di akhirat sana.
jadi buat diri sendiri dan saudara-saudaraku, marilah kita sama-sama menggapai redha Illahi. insya Allah, selamat hidup di dunia dan akhirat. salam....
No comments:
Post a Comment