Jika ku tahu kau adalah yang terakhir untukku
Aku tidak akan melepaskan kau pergi
Dari potret hidupku dan tasik ingatanku
Kerana sesungguhnya kau adalah cinta pertama dan terakhirku
Jika ku tahu kau adalah insan yang kusayang selalu
Akanku abadikan cinta kita dalam kanvas lukisan
Supaya kau akan lebih mengerti
Betapa kau ku sayang selalu dan selamanya.
Jika ku tahu kau adalah teman yang teristemewa
Aku tidak akan pernah meleraikan persahabatan kita
Supaya kelak kau akan lebih memahami
Apa yang ada dalam diriku.
Tapi jika seandainya kau ingin aku melepaskanmu
Pergilah dan jangan cuba mengingati tentang kita
Kerana aku tidak mampu melupakannya
Segalanya tentang kita dalam potret kehidupanku.
Jika kau tahu apa yang ada dalam hati ini
Kau mungkin tidak rela melepaskan aku pergi darimu
Kerana aku kau sayang selalu
Dan juga untuk selamanya
Tapi…
Segalanya telah menjadi memori abadi
Dalam kolam hatiku dan sumur jiwamu
Kita tidak dapat bertemu lagi
Hari ini dan mungkin untuk selamanya.
Hanya doaku yang kau pinta
Sebagai tali perentang
Untuk persahabatan kita
Supaya kau lebih tenang di sana
Yang abadi
Bukan fana.
S,hana ak
100308 ( isnin )
10.17 pagi
Khar
No comments:
Post a Comment