Wednesday, February 24, 2010

Entah, macam mana boleh termusafir ke dunia yang lain pula.....

Bismillahirrahmanirahim
Assalamualaikum

entah, kalau mengikut tajuk post saya kali ni memanglah saya nak ceritakan sesuatau kepada anda para pengembara blog saya... nak tahu..saya tahu kamu pasti tak nak tahu kan. tak pe..saya nak cerita juga. baik, bacalah cerita saya ni.

semalam, ada kawan saya datang ke bilik saya nak buat kerja lah sebabkami satu kumpulan. sebelum tu dia minta saya tolong ajar dia buat blog. kami pun buat kerja kami masing-masing. ni belum lagi buat blog ni.

lepas habis kerja semua, saya pun tunjuklah macam mana nak buat blog. bersemangat ni nak tunjuk. macamlah pandai sangat. yelah, saya kan dah 'senior' buat blog ni. saya pun taip blogspot kat adress n keluarlah blogger. korang pun dah tahu kan....

diteruskan cerita...saya pun kliklah di creata a blog tapi error pula. kawan saya ni tengok n tunggu je. saya punyalah kasihan. lepas tu terfikir...kan ada perkataan creata a blog dalam blog saya. mungkin di situ saya dapat hasilkan satu blog untuk kawan saya ni kot...

apalagi, saya pun bukalah blog saya, tulis email dan pasword terus masuk ke dalam blog. saya cari create a blog tu. hah dah dapat dah. saya pun buatlah blog kat situ.
saya tanya kawan saya dia nak tulis adress apa dalam blog dia tu. dia cakap tak tahu. saya pun fikirlah yang sesuai untuk alamat blog dia.

" hah, dah dapat. apa kata saya bagi alamat blog ko, penamenangis. blogspot.com." kawan saya ni senyum-senyum je. bantai jelah. itu kot dia fikir. yang penting saya ada blog.

dah tu, saya pun tekan continue dan tetiba hai, kenapa profil penamenangis ada kat bulan dan bintang. kenapa bukan pena menangis. saya pun garu-garu kepala yang sememangnya tak gatal pun tapi gatal jugalah.

"ini blog kak sue, kak sue salah buat blog untuk saya." kata kawan saya.

" ye ke. oh ya, ingatkan betul dah. rupa-rupanya saya salah kiu. saya dah buat blog untuk diri saya sendiri. sebenarnya, untuk buat blog orang lain buat di tempat yang tadi tu yang tak boleh masuk tu. tu je. ni untuk buat blog saya yang lain.

apalagi, saya pun tak dapat buat apa-apa. tak apalah, pena menangis untuk kawan saya dah termusafir pula kepada saya.

" nantilah saya buat blog kak sue, saya buat sendiri kat rumah. yang penting saya dah tahu kat mana nak buat." uijar kawan saya tu. sedih juga saya dengar.

" oklah kalau begitu. ingatkan saya boleh buat blog kat kau, rupanya saya buat pula blog untuk saya sendiri tanpa sengaja. minta maaf noh."

" tak pe kak sue. emm, saya balik dulu."

" ok." dan saya pun menghantar kawan saya ni dimuka pintu dengan muka masih sedih.

hmm, entah macam mana boleh termusafir ke dunia yang lain pula. jadi, sekarang ni saya ada dua blog yang saya sendiri tak tahu apakah saya boleh berlaku adil atau tak dengan kedua-duanya. kalau saya nak ceraiakan bulan dan bintang..ehhh, tak boleh. kalau saya ceraikan diari sang penyair(tajuk blog saya untuk penamenangis), tak boleh juga. nanti dia menangis.

jadi kesimpulannya, saya akan cuba berlaku adil untuk kedua-duanya sekali. Insya Allah....

kepada pengembara blog saya, anda boleh layari blog saya yang kedua ni di lama web penamenangis.blogspot.com

salam....Hanako

Tuesday, February 23, 2010

Terima kasih cikgu! ( cerpen yang diambil dari blog seseorang)

Suasana indah dan berkabus mengiringi perjalanan Adam sejauh 3 km ke sekolahnya. Mohd Naufal Adam seorang pelajar tingkatan 6 atas. Tahun ini dia akan menduduki peperiksaan STPM. Kerana kesempitan hidup memaksanya berkorban dan bersusah payah demi mengejar cita-citanya. Setiap hari Adam akan dimarahi guru kerana terlewat. Belum lagi kelas tamat Adam telah ponteng kelas dan balik kerumah. Perbuatannya ini menimbulkan kemarahan setiap guru disekolahnya.

-------------------

Ustaz Azhar adalah seorang guru pendidikan Islam dan guru disiplin sekolah. Ustaz Azhar kenal benar dengan perangai Adam, walaupun Ustaz akui dia seorang pelajar yang baik, pandai mengaji Al-Quran, boleh menjadi Imam, dan dapat menyiapkan setiap kerja sekolah yang diberikan tetapi mengapa dia berkelakuan sedemikian. Ustaz Azhar berazam untuk membantu Adam menyelesaikan apa sahaja masalah beliau. Ustaz Azhar yang berada di dalam keretanya perlahan-lahan mengekori Adam yang berjalan kaki pulang ke rumah. Ustaz Azhar terkejut kerana Adam berjalan pulang kerumah sejauh 30 minit kesekolah adiknya dan 30 minit lagi ke rumahnya..



----------------

Sebelum sampai kerumah Adam singgah di sekolah rendah untuk mengambil adiknya dan mereka akan berjalan bersama-sama meredah terik matahari petang dan hujan kerana tinggal jauh di pedalaman. Kadang kala Adam akan mendokong adiknya yang baru darjah dua dibelakangnya manakala beg sekolahnya pula akan digantung dihadapan. Menitik air mata Ustaz Azhar melihat kelibat dua beradik itu dari jauh. Terasa sedih dihatinya melihat kesengsaraan Adam yang kuat menempuhi hidupnya yang sedemikian rupa.

--------------

Keesokkan harinya sewaktu di kelas Ustaz Azhar memanggil Adam, "Adam, petang ini setelah tamat persekolahan saya akan hantarkan kamu pulang..kamu tunggu saya di kereta ya.." "Tapi Ustaz…. Tidak mengapalah..saya boleh pulang sendiri.. kenapa pula Ustaz hendak menghantar saya pulang? Soal Adam terketar-ketar. "kenapa… salah ke seorang guru menghantar anak muridnya pulang..lagipun Adam, kebetulan saya lalu jalan itu hari ini.." jawab Ustaz Azhar tegas. "Baik..Ustaz". Jawab Adam sayu.

--------------------

Tiba-tiba sewaktu didalam kereta Adam menangis, Ustaz Azhar terkejut lalu memberhentikan kenderaannya. " Eh! Kenapa dengan kamu ni Adam..kenapa kamu menangis..cakaplah dengan saya..jangan malu-malu kalau kamu ada masalah..cakap Adam..cakap". Kata Ustaz Azhar menunjukkan simpatinya. "Setiap hari pada waktu rehat saya akan bekerja di kantin sekolah untuk mendapatkan dua bungkus nasi dan dua ketul kuih. Satu nasi untuk ibu saya dan satu lagi untuk adik saya". Kata Adam sambil mengelap air matanya.

------------------

"kalau begitu?....kamu makan apa Adam..? soal Ustaz Azhar kehairanan. Adam tersenyum sambil menjawab "untuk saya…beberapa ketul kuih sudah memadai ustaz..". "Kerana itu saya pulang awal setiap hari untuk menjemput adik saya..satu hari tanpa makanan…dia mesti lapar Ustaz..". sambung Adam lagi melihat gurunya itu tekun mendengar masalah yang ditanggungnya.

------------------

Tangisan Adam sudah terhenti..namun air mata lelaki Ustaz Azhar pula membasahi di pipi.. "Maafkan saya Adam. Saya tidak berniat untuk buat awak bersedih, dan saya tidak sangka kehidupan awak begitu daif sekali. "Adam….izinkanlah saya membantu awak Adam..pihak sekolah juga akan membantu awak dalam masalah ini. Awak jangan risau lagi..Cuma berjanjilah Adam..belajar rajin dan bersungguh-sungguh demi STPM awak ini.

----------------------

Saya janji saya akan menolong awak". Kata Ustaz Azhar sambil memeluk bahu Adam. Adam menganggukkan kepalanya tanda setuju. Mungkin sudah tiba masa dia berkongsi masalahnya dengan insan lain supaya tidak menanggung beban yang berat sendiri. Sekurang-kurangnya masalahnya tidak membebani otaknya yang akan bertempur demi cita-citanya.

---------------------

Bangun pagi seawal jam 5 Adam bersiap-siap untuk kesekolah, buka sahaja pintu rumahnya yang uzur itu Adam ternganga kehairanan. Sebuah basikal baru siap berikat reben terletak dihadapan rumahnya. Adam dengan perasaan ingin tahu terus mendapatkan basikal tersebut dan di reben itu terletak sekeping nota.. " Assalamualaikum, Adam..belajar bersungguh-sungguh ..saya sentiasa menyokong kamu". Adam tersenyum dia tahu pemberian itu dari Ustaz Azhar. Adam begitu gembira sekali menghantar adiknya kesekolah dan memecut laju ke sekolahnya. Dalam hatinya tidak sabar-sabar hendak berjumpa dengan Ustaz Azhar untuk mengucapkan terima kasihnya kepada beliau.

------------------

Setelah puas Adam mencari di satu sekolah namun Ustaz Azhar tidak juga ditemuinya. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk ke Bilik Guru. Adam dimaklumkan bahawa Cikgu Azhar terlibat dalam kemalangan sejurus dia keluar dari simpang rumah Adam setelah dia menghantar basikal hadiah pemberiannya kepada Adam. Seperti tahu dia akan pergi, Ustaz Azhar telah meninggalkan pesan kepada guru besar agar memberikan duit belanja pada setiap bulan sebanyak 200 ringgit buat Adam dan adiknya. Duit itu adalah hadiah yang paling bermakna buat Adam sehingga dia menamatkan persekolahan tingkatan 6. Akhirnya Adam berjaya. Alhamdullillah, jasa Ustaz Azhar tidak sia-sia.

----------------

Adam mengelap air mata yang jatuh berguguran dan tersenyum "setiap kali perhimpunan kamu akan mendengar cerita yang sama pada setiap pagi sebelum ini ..pasti kamu semua dah bosan mendengarnya.." kata Adam cuba menyembunyikan lagi air matanya yang berguguran. Adam mendengar tepukan yang kuat sekali dari semua murid-murid sekolahnya itu. Salah seorang murid bersuara "Tidak Cikgu, kami tidak pernah bosan mendengarnya.. kami pun ingin menjadi seperti cikgu.. cikgu seorang yang bersemangat kental..kami bangga dengan cikgu.." kata murid-muridnya.

------------------

Mohd Naufal Adam kini adalah Guru Besar di sekolah tempat dia bersekolah dahulu. "saya tidak pernah sempat untuk mengucapkan terima kasih pada Ustaz Azhar…saya masih lagi kecewa sehingga kini.." kata Adam sayu ketika itu dia sedang memberi ucapan sempena perasmian Hari Guru di sekolahnya. Wakil pelajar bersuara.

------------------

"Sebenarnya kami semua yang patut berterima kasih kepada guru Cikgu Adam. Kerananya Cikgu ada disini disamping kami dan membantu kami semua untuk berjaya. Ustaz Azhar..terima kasih..Cikgu Adam terima kasih, juga kepada semua guru-guru..terima kasih.. terima kasih di atas segala-galanya. Pengorbanan dan jasamu tiada galang gantinya. Sebelum semua murid-murid menyerahkan bunga mawar merah kepada guru-guru tercinta.



Selamat hari Guru Cikgu, kenangan terindah bersamamu

Saturday, February 20, 2010

Diari kehidupan 40

bismillahirahmanirrahim
20 Feb 2010 (Sabtu)

Assalamualaikum
hai, pengembara blog saya. bagaimana keadaan anda semua sekarang ini? baik atu tak baik, sihat atau tak sihat? saya berdoa agar anda semua selamat dunia dan akhirat. semoga Allah memberi kesejahteraan kepada anda semua. amin...

hari ini ada sedikit perkara yang ingin saya kongsikan kepada anda semua juga diri saya. yaaaa, tak lain tak bukan pasal kehidupan saya hari ini. dah dinamakan diari kan. mestilah saya akan bercerita tentang diri saya dan mungkin juga orang lain, mungkin.

hari ni saya bangun pukul 11 awal 30 minit. maknanya 10.30 am lah. saya mandi dan terus buka laptop. buka internet. saya tak buat apa-apa hari ni. lepas tu pukul 4 saya dengan rakan-rakan yang dikenali sebagai Anie, Umie dan Fiza pergi pasar malam sebab hari ni pasal malam di pekan.

kami sampai di pekan, hujan turun tiba-tiba tapi tak lebat. gerimis mengundang tapi gerimisnya besar-besar. sakit badan kalau kena. tapi kalau saya tak sakitlah. taktaulah kalau orang lain. masa kami sampai tu para peniaga baru nak buka gerai masing-masing. tiba-tiba di sebuah gerai yang menjual buku-buku cerita dan cd agama, saya ternampak novel kegemaran saya iaitu ketika Cinta bertasbih episod 1.

apalagi saya pun teruja lah sebab dah lama saya nak beli novel ni tapi tak dapat-dapat. dah banyak tempat saya pergi tapi semuanya tidak menjual novel ni lagi. namun saya pendamkan niat tu dahulu kerana ada banyak perkara yang kami mahu langsaikan hari itu.

tapi, ke mana sahaja saya nak pergi, saya tak tenang selagi belum memiliki novel tu sebab saya takut novel tu akan dibeli oleh orang lain. mahu rasanya saya terbang ke gerai buku tu semula untuk beli novel tu tapi saya buangkan jauh-jauh dan memotivasikan diri sendiri agar bersabar.

setelah membeli apa yang patut, saya balik semula ke tempat tu dan alhamdulillah novel tu masih belum dibeli lantas saya membelinya. kami balik ke kolej pakai kereta sapu sebab bas lambat datang. lega rasanya dapat beli buku tu. sampai kat rumah saya terus baca dan tak sampai separuh saya berhenti kerana nilah, nak buat diari kehidupan saya yang keempat puluh ni.

oh ya, lupa pula, saya telah menerima 2 missed call dari teman saya. saya tak dapat angkat sebab tak dengar telefon saya berdering. novel ketika cinta bertasbih ni betul-betul sama dengan filem ketika cinta bertasbih, memanglah kan sebab filem tu kan diadaptasi dari novel ni.

hmm, rasanya sampai sini sahaja diari saya hari ni. sebelum tu saya nak petik sedikit kata-kata dari novel ni untuk tatapan saya dan anda semua.

" Orang yang memiliki semangat
ia akan mencintai semua yang dihadapinya".

baiklah sampai jumpa lagi wahai diri dan anda semua. salam.....Hanako

Wednesday, February 17, 2010

Catatan dari seorang Sahabat

Ini adalah catatan dari seorang sahabat saya dan saya sangat menyukainya. cuba hayati dan renung-renungkannya.

" Kadangkala kita terlalu taksub mengejar pelangi. mencari cinta di hujung langit yang senja. Namun akhirnya baru kita sedari keindahan itu cuma satu ilusi. Satu harapan yang kosong."

Mari kita fikir-fikirkannya.meh...

Hidayah


ini adalah cerpen yang saya cipta kali pertama saya mengenali dunia sastera. sebenarnya, karya asli cerpen ini sudah hilang dalam simpanan saya. namun Alhamdulillah, saya masih mengingati jalan ceritanya dan terciptalah cerpen berjudul " Hidayah" ini. mungkin ia tidaK sebaik cerpen asli yang dahulu kerana ada sedikit perubahan tetapi tak apa, yang penting jalan ceritanya masih seperti dulu. baiklah wahai pengembara blog saya. selamat membaca karya saya yang tak seberapa ini. SELAMAT MEMBACA....

Suasana malam itu sungguh sejuk. Awan hitam terus memuntahkan air mata alam yang menyejukkan segenap muka bumi yang panas ini. Fateen dan Nadia berlari-lari menuju ke rumah mereka yang kelihatannya tidak jauh dari jalan besar tersebut. Baju pendek serta kasut bertumit tinggi yang dipakai tidak membebankan mereka untuk terus melangkah laju, cuba menghindarkan diri dari linangan air mata alam itu. Sampai di rumah, Fateen dan Nadia terus mengunci tombol pintu kerana takut mendengar bunyi guruh dan kilat yang amat kuat menghentam kota raya yang dipenuhi dengan bangunan pencakar langit dan manusia-manusia yang bertopengkan sayaitan ini.

Mereka baru sahaja selesai melakukan tugas yang menjadi rutin mereka sejak 5 tahun yang lalu. Ya, menjadi anak ayam di kota metropolitan Kuala Lumpur ini. Mereka sudah biasa dengan kerja seperti ini. Malah dalam satu malam mereka mampu memperolehi duit sebanyak Rm 5000. Lumayan, memang lumayan bagi mereka. Itu tidak dicampur dengan duit yang akan mereka berikan kepada ketua mereka tiap hari. Mereka mampu berseronok dengan duit sebanyak itu. Mereka sudah lupa dengan kehidupan di akhirat yang kekal abadi kerana disogok dengan kehidupan dunia yang sementara ini.

Seperti biasa Fateen mandi dahulu sebelum tidur manakala Nadia akan terus tidur. Sekitar jam 1 pagi, kedua gadis itu sudah pun diulit mimpi yang indah kerana esok malam, mereka ada tugas seperti biasa yang dilaluinya hari-hari. bunyi kilat di luar sudah tidak kedengaran lagi di pendengaran para penghuni rumah sewa tersebut.


Fateen baru sahaja selesai mandi pagi apabila terdengar ketukan di muka pintu. Dengan hanya memakai baju mandi, dia segera membuka pintu rumah. Kala pintu rumah terbuka, tercongak di hadapannya ialah seorang pemuda kacak. Sungguh kacak. Belum pernah dia melihat wajah seperti wajah di hadapannya ini. Dia terleka seketika.

“ Assalamualaikum cik....boleh saya tanya, di mana rumah nombor 23?” sapaan pemuda itu menyedarkannya dari kelekaannya.

“ wa...waalaikum....salam.” jawabnya tergagap-gagap. Dia gugup bukan kerana melihat wajah lelaki tersebut sekarang tetapi dia gugup kerana mendengar kalimah suci yang sudah lama dilupakannya dalam hidupnya itu. Kalimah itu sudah lama tidak diucapkannya. Kerana itu tatkala mendengarnya dia agak kekok dan bunyinya agak sumbang dalam pendengarannya.

“ nombor 23, rumahnya di sana.” Katanya sambil menunjukkan sebuah rumah yang sudah usang. Timbul juga kehairanan di hatinya apabila mengingatkan tujuan pemuda di hadapannya ini ke rumah tersebut.

“ mungkin dia ingin menyewa kot.” Bisiknya sendirian. Setahunya, rumah itu sudah pun penuh dengan penyewa lelaki. Namun didiamkannya kerana memimkirkan mungkin ada penyewa rumah itu yang sudah keluar dan rumah sewa tersebut ada kosong satu.

“ terima kasih cik. Saya pergi dulu. Assalamualaikum...” kata pemuda yang tidak diketahui nama itu lantas berlalu pergi.

“ siapa yang datang tu Teen, ada orang datang ek?” belum sempat dia menjawab kedengaran suara Zalehah, rakan serumahnya menegurnya. Tubuh Zalehah sudah pun berada di belakangnya. Fateen menoleh lantas menjawab pertanyaan rakannya itu kemudian kembali melihat ke arah pemuda kacak tadi.

“ hah, mana dia pergi. Tadi ada, takkan dah hilang kot. Rasanya tak sampai seminit pun dia pergi.” Kehairanan menghuni fikiran Fateean apabila melihat sekitar kawasan rumahnya yang kosong. Jika pemuda itu hendak ke rumah sewanya, dia mesti melepasi pagar rumah sewa dia dan rakan-rakannya dahulu baru sampai ke rumah sewa yang ditunjukkannya tadi. Fateen mencari-cari kelibat pemuda tersebut di rumah nombor 23 namun kelibatnya tidak kelihatan. Malah rumah sewa itu seperti berkunci.

“ siapa yang datang tadi?” tegur Zalehah.

“ lelaki...entah saya pun tak tahu.”

“ dia cari apa kat rumah kita ni?” soal Zalehah lagi.

“ dia hanya tanya rumah sewa nombor 23. Saya pun tunjukkanlah.” Jawab Fateen selamba.

“ kenapa tak ajak dia masuk. Boleh kita....” Zalehah menghentikan kata-katanya sambil menyengitkan matanya ke arah Feteen. Fateen memahami maksud rakannya itu.

“ dahlah, tak de maknanya. Dia pun dah pergi.” Kata Feteen, menutup pintu.

“ Nadia mana? Tidur lagi ke?” soal Fateen kepada Zalehah. Zalehah menjungkitkan bahunya.

"entah"

“ emm, penatlah tu.”

“ semalam berapa yang datang?” ujar Zalehah. Fateen menujukkkan jari limanya kemudian meninggalkan Zalehah, menuju ke dapur. Bibir Zelahah membentuk o. Memang dia kagum dengan Fateen yang mampu melanggan 5 orang lelaki dalam satu malam. Malah kadang-kadang, kawannya ini mampu melanggan 10 lelaki hanya dalam satu malam. Dia sendiri tidak pernah sampai tahap begitu. Setakat dua tiga orang tu bolehlah, tapi kalau sudah melebihi 5 orang, itu sudah sampai tahap tinggi.

Di dapur, Fateen sudah tidak mengingati pemuda itu lagi. Baginya pemuda seperti itu memang banyak di tempat kerjanya. Kalau setakat pemuda itu, mesti dia akan memperolehi lebih baik darinya. Dia tersenyum sendirian mengingati bagaimana permainan mereka di ranjang jika dia memiliki pemuda itu.


Hari itu Fateen tidak pergi kerja. Rakan-rakan serumahnya sudah lama ke tempat kerja. Tinggal dia sendirian di rumah. Dia meminta cuti kerana berasa kepalanya pening. Petang itu, dia mengagahkan dirinya untuk keluar ke rumah. Hari ini sudah dua hari dia tidak ke tempat kerjanya. Dengan kudrat yang lemah, dia duduk di luar beranda. Dia melihat-lihat sekeliling. Tiba-tiba matanya terpaku pada rumah sewa nombor 23. Kenangan lalu menghuni fikirannya saat pertama kali dia terjumpa penghuni baru rumah tersebut. Sudah hampir seminggu dia tidak melihat pemuda kacak tersebut. saat dia termenung itu, dia dikejutkan dengan kelibat orang berjalan di depan rumahnya. Dia memandang ke arah orang tersebut.

Hampir dia terjerit apabila melihat orang yang melalui rumahnya itu adalah lelaki yang datang di rumahnya dulu. Entah mengapa, ingin sekali dia menegurnya. Lantas tanpa segan silu Fateen memanggilnya.

“ hei, hei...awak....awak...” lelaki itu terhenti lantas menoleh ke arah Fateen. Fateen melambaikan tangannya menyuruhnya datang ke tempatnya. Lelaki itu teragak-agak.

“ marilah awak, kita berbual-bual. Tak ada orang kat rumah. Hanya saya.” Lelaki itu masih kaku memandangnya. Fateen mengagak sesuatu lantas dia pun berkata.

“ jangan bimbang, orang kuat agama tak akan tangkap kita. Meh lah, perjumpaan kita terbuka. Saya saja nak berbual-bual dengan awak.” Jaminan Fateen membuatkan lelaki itu pergi ke arahnya.

“ Assalamualaikum...” sapa lelaki itu setelah sampai di hadapannya. Fateen merasa lidahnya kelu. Kalimat itu lagi....lalu dengan lidah yang berbelit, Fateen cuba menjawabnya. Pemuda kacak itu tersenyum.

“ nama saya Nurul Fateen, panggil Fateen dah cukup. Awak?” perkenal Fateen sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan pemuda itu namun pemuda itu hanya tersenyum.

“ saya dah tahu nama awak. Emm, panggil saja saya Firdaus.” Ujar lelaki itu lagi. Air muka Fateen berubah namun cepat dikawalnya. Macam mana dia boleh kenal aku...bisiknya sendirian.

“ oh, Firdaus, awak buat apa kat sini. Belajar ek...”

“ tak, saya ada tugas penting. Penting...sangat penting....”

“ tugas penting? Tugas apa yang penting sangat tu Fir...emm boleh saya panggil awak Fir saja?” lelaki itu mengangguk.

“ saya datang ke sini untuk seseorang.” Kata lelaki itu serius. Fateen ketawa kecil mungkin lucu dengan kata-kata pemuda di hadapannya itu.

“ seseorang....awak ni buat lawak pula Fir. Siapa seseorang yang awak maksudkan tu. beritahu saya.”

“ awak..Nurul Fateen.” Fateen terkejut mendengar kata-kata yang keluar dari bibir lelaki di hadapannya ini.

“ saya? Apa maksud awak?”

“ saya pergi dulu cik Fateen, Insya Allah, jika ada masa lapang, kita akan berjumpa lagi. Insaflah wahai hiasan dunia bahawa dunia ini hanyalah bersifat sementara.” Kata-kata pemuda itu meresap di lubuk sanubari Fateen. Lelaki yang dipanggil Firdaus itu sudah pun pergi dan menghilang di sebalik pintu rumah sewa lelaki itu. Namun bisikan syaitan lebih berkuasa dari kata-kata lelaki tersebut. Fateen sudah pun melupakannya dalam masa yang singkat.


Sejak akhir-akhir ini, Fateen sering didatangi oleh lelaki bernama Firdaus itu, malah dia tidak tahu mengapa dia harus menerima Firdaus menjadi temannya saat lelaki itu menyatakan harapannya untuk menjadi sahabatnya. Rakan serumahnya tidak mengetahui persahabatannya dengan Firdaus kerana dia sentiasa menyembunyikannya dari pengetahuan mereka. Malah dia hairan mengapa sahabatnya itu menolak untuk bersama dengannya tatkala dia mempelawanya melakukan hubungan seperti yang dilakukannya selama ini. Persahabatan mereka sudah menginjak ke angka dua bulan dan dalam masa dua bulan itu, lelaki itu sering menasihatinya untuk kembali ke jalan lurus. Jalan yang lebih diredhai oleh Allah. Namun Fateen masih seperti dulu. Masih tidak berubah. Nasihat kawannya itu tidak mengubahnya menjadi wanita yang solehah. Firdaus tidak berputus asa, dia terus menasihatinya dan cuba membawanya keluar dari kepompong mainan dunia yang fana ini sehinggalah suatu hari mereka bergaduh besar kerana kebosanan Fateen mendengar nasihatnya yang sentiasa terbit dari bibir Firdaus.

“ kenapa dengan awak ni Fir? Asyik nak menasihati saya sahaja. Awak fikir awak tu bagus sangat ke. Saya tahulah, siapa saya. Esok-esok, kalau saya dah tak nak hidup macam ni lagi, saya bertaubatlah tapi bukan begini caranya.” Marah Fateen suatu hari.

“ saya sahabat awak Fateen. Saya berhak menasihati awak. Cubalah dengar nasihat saya. Hidup ini sangat singkat Fateen. Buang perangai buruk awak tu. jauhi kerja awak sebagai...”

“ apa, pelacur. Itu yang awak nak katakan bukan? Hei, Firdaus, dengar sini...dosa pahala saya adalah antara saya dengan Tuhan. Awak tak ada kaitan dalam hal ini. Saya bencilah dengan lelaki macam awak ni. Takut sangat dengan dosa. Bila saya Offer awak tak nak malah ada hati nak nasihati orang pula. Awak ni manusia ke malaikat!”

“ Fateen, maafkan saya...saya tak berniat nak sakitkan hati Fateen...tapi sebagai sahabat, saya tak mahu melihat sahabat saya hidup dalam gelombang dosa....”

“ apa Dosa. Awak cakap dosa Firdaus. Macamlah awak tu tak pernah buat dosa. Ok Fine, kalau awak tak nak hidup awak susah kerana saya, kita putuskan sahaja persahabatan kita ini. Kita bukan kawan lagi. Pergilah dari hidup saya. Tapi ingat Firdaus, walauapapun terjadi, saya tak akan berganjak dari kehidupan saya.”

Kata-kata Fateen membuatkan Firdaus terdiam seketika. Satu keluhan singgah di tubir bicaranya.

“ baiklah, tapi tak adakah peluang untuk saya....”

“ maaf, awak boleh blah dari hidup saya. Sekarang kita bukan kawan lagi.” Ujar Fateen tanpa memandang ke arah Firdaus.

“ baiklah, saya kan pergi dari hidup awak Fateen. Maafkan saya kerana menyakitkan hati awak selama ini. Cuma sebelum saya pergi izinkan saya menyatakan sesuatu kepadamu. Saat awak mendengar kalimah Allah, ingatlah bahawa saya sudah tak ada di sisimu lagi. Menjadi pelindungmu, menjadi pembimbingmu. Hanya engkaulah yang menentukan segalanya. Selamat tinggal wahai sahabatku..Assalamualaikum...” habis sahaja kata-kata itu, tiba-tiba satu suara bergema dalam pendengarannya. Suara azan asar berkumandang dari masjid yang berdekatan. Ia menusuk jauh ke kalbu Fateen. Amat indah bunyinya. Sungguh, kemerduannya mendayu-dayu. Ya Allah, tanpa disedari bibirnya mengucapkan kalimah Allah.

“ Fir....” dia memandang rakannya tetapi Firdaus sudah hilang dari penglihatannya. Firdaus sudah tidak ada di tempatnya berdiri tadi. Dia mencari-cari rakannya itu.

“ Firdaus!!!” suara Fateen bergema di ruang persekitaran halaman rumahnya. Air matanya berjurai...benar, baru sekarang dia mengerti maksud rakannya tadi. Kalimah Allah itu adalah suara azan dan benar sekarang Firdaus, rakannya pula hilang sekelip mata.

Fateen seperti kaku di tempatnya ketika azan berkumandang. Hanya air matanya sahaja yang merembes keluar, Mencurah-curah. Satu perasaan halus menyelinap di hatinya. Tiba-tiba dia berasa ketakutan yang amat sangat. Di hadapannya dia melihat dosa-dosa yang dilakukannnya selama ini. perbuatannya dari mula hingga akhir bagaimana dia melakukan kerja-kerja yang terkutuk. Kemudian dipaparkan kehadiran Firdaus yang tidak jemu-jemu menasihatinya dan cuba membimbingnya mengingati Allah. Dipaparkan juga bagaimana dia mengambil sikap endah tak endah dengan nasihat kawannya itu. Ya Allah, hanya bibirnya yang mampu mengucapkan kalimah itu.

Seusai azan asar, tiba-tiba paparan yang dilihatnya itu juga hilang. Fateen terduduk di situ juga. Dia benar-benar terpegun tidak tahu apa yang perlu dibuat. Hanya air matanya sahaja yang menitik setitis demi setitis. Ketika Rakannya Nadia datang, Fateen masih duduk di situ sambil menangis teresak-esak. Fateen dipapah oleh Nadia naik ke rumah. Nadia membiarkan rakannya itu dengan perbuatannya sebelum memujuknya untuk menceritakan kisah itu kepadanya.

“ Teen, kenapa dengan awak ni. Apa yang berlaku? Awak kecurian lagi ke?” pujuk Nadia yang sememangnya tahu Fateen sentiasa menjadi mangsa para pencuri yang tidak mengenal mangsa. Namun Fateen masih diam. Nadia cuba memujuk lagi namun hanya tangisan sahaja yang kedengaran dari bibir comel Fateen. Saat rakan-rakan serumahnya yang lain pulang Fateen masih mengelamun. Mereka tertanya-tanya dengan perubahannya namun Nadia membalasnya dengan isyarat entah, aku pun tak tahu.

“ Teen, mengapa ni, Teen sakit lagi ke?” tanya Zalehah pula lembut namun Fateen hanya membalasnya dengan gelengan.

“ jadi apa masalah Teen, tadi Nadiah kata Teen duduk di luar. Betul ke?” pujuk Zalehah lagi.

“ saya dah buat keputusan, saya nak berhenti buat kerja ni. Saya dah tak nak jadi pelacur lagi kak. Tadi saya saksikan sendiri apa yang saya lakukan selama ini. Saya berdosa kepada Allah kak” semua yang ada di situ terkejut mendengar bicara yang keluar dari mulut Fateen. Masing-masing mula takut.

“ apa yang Fateen nampak tadi?” tanya Laila pula yang sejak tadi membisukan diri. Lantas Fateen menceritakan kejadian yang berlaku di hadapannya sebentar tadi. Namun tatkala dia habis bercerita, kawan-kawannya hanya memandangnya dengan senyuman sinis.

“ alaaa, awak ni Teen, bila sakit mulalah nampak itu ini ke.” Kata Zalehah pula.

“ betul kak, saya nampak....”

“ ah, tak usahlah pandang serius Perkara tu Teen, awak bukannya tak tahu dah lima tahun kita buat kerja macam ni, tak pernah pun perkara tu terjadi kat kami semua.” Celah Nadia Pula. Fateen berdiri, bercekik pinggang.

“ kalau korang tak nak percaya cerita saya, itu korang punya pasal, yang penting mulai dari sekarang saya tak nak buat kerja ni lagi. Esok saya nak balik kampung.” Kata Fateen, marah dengan rakan-rakannya yang seperti mempermainkannya.

“ mana boleh, awak tak boleh keluar dari rumah ni sebelum awak tak langsaikan hutang awak kepada pelanggan awak.” Tiba-tiba Zalehah marah.

“ hutang, saya mana ada hutang. Saya tak ada hutang dengan sesiapa pun. Apa awak fikir kerja tu dengan pelanggan dah dikira hutang. Maaf. Itu bukan hutang. Itu adalah bala saya faham.” Ujar Fateen tidak mahu mengalah kepada Zalehah yang dikira ketua mereka selama ini. Dia sudah tidak mahu fikirkan tentang perkara lain. Apa yang dia mahu ialah dia mesti keluar dari rumah ini sekarang juga kalau boleh.

“ okey, kalau awak tak nak, malam ini juga awak pergi dari sini. Jangan balik ke sini lagi!” ujar Zalehah garang, segarang harimau. Fateen tersenyum kecil. Lantas dia berlari ke bilik dan mengemas barang-barangnya.

“ saya pergi dulu. Selamat tinggal. Assalamualaikum semua...” kata Fateen sebelum meninggalkan rumah yang didudukinya itu selama lima tahun. Zalehah, Nadia, Laila dan rakan-rakan serumah yang lain hanya memandangnya tanpa berkata apa-apa.


Setelah keluar dari rumah, Fateen cuba mencari Firdaus di rumahnya.

“ maaf, cik mungkin tersilap orang. Lelaki bernama Firdaus tak ada di rumah kami.” Ujar seorang lelaki yang juga penyewa rumah bernombor 23 tersebut.

“ tapi bukankah firdaus rakan saya tinggal di rumah ni. Jangan-jangan encik bersekongkol dengan dia tak. Saya nak masuk. Saya mesti cari dia. Fir...Firdaus!!!” jerit Fateen di luar menyebabkan semua lelaki yang menyewa rumah tersebut keluar.

“ apa yang pelacur ni buat kat sini.” Kata-kata seorang lelaki menyebabkan Fateen menjadi berang.

“ wei, saya sekarang bukan pelacur. Sekarang saya nak cari Firdaus.” Ujarnya kuat.

“ cik? Orang yang cik cari tak ada di sini. Dia tak tinggal di rumah kami. Cubalah cik lihat rakan-rakan saya. Hanya kami sahaja yang tinggal di sini.” Tiba-tiba seorang lelaki yang beraut tenang berkata kepadanya. Pelahan-lahan Fateen meneliti para lelaki muda di hadapannya. Dia seperti baru sedar sesuatu lantas berkata.

“ maaf, saya fikir orang yang saya cari ada di sini. Tak apalah. Saya pergi dulu. Assalamualaikum...” katanya, lantas berlalu pergi. Semua pemuda itu menutup kembali rumah mereka. Di halaman rumah, Fateen menitiskan air matanya. Entah mengapa satu perasaan rindu terhadap sahabatnya itu mencengkam jiwanya walaupun baru beberapa jam dia meninggalkannya.

“ Fir...ke mana awak pergi...jangan tinggal kan saya Fir...tolong..bimbinglah saya mencari keredhaanNya. Ya Allah....siapakah Firdaus yang selama ini hadir dalam hidup saya?” rintih Fateen pelahan sebelum meninggalkan rumah bernombor 23 tersebut.


Fateen memandang laut yang membiru dihadapannya. Elusan angin laut begitu mendamaikan. Baju kurungnya berkibaran manakala tudung hijaunya melambai-lambai. Sudah setahun dia balik ke kampungnya. Fateen sudah jauh berubah semenjak peristiwa yang berlaku dan merubah seluruh kehidupannya. Sekarang, dia sudah berubah menjadi seorang gadis yang baru, bukan lagi dikelilingi dosa yang dilakukannya suatu ketika dulu. Dia bersyukur kerana orang tuanya masih menerimanya setelah dia menceritakan kisah hidupnya. Hidupnya sekarang jauh lebih mendamaikan dan mengembirakan. Tiap hari kehidupannya lebih bererti saat mendekatkan diri kepadaNYa.

Dia teringatkan Firdaus, lelaki yang cuba mengubah seluruh kehidupannya. Kalau bukan Firdaus, mana mungkin dia akan sedar dengan kesilapannya selama ini. Namun lelaki itu sudah pergi dalam hidupnya. Dia tidak pernah lagi bertemu dengannya setelah setahun peristiwa itu terjadi. Sungguh, dia begitu merindukan lelaki kacak itu. Masih ingat lagi bagaimana Firdaus begitu menghormatinya sebagai wanita dan sentiasa cuba membimbingnya ke jalan yang benar. Cuma dia sahaja yang bodoh kerana tidak mengikuti nasihatnya. Kalaulah dari dulu lagi dia sedar......

“ Assalamualaikum...”tiba-tiba suara seorang lelaki yang cukup dikenalinya dan ditunggunya selama ini kedengaran di telinganya. Fateen Menoleh.

“ Fir....” katanya pelahan. Ya Allah, mengapa wajah kacak itu sungguh bercahaya ya Allah. Bisik hati kecil Fateen.

“ saya bersyukur, Fateen sudah berubah sekarang.” Ujar lelaki tersebut. Fateen tersenyum gembira. Wajah yang dirinduinya itu begitu mendamaikan.

“ Fir...saya begitu rindukan Fir. Saya cintakan Fir....” kata Fateen pelahan namun Firdaus hanya tersenyum.

“ Fateen, Cintailah Allah. Maafkan saya kerana saya tak mampu membalas cinta Fateen. Kita hidup dalam dunia yang berbeza. Saya datang ke sini kerana mengirimkan ini kepadamu. Dan selepas ini, kita tak akan berjumpa lagi. Ini kali terakhir kita akan berjumpa Fateen. Berbahagialah dirimu dengan naunganNya.” ujar Firdaus lalu memberikan sekuntum bunga kepadanya. Fateen menerimanya dengan air mata.

“ Fir...” namun Firdaus lelaki yang dicintainya juga lelaki misteri dalam hidupnya sudah pun menghilang. Fateen memandang sekeliling namun Firdaus lelaki yang bertakhta di hatinya sudah tidak ada.

“ siapa awak yang hadir dalam hidup saya selama ini Firdaus?” bisiknya pelahan. Dia memandang ke langit. Awan pekat yang tadinya hitam sudah pun cerah. Tiba-tiba satu suara kecil membisik di telinganya.

“ cintailah Allah sepenuh hatimu. Nescaya, Allah akan membahagiakan hidupmu.”

“ ya Allah, akanku abadikan cintaku hanya padaMu. Bimbinglah aku ke jalanMu. Jauhi aku dari godaan Syaitan dan berikanlah rakan-rakanku petunjukMu.” Kata hati kecilnya sambil tangannya masih memegang sekuntum bunga pemberian sahabat dan mungkin kekasihnya. Mungkin.....bau bunga itu masih segar mewangi di tangannya. Fateen tersenyum manis.

“ Terima Kasih Fir....” ucap Fateen pelahan sambil memandang ke arah laut yang membiru bagaikan hamparan permaidani itu.

Nukilan:
S.Hana AK
17022010 ( Rabu)
18:38 Pm ( Siap)
Khar UPSI.

Monday, February 15, 2010

sajak buat guru

sajak ini ku tujukan kepada seorang yang bergelar cikgu dan guru. terima kasih kerana mendidik dan mengajar kami tentang erti kehidupan. pengorbananmu tak termampu dibalas, hanya mampu dikenang. namun hanya ini lah sahaja yang dapat saya berikan untuk mengenang jasamu wahai cikgu dan guru sekalian....sebuah sajak penghibur hati, pembangun jiwa, pembawa kenangan dan peniup semangat...


GURUKU INSAN MULIA

Guruku insan mulia
Mengajar tanpa rasa jemu
Mendidik tanpa rasa penat
Mencurahkan kasih sayang
Sepenuh rela
Demi melihat
Anak muridnya berjaya.

Guruku insan mulia
Tidak pilih kasih
Dalam memberi sebakul ilmu
Buat bekalan anak muridnya
Di masa depan.

Guruku insan mulia
Sedia berkorban jiwa dan raga
Demi melihat anak didiknya
Berjaya menjadi insan
Yang berjaya, berkeyakinan dan berakhlak mulia.

Guruku insan mulia
Sedia membantu
Sedia memberi
Sedia membimbing
Demi melihat anak didiknya
menjadi generasi masa depan negara
yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Tanpanya
kita tidak akan menjadi seperti sekarang
yang berjuang di medan perang
persaingan antara mahasiswa dan mahasiswi
demi segulung izajah
untuk diusung ke sana ke sini.


Tanpanya
Kita tidak akan pernah merasa
Abc dan 123 berkibaran di jendela fikiran
Dan bergentayangan di mana-mana
Kerana semua yang ada di dunia ini
Sebenarnya bermula dari seorang
Yang bergelar GURU.

Nukilan: S. Hana AK

CIKGU

Dari hatinya terbit seberkas kasih
Dari jiwanya mengalir sebutir mutiara ilmu
Dalam rohnya muncul segugus kerdipan kemuliaan
Buat anak-anak bumi tercinta
Yang dambakan satu harapan
Meniti jambatan ilmu
Dunia dan akhirat.

Dari riak air mukanya terbit sesuci wajah yang tenang
Dari perbuataannya tergambar perilaku seorang guru
Berjiwa murni
Mendidik anak bumi tercinta
Yang dambakan segugus harapan
Menjadi insan yang cemerlang
Gemilang dan terbilang.

Dalam dirinya bercambah segugus benih harapan
kepada anak-anak didik
Menjadi insan yang soleh,
Di dunia dan akhirat

Terima kasih CIKGU
Engkaulah ratu dari segala ratu
Engkaulah puteri dari segala puteri
Dan engkaulah jua yang membenihkan
Jiwa kami dengan segala kematangan
Dalam menempuh sejalur jalan kehidupan
Yang penuh berliku ini.

Nukilan: S. Hana AK

Friday, February 12, 2010

Diari Kehidupan 39

Bismillahirhahmanirahim
12 Feb 2010 ( Jumaat)

Assalamialaikum
hmm, apa khabar pengembara blog saya? dah lama rasanya saya tak mengupdate blog saya ini. biasalah kan. takkan nak bergayut tiap masa dengan blog ni. sememangnya saya pun ada kerja yang nak di buat juga.

uhh, sekarang ni cuti pertengahan semester selama seminggu. jadi saya rasa dua tiga hari saya akan balik ke Kl. manakala yang selebihnya saya akan habiskan di kolej ni. kawan-kawan yang lain dah balik dah. tinggal saya seorang yang ada kat sini bersama-sama dengan kawan-kawan sabah n sarawak.

saya pun dah beli tiket bas. sebenarnya kalau bercakap tentang cuti ni hanya ada dua perasaan iaitu, gembira dan sedih. teka mana satu saya? emm, mesti kamu akan katakan saya gembira bukan? ehhh dokkkkk...actually i'm so sad. tak perlulah saya terangkan mengapa dan kenapa.

sekarang saya tengah menyiiapkan proposal tesis saya. Insya Allah, hanya tinggal satu sem lagi sem depn, saya akan menghabiskan pengajian saya di dunia UPSI ni. rasanya saya juga akan turut mengalami masalah perasaan eperti mereka yang akan kelaur dari UPSi ni nanti.

tapi terus terang, saya akan berasa sedih meninggalkan dunia sementara saya di UPSI ni. rindu dengan kehidupan sepanjang berada di sini, rindu dengan Pensyarah, dengan fakulti bahasa, perpustakaan, bangunan-bangunan di sekitarnya, alamnya, elusan anginnya, bak kata orang, rindu segala-galanya.

tak apalah, setiap pertemuan akan berlaku perpisahan bukan. jadi saya akan terus merelakannya. redha dengan ketentuan yang Allah SWT telah tetapkan. bila kita merelakan sesuatu itu, pasti Allah akan memberikan kita yang lebih baik darinya.

baiklah, cukup setakat di sini sahaja diari saya hari ini. sampai jumpa lagi, wahai diri dan anda semua. salam....Hanako

Monday, February 8, 2010

Diari Kehidupan 38

Bismillahirahmanirahim
8 febuari 2010 (Isnin)

Assalamualaikum
hari ini saya bangun awal. pukul 11 saya pergi kuliah sejarah saya (kursus minor)yang bertempat di DKB. sampai di sana saya diberitahu yang kuliah batal. apalagi, saya baliklah. kemudian jam 2 saya dengan Wani pergi kelas kaedah penyelidikan pula di bilik pensyarah saya. saya hanya seorang ambil kursus ni tapi kawan saya tu nak ikut sama, jadi saya pun ajaklah. lagipun pensyarah saya tak kisah. kalau saya bawa tujuh orang pun dia tak kisah sebab ini berkaitan dengan tesis saya semester depan.

jam 4 kuliah itu habis. jam lima pula saya ada latihan.....untuk kelab saya. sibuk sangatlah juga. jam 6.48 petang latihan itu tamat dan saya balik ke kolej. singgah di kafe untuk beli nasi goreng ikan masin. sedap!!!!

malam ni pula saya buat drama radio untuk pertandingan drama radio. untuk menyertai pertandingan itu, saya perlu buat 12 drama pelbagai isu. sekarang ni baru dua buah saya buat. masa-masa lain dihabiskan untuk melihat internet. emm, esok ada kuliah lagi jam 11 pagi. juga sejarah.

hmm, sudah lewat malam rupanya. saya akhiri diari kehidupan saya sampai sini. lain kali saya akan sambung. salam dariku untuk diri sendiri dan anda, para pengembara blog saya. salam...Hanako

Saturday, February 6, 2010

Memori abadi

Bismillahirrahmanirahim
Assalamualaikum wahai saudara-saudaraku sekalian

sesuai dengan tajuk coretan kali ini, biarlah saya mengimbas kembali satu detik atau peristiwa yang paling bermakna dalam hidup saya. peristiwa yang tak dapat saya lupakan sepanjang hidup saya di dunia ini. juga peristiwa yang akan berlaku kepada saya dan anda semua bila tiba masanya. ya, sudah pastinya kematian.

saya pernah bermimpi dan saya fikir saya memang sudah berada di sana. saya bermimpi saya dikuburkan di liang lahad. saya berasa keseorang waktu itu. sepi, sunyi dan macam-macam perasaan mengusik tangkai hati saya. apakah saya memang sudah pergi? pergi meninggalkan dunia. kata saya dalam hati.

ketika saya berada di situ, saya ingin menjerit kepada orang-orang yang mengebumikan saya, bahawa saya mahu balik ke rumah, saya tak mahu di kubur tu namun tiada siapa pun yang mendengarnya. malah saya juga bisu, kaku, tak mampu berkata-kata padahal hati memberontak mahu membebaskan diri. saya tidak mahu bersendirian. saya takut. malah bila menginggatkan dosa-dosa saya, lagilah saya tak mahu.

di kubur tu juga saya berasa bosan, saya seorang diri. tiada kawan tempat bergelak tawa. saya menangis. saya tidak mahu duduk di situ. entah berapa lama mimpi saya itu akhirnya saya terbangun dari tidur. dahi saya berpeluh. saya beristighfar. saya menangis kerana bersyukur bahawa rupanya itu hanyalah mimpi belaka. namun itu sudah cukup membuatkan saya terfikirkan dosa-dosa saya sebelum ini. saya sudah tidak ingat bila mimpi itu berlaku tetapi yang pastinya mimpi itu berlaku sebelum saya datang di sini...UPSI.

bila saya sampai di UPSI, saya semakin kerapa didatangi mimpi. ya, bermimpikan orang meninggal. kubur mereka terbiar. lalang-lalang tinggi tak dipotong. malah saya juga tengok kubur mereka bukan berada pada yang sepatutnya tetapi berada di suatu tempat yang saya sendiri tidak tahu. maknannya bukan di tanah perkuburan. di kiri-kanan tiada kubur orang lain. kadang-kadang saya terfikir mengapa saya asyik mimpikan benda-benda begini. mungkinkah ALlah menunjukkan hikmahnya dan kekuasaannya kepada saya.

selepas bermimpikan pasal tu, saya semakin kuat mengingati kematian. bila berada di mana-mana, saya asyik mengingati kematian. benar, kita tidak boleh mengingati kematian dengan berlebihan, takut memudaratkan diri. namun itulah saya. mungkin Allah mahu menolong saya untuk kembali kepada petunjukknya. Allah mahu saya selalu mengingati kematian. Subahanallah...

malah kematian ibu dan abang saya juga sedikit sebanyak menginggatkan saya tentang kematian. ibu saya meninggalkan saya ketika saya masih kecil iaitu berumur 10 tahun manakala abang saya pula pergi ketika saya berumur 14 tahun. apa yang saya tahu waktu itu, saya tidak menangisi kepergian mereka. malah saya masih mampu tersenyum. saya bukannya mahu berbangga jauh sekali menunjuk-nunjuk namun itulah kenyataan bagi seorang muslim bukan. satu sahaja prinsip yang saya pegang masa tu iaitu jangan menangisi orang yang sudah pergi, nanti akan menyakitkan mereka. ini pesan ustazah saya.

sehingga saya terfikir (Waktu Tu). " mengapa mesti mahu menangis. mengapa tak doakan kesejahteraan mereka? biar mereka selamat di sana. mereka pergi menghadap Tuhan. mereka pun masih hidup walaupun hanya roh semata-mata tetapi mereka akan tetap hidup di akhirat juga. samalah macam manusia di bumi ini...." inilah yang saya fikirkan masa tu.

sehingga sekarang, bila menginggati waktu dan detik pahit itu, saya terfikir bila pula kepergian saya. adakah saya hidup lama lagi walaupun saya tak mahu hidup selama-lamanya. buat apa mahu hidup selama-lamanya. jika saya diberi dua pilihan antara hidup sementara ataupun hidup selamanya di dunia ini saya akan pilih hidup sementara.

kehidupan di dunia ini amat banyak cabaran dan dugaan. penuh liku-liku kehidupan. setiap titik kehidupan dan setiap denyut nafas, pasti akan menerima tugasan yang setimpal. ya, tugasan itu pastilah ujian dari Allah. tetapi ini semua adalah ketentuan Allah sekiranya kita mahu mengapai kehidupan yang abadi dan bersenang-lenang di akhirat sana.

jadi buat diri sendiri dan saudara-saudaraku, marilah kita sama-sama menggapai redha Illahi. insya Allah, selamat hidup di dunia dan akhirat. salam....

Friday, February 5, 2010

Puisi Kehidupan




Hidup adalah gelombang lautan
Setiap dugaan adalah asam dalam masakan
Cabaran adalah lumrah alam
Ujian hanya pelengkap kehidupan.

Kegembiraan dan kedukaan bersifat tekal
Perpisahan dan pertemuan kembali
Adalah ikatan sebuah persahabatan
Mati dan hidup adalah suratan illahi
Yang pergi takkan kembali lagi.

Air mata adalah pencuci luka
Hati yang bersih adalah pelindung diri
Teman yang baik ialah mereka yang
Sanggup terbang bersama
Sahabat yang sejati ialah mereka yang
Sanggup membangunkan runtuhan kota yang musnah.

Sikap adalah jasad seorang insan
Dalamnya tersurat kesabaran yang
boleh menjadi penyelamat.
Tenang adalah cerminan insan yang tawaduk
Dalam kesenangan dan dalam kedukaan
Cinta adalah lukisan mata manusia
Yang akan berkembang luas setiap detik.

Iman adalah mutiara di dalam hati manusia
Yang tidak boleh diwarisi walauapapun caranya.
Senyum adalah sedekah yang mulia
Ketawa adalah pembantu senyum yang mulia
Tawakal adalah pengubat rindu di kala rindu menjelma
Ramah yang baik adalah bayangan diri
marah yang sedikit adalah salah satu
Dari sikap mereka yang beriman.
Ilmu itu adalah syurga kepada dunia dan akhirat
Cita-cita
Harapan
Impian
Angan-angan
Kejayaan
Keyakinan diri
Usaha
Adalah tiang dalam kehidupan.


Oleh: S . Hana Ak
170906
9.45-10.23 PM
Kg. Kipaku

Wednesday, February 3, 2010

Lagu nasyid Pelita Hidup (Hijjaz)



Hidup ini bagai lampu dinding
Yang dinyalakan di malam hari
Apabila minyak sudah kering
Ia kan pasti padam sendiri

Demikian juga hidup manusia
Selama hidup di dunia ini
Bila dah cukup umur usia
Putuslah hubungan di sana sini

Setelah kita tinggalkan dunia
Alam yang lain pula menanti
Apakah kita dapat kurnia
Itu melihat amal dan bakti

Di sana insan cemas dan bimbang
Tak dapat lagi buat alasan
Buruk dan baik akan ditimbang
Kedua-duanya dapat balasan

Tuesday, February 2, 2010

Sajak Untuk Sahabat


ini adalah sebahagian daripada sahabat-sahabat saya. sajak ini saya tujukan buat anda semua yang mengenali saya. sahabat saya....

Salam, puisi ini ku tujukan kepada anda semua, sahabat-sahabatku

sahabat-sahabatku,
usah dipandang ke belakang
melihat senja yang sudah berlalu
tetapi lihatlah masa depan kita
yakni perjalanan yang panjang
tetapi sementara
sebelum sampai kepada kematian.

sahabat-sahabatku
bila tiba waktu pertemuan
usahlah ragu mengungkapkan kata kemaafan
bila tiba waktu perpisahan
usahlah tangisi kepergian rakan-rakanmu
seperti mana mereka menangisi kepergianmu
kerana sesungguhnya semua itu
ada hikmah yang Allah berikan.

sahabat-sahabatku,
jika ada kesalahan dan kesilapan
antara kita, marilah...marilah...
aku seru sahabat-sahabatku semua
agar kita bermaafan antara satu sama lain
supaya kelak tiada yang merana
supaya kelak tiada yang berduka
supaya kelak tiada yang berpura-pura.

sahabat-sahabatku,
sesungguhnya pertemuan kita
sudah ditentukan oleh Allah SWT
oleh itu marilah kita hargai pertemuan ini
dan sesungguhnya perpisahan kelak
juga adalah takdir Tuhan
yang harus kita terima
terimalah ia dengan penuh keredhaan.

sahabat-sahabatku,
terima kasih atas segalanya
semoga kita akan dipertemukan kembali
walaupun mungkin
pertemuan ini bukan di dunia
tetapi Insya Allah, berdoalah agar kita
dipertemukan di akhirat kelak.

semoga Allah menempatkan kamu sahabat-sahabatku
dalam kalangaan orang yang beriman kelak....

salam dariku pengembara @ musafir
dalam lautan manusia dan kehidupan.

salam,

S. Hana Ak
2 Feb 2010 (Selasa)
3.00 petang
Upsi

Monday, February 1, 2010

BONDAKU SAYANG


Bu
tiga belas tahun kepergianmu
Mendambakan kasih di hatiku
tiga belas tahun kepergianmu
Memuatkan kenangan dalam hatiku
Yang abadi bukan fana.

Bu
Sudah kering kolam air mata ini
Menangisi kepergianmu
Menghadap illahi
Yang abadi.

Bu
Andai aku tuhan jadikan
Sebagai seorang anak yang soleh
Aku tak akan lupakanmu bu
Dalam setiap solat sujudku
Agar kau lebih tenang di sana
Alam abadi bukan fana
Bersama abang yang tersayang.


Bu
Dengarkan kalimah Allah selalu di sana.
Katakan pada tuhan kita yang
Aku sayang padamu
Kerna di sini
Aku terus bergelut dengan
syaitan dan nafsu nafsi
yang tak punya belas kasihan
terhadap hamba-Nya.

Bu
betapa kasih yang kau curahkan padaku
Walaupun sementara
Namun ia akan terus mekar di dada ini
Hingga hujung nyawa.
Dan andai suatu hari nanti tuhan ciptakan
seorang adam dan zuriat kepadaku
akanku lukis jiwa mereka dengan kalimah
Laillahaillah Muhamadar Rasulullah.

Bu
sepi itu indah
tapi sepi juga bosan
tiada kesepian dalam kebosanan
tiada kebosanan dalam kesepian
amanlah dikau di sana bu
bersama abang
andai ibu menghadap Allah,
Katakan yang ibu sayang kepadanya
Kerana syurga itu terletak di bawa arasynya.
Ambillah firdaus
Jangan ambil jahanam
Ibu.

Nukilan: S. hana AK
280318 ( Jumaat )
2.43 Pm
Khar

Jika kau tahu (Khas untuk para sahabat)

Jika ku tahu kau adalah yang terakhir untukku
Aku tidak akan melepaskan kau pergi
Dari potret hidupku dan tasik ingatanku
Kerana sesungguhnya kau adalah cinta pertama dan terakhirku

Jika ku tahu kau adalah insan yang kusayang selalu
Akanku abadikan cinta kita dalam kanvas lukisan
Supaya kau akan lebih mengerti
Betapa kau ku sayang selalu dan selamanya.

Jika ku tahu kau adalah teman yang teristemewa
Aku tidak akan pernah meleraikan persahabatan kita
Supaya kelak kau akan lebih memahami
Apa yang ada dalam diriku.

Tapi jika seandainya kau ingin aku melepaskanmu
Pergilah dan jangan cuba mengingati tentang kita
Kerana aku tidak mampu melupakannya
Segalanya tentang kita dalam potret kehidupanku.

Jika kau tahu apa yang ada dalam hati ini
Kau mungkin tidak rela melepaskan aku pergi darimu
Kerana aku kau sayang selalu
Dan juga untuk selamanya

Tapi…
Segalanya telah menjadi memori abadi
Dalam kolam hatiku dan sumur jiwamu
Kita tidak dapat bertemu lagi
Hari ini dan mungkin untuk selamanya.

Hanya doaku yang kau pinta
Sebagai tali perentang
Untuk persahabatan kita
Supaya kau lebih tenang di sana
Yang abadi
Bukan fana.

S,hana ak
100308 ( isnin )
10.17 pagi
Khar