Monday, November 16, 2009

Diari kehidupan 28

bismillahirahmanirrahim

hari ini 17 nov 2009 (selasa)

saya bangun awal, pukul 5.37 am, Allah kejutkan saya untuk menunaikan kewajipan.rasanya inilah kali pertama saya bangun seawal yang mungkin . selalunya saya bangun dan tidur balik hingga jam 6 tapi hari ini saya tak tidur semula. lepas solat, saya terus buka laptop.

tapi saya tahu nanti pukul 10 pagi ke atau pukul 11, mesti mata ni dah nak mengantuk balik. hmmm, tak naklah macam tu kan. semalam adalah hari terakhir saya untuk menjalani peperiksaan semester ni. hari ni kira mau balik di KL lah.

sedih juga bila mengingatkan tentang perpisahan dengan kawan-kawan seperjuangan semester 7 kos At 01 ni. tapi apa boleh buat kan. jika Allah Kata berpisahlah kamu, pasti akan terjadinya perpisahan. ada hikmah di sebaliknya tu.

mula semester depan saya akan menjalani kehidupan ini tanpa kawan-kawan semseter 7 yang saya sayang ini. moga mereka tidak akan lupakan saya. kalau mereka lupakan pun tak apa, yang penting saya tak akan lupakan mereka.

hmmm, rasa macam nak tidur je ni. baru pukul 8.25 am, ada masa berapa jam lagi untuk saya menghadapi sebuah perjalanan yang pendek atau panjang. rasa mahu tidur lah. hah, kan saya dah agak dah, saya pasti nak tidur lagi.

bah, sampai sini sajalah ya. moga jumpa lagi di diari yang lain, salam dariku untuk diri dan anda semua....salam....Hanako.

Sunday, November 15, 2009

Bumi Palestin ( Puisi )

Bumi Palestin

Palestin….
Kini, kau telah hilang segalanya
Keindahan alam yang selama ini menghiasi bumimu
Kedamaian teluk yang selama ini patuh kepadamu
Keharmonian rakyat yang selama ini menduduki bumimu
Setelah Isreal memasuki rumahmu
Tanpa ucap salam perkenalan

Tapi kau tetap teguh Palestin!!!
Dengan kecekalanmu
Dengan keberanianmu
Dengan kekuatanmu
Dan
Dengan keimanan
Oleh para pejuang yang teguh berdiri
Tidak gentar menghadap musuh
Dan dahagakan apa itu SYAHID
Di sisi Tuhan pencipta alam
Membebaskan tanah air tercinta
Dari Zionis yang ganas.



Palestin….
Hingga kini
Anak-anakmu
Ibu-ibumu
Ayah-ayahmu
Datuk nenekmu
Tetap tabah meneruskan makna hidup
Walau seribu peluru bermaharajalela
Di bumi tuahmu ini
Dan membakar hangus
Hartamu, kekayaanmu, hasil bumimu, dan tawa riang
Anak-anakmu
Musnah dalam sekelip mata
Hingga secebis pun tiada kelihatan.

Palestin….
Walaupun bumi tuahmu tiada serinya lagi
Namun anak-anakmu, para pejuangmu, ibu ayahmu, datuk nenekmu
Tetap teguh dengan kasih sayang
Tetap teguh dengan pendirian
Tetap teguh dengan agama
Dan
Tetap teguh dengan kematangan
Dalam mewujudkan kembali
Seri tanah airmu
Yang sudah lama tiada.

Sekarang!!!!
Bilanglah pada dunia
Bahawa kamu rakyat Palestin
Yang selama ini hidup menderita
Tidak akan sekali-kali
Hilang di bumimu
Tidak akan sekali-kali
Meninggalkan tempatmu
Tidak akan sekali-kali
Gentar akan arus hidupmu
Tidak akan sekali-kali
Berpaling tadah darimu
Kerana segalanya adalah
Ketentuan dari Tuhan
Yang Maha Esa.


S. Hana Ak
040309
( Rabu )
2.45 am

Saturday, November 14, 2009

Sepohon nostalgia

salam,

hmmm, sekarang ni saya nak mengenangkan kembali kenangan-kenangan saya masa sekolah dulu. dah tajuk titipan saya kali ini 'sepohon kenangan' maka saya pasti akan menyisipkannya dengan kenangan atau memori saya suatu masa dulu.

kalau nak tahu, masa saya kecik-kecik saya selalu kena rotan ngan ayah dan ibu saya. sebab mungkin saya ni nakal dan tak dengar cakap orang tua.saya masih ingat saya saya pernah dikejar oleh ayah saya kerana melawan cakapnya. saya dan adik beradik yang lain lari pergi jalan raya. itulah cara yang paling simple untuk mengelakkan dari dipukul. maklumlah ayah saya ni lain sikit. dia tak suka anaknya lari masa kena pukul tu sebab kalau kami lari lagilah dia akan kejar dan kalau dapat kantoilah rotan singgah di punggung. tapi kalau tak lari pun rotang tetap singgah. jadi jalan terbaik lari dan membawa diri sehingga marah ayah hilang. dah sejuk marah ayah tu baru kami balik rumah. tak sampai malam pun. alih-alih hanya 4 jam membawa diri.

malah saya juga pernah kena rotan oleh pak cik saya kerana mandi di kolamnya yang dihuni oleh beratus-ratus ikan talapia, ikan sepat, ikan sembilang, haruan belut, ikan merah dan banyak lagilah. tak mampu nak adunkannya kat sini. masa mandi tu saya bersama-sama dengan abang, kakak, adik, dan sepupu. kolam pakcik kami ada tujuh buah jadi ketuju-tuju kolem tu kami mandi dalam masa 3 jam. airnya yang macam milo kami tak kira, yang penting dapat mandi kolam. nasib baik ikan-ikannya tak mati. kalau mati.....

hmm, banyak juga kenangan lama saya mas kecil-kecil. tak terkira banyaknya cuma hanya sebahagian saja saya titipkan di sini. saya, abang, kakak, dan adik saya serta sepupu saya pernah pergi memancing ikan di kolem pak cik saya. banyak kali jugalah. dapatlah dua tiga ekor. pak cik saya tak marah. dia buat muka biasa saja. lagipun anak-anak dia pun memancing juga. tinggallah suatu hari tu dia buat notis dan tampal di reban ayam tempat kami lalu selalu. ni notis dia. masih ingat lagi ni:

DILARANG MEMANCING
i kilo Rm 60 ringgit
BATANGKAN BERAPA BANYAK KERUGIAN.

sejak itu kami tak pergi lagi memancing. kasihan dan takut serta rasa bersalah saling bercampur antara satu sama lain di jiwa ini.sejak berhenti memancing ni aktiviti saya dan geng-geng saya yang terdiri dari adik beradik saya dan sepupu saya berpindah kepada aktiviti mencipta replika binatang dan benda dari tanah liat. bentuk binatang yang paling popular ialah kerbau.manakala bentuk benda pula ialah tembikar atau gong. tanah liat ni kami ambil dari sawah. kerbau dan tembikar yang siap dibentuk akan dikerangkan di bawah panas mentari. kemudian haiwan itu akan dilagakan antara satu sama lain. malah ada juga yang disimpan kerana sayang.

jemu dengan aktiviti ini kami akan berpindah kepada mencari biji getah dan dilagakan antara satu sama lain. seluruh kampung kami round semata-mata mahu cari biji getah yang terbaik. abang saya dan sepupu saya yang lelaki, diorang main tipu muslihat iaitu mereka buka isi biji getah itu dan masukkan lilin di dalamnya. kantoilah siapa yang mahu berlawan dengan diorang. siapa biji getah dia habis dulu makan dia lah yang kalah. perempuan dengan lelaki sama saja sikap masa tu.

jika hari ini main biji getah, esok pula main tembak menembak. kawasan rumah saya sering jadi sasaran untuk permainan ini kerana dipenuhi dengan pokok buah-buahan dan luas pula. geng lelaki akan ada satu kawasan tertentu manakala geng perempuan akan ada kawasan tertentu. saya dan kawan-kawan-kawan yang lain akan menyerang kumpulan lelaki yang terdiri daripada abang-abang saya dan sepupu saya. siapa kumpulan yang mati duluan akan dikira sebagai kalah. selalunya geng perempuan yang mati duluan sebab kami ni ni berani. yelah kami je yang terhegeh-hegeh mencari mangsa manakala yang lelaki pula hanya bersembunyi dan menunggu kemunculan kami semua. oh ya, senapang kami terdiri dari kayu yang dibentuk menjadi senapang dan pistol. masa tu saya terror juga buat senapang dan pistol.

lepas tu kami yang terdiri dari orang yang sama juga akan pergi ke padang yang berdekatan dengan rumah untuk main baling tin, kejar-kejaran, main bola, main galah, main bola randersdan macam-macam lagilah.emm, banyak jugalah kenangan saya masa kecil-kecil dulu. tak terkira banyaknya. ada yang masih ingat dan ada yang saya dah lupa. cuma yang pastinya saya rindu dengan zamam saya kecil-kecil dulu.

oh ya, nanti saya imbas kembali pula kenangan saya masa di sekolah di lain masa k. sampai sini saja cerita yang boleh saya kongsikan kepada anda semua. salam....

Diari kehidupan 27

Bismillahirrahmanirahim..
14 nov 2009 ( Sabtu)

hari isnin depan tinggal satu kertas lagi untuk saya menghadapi peperiksaan. tinggal kertas peperiksaan Sejarah Malaysia 1800-1900. hmm, moga tiada halangan untuk saya menghadapinya. Insya Allah.

kemudian 17 atau 18 november saya akan balik kat Kl. mungkin blog saya ini tidak akan berfungsi sepanjang dua bulan cuti ini. tengoklah nanti kalau ada wireless di rumah. kalau ada Insya Allah saya akan mengupdate blog ini.

hari ini saya tidak ke mana-mana. saya hanya duduk di rumah menelaah buku nota untuk persediaan peperiksaan nanti. tapi masa ini saya menghadap blog...mengupdate blog saya sebelum saya meninggalkan kolej kolej indah warga ceria ini.

esok saya akan upgrading di bawah kelab di pekan. petang esok. kalau tiada aral melintang, saya akan naik satu lagi belt esok. Insya Allah.

petang ni hujan. kalau nak pergi jogging pun tak jadi. lagipun kasut saya dah saya simpan di rumah kawan. alamatnya sepanjang minggu ni dan minggu depan saya tak akan pergi jogging.

uhhh, bila fikir-fikir balik sem depan, saya jogging seorang jelah. kawan saya yang selalu jogging dengan saya dah tak ada. tak ada di sini lagi. dia akan menjalani praktikum semester depan.

saya juga ada seorang kawan yang selalu juga jogging bersama saya semester lalu tapi kurang aktif semester ni tapi mahukah dia nak jogging semester depan. emm, tak apalah, saya akan memujukknya nanti.

masa saya mengupdate bloh ni, hujan petang masih turun dengan lebat. teringat pula kenangan lama saya. kenangan yang kadang-kadang menguji minda untuk menginggat kembali.

hmmm, oklah, rasanya ini saja yang boleh saya kongsikan buat anda dan diri saya. sampai jumpa lagi, salam... Hanako.

Sunday, November 8, 2009

Diari kehidupan 26

Bismillahirrahmanirahim
09 nov 2009 (Isnin)

semalam saya baru balik dari KL...hari ini terus menjalani exam pukul 9 bertempat di SITC. Alhamdulillah, saya berjaya mejalaninya dengan baik. taklahbaik sangat. biasa saja.

sekarang saya nak sambung tentang topik PERSAHABATAN. dalam diaria sayayang sebelumnya saya hanya bermain dengan perasaan tentang aspek ini. jadi sekarang saya akan melibatkan kehidupan di luar pula.

bercakap tentang persahabatan, bagi anda, siapakah sahabat anda? adakah sahabat anda adalah kawan anda sekarang. kawan yang mengenali diri anda? ataupun mereka yang mengenali diri anda? saya tidak kisah tentang jawapan anda semua.

bagi saya, sahabat saya adalah semua makhluk ciptaan Allah. malah Allah sendiri pun sahabat kita juga. tapi Allah adalah sahabat kita yang terbaik dari semua sahabat kita di alam semesta ini.

binatang pun sahabat kita, begitu juga dengan alam, malah matahari dan bulan serta bintang pun sahabat kita juga, malah manusia yang kita tidak kenali seperti orang jahat pun sahabat juga.

persahabatan tidak memandang kepada umur, harta, pangkat, agama, kedudukan, asal usul, dan sebagainya. semua yang ada di dunia ini adalah sahabat. pengemis juga sahabat kita. orang yang cacat juga sahabat kita.

cuma sejauh mana kita menghargai sahabat kita tertakluk kepada diri kita sendiri.

k lah...sampai jumpa lagi wahai diri dan anda semua....Hanako.

Friday, November 6, 2009

diari kehidupan 25

Bismillahirrahmanirahim...

hari ini 6 nov 2009(Jumaat), Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya menghabiskan 2 kertas peperiksaan selama dua hari berturut-turut. hanya tinggal 5 kertas lagi untuk saya mengakhiri badai peperiksaan ini. hari isnin hingga hari rabu minggu depan pula saya akan menghadapi peperiksaan tiga hari berturut-turut. kemudian disambung pada hari jumaat dan hari isnin minggu yang seterusnya. Insya Allah, saya akan sabar dan tekun dalam menghadapinya. moga Allah memperkenaankan doa-doa saya. kali ini saya ingin membawa anda semua melihat sebuah persoalan dalam kehidupan iaitu PERSAHABATAN. saya tidak tahu, mengapa saya suka menyelongkar tentang topik ini.

Hmmm, apakah makna persahabatan? sejauh manakah persahabatan menguasai kehidupan kita seharian? sejauhmanakah kita menghargai dan menghayati makna sebuah persahabatan? saya sering terfikir tentang ini semua. saya ada sebuah sajak untuk menerangkan makna persahabatan, mahukah kamu semua membacanya?

Persahabatan yang ikhlas seperti garam yang melengkapkan sesuatu masakan, seperti embun yang membasahi permukaan bumi, seperti angin yang menyejukkan panas mentari, seperti bintang-bintang yang menyerikan angkasa raya, seperti bulan yang menerangi malam yang kelam, seperti titisan hujan yang menyuburkan bunga-bungaan di taman.

Teman yang baik ialah mereka yang
Sanggup terbang bersama
Sahabat yang sejati ialah mereka yang
Sanggup membangunkan runtuhan kota yang musnah.

Tak perlulah saya melibatkan anda semua dengan topik ini. cukuplah saya memberikan contoh yang paling dekat iaitu diri saya sendiri. saya juga hanyalah insan kerdil di sisi Allah yang mana punyai banyak kelemahan dan kesilapan. kadang-kadang atau selalu saya menyakiti hati seorang sahabat tanpa saya sedar. bila saya sedar timbul rasa bersalah di hati ini. namun kadang-kadang saya malu untuk meminta maaf kerana kesilapan yang saya lakukan. kadang-kadang saya juga selalu menyakiti hati seorang sahabat dalan keadaan sedar.
Seringkali saya akan menyatakan pada diri, " mengapa saya melakukan itu semua? mengapa saya menyakiti hati orang lain? adakah dia memaafkan saya? " andai waktu boleh diputar kembali saya akan lebih berhati-hati dalam berkata-kata dan perbuatan. saya akui, saya bukanlah seorang sahabat yang baik, sahabat yang sejati, sahabat yang menjadi tempat bagi orang lain mengadu masalah. namun dalam kehidupan saya sehari-hari, saya berusaha menjadi seorang sahabat yang diidam-idamkan oleh semua orang? Tetapi saya tidak berdaya.

Saya tahu, banyak kekurangan pada diri ini. kepada sahabat-sahabat saya, saya minta maaf zahir dan batin, dunia dan akhirat jika selama ini saya melakukan kesilapan tidak kira sengaja atau tak tersengaja, melalui perbuatan atau kata-kata. Kepada kawan-kawan yang mengenali diri ini, saya juga minta maaf jika segala perbuatan saya dan kata-kata saya membuatkan anda semua menyampah dengan insan yang tidak sempurna ini. kadang-kadang saya hanya pandai berkata-kata tapi tidak pernah melakukannya. Tidak pernah melaksanakannya. Maafkan saya.
Andainya anda semua mempunyai kesilapan, saya telah memaafkannya di dunia dan akhirat. terima kasih kerana menjadi sebahagian dalam kehidupan saya. saya gembira kerana dipertemukan dengan kamu semua. Kamulah yang membuatkan sebahagian kehidupan yang saya lalui ini ceria dan menyeronokkan serta membahagiakan. Sesungguhnya dari anda semualah saya dapat menikmati dan mengetahui erti persahabatan. Terima kasih sekali lagi.

Dengan itu saya mengakhiri diari hidup ini cukup setakat di sini. Untuk hari ini saja. Terima kasih kerana sudi membacanya. Salam dariku untuk anda semua dan diri ini. salam….Hanako.

Monday, November 2, 2009

Balada Ibu kandung Suluh Budiman

puisi ini saya buat masa semester 2 kot tu. ketika saya masih junior dan tidak tahu apa-apa. lalu saya buat sajak ini untuk mencari makna sebenar tentang universiti yang saya sangat sayang ini. sekarang ketika hampir ke detik pengakhiran sebagai seorang mahasiswi saya teringat balik puisi ini...jika korang dapat jawapan kepada persoalan saya ini berikanlah...
sekarang setelah hampir empat tahun saya di sini, saya sebenarnya masih tercari-cari jawapannya....Insya Allah, saya pasti akan dapat jawapannya. kerana jawapan bagi persoalan itu bukannya mudah tapi perlu dirungkaikan..

BALADA IBU KANDUNG SULUH BUDIMAN
( puisi untuk senior mahasiswa/i Upsi )

Satu hari dalam hari pertamaku
Di tempat serba terasing ini,
Aku jalan-jalan di pepunjuru bangunan
Ternampak daku satu ayat pendek
“ Balada Suluh Budiman”
Indah sungguh gaya bahasanya
apakah maksudnya?
Terpanggil daku mahu mengetahuinya.

“ Siapakah yang dapat memberikan daku
Jawapan itu.
Kerana aku masih anak baru
Sedang kalian sudah jadi seniorku
Tentu kalian tahu.”

Sedang aku menyanyi lagu negaraku
Terdengar daku satu lagu
“ Ibu Kandung Suluh Budiman”
itulah dia.
indah sungguh bahasanya
mungkin penuh semiotik
kata daku berbicara sendiri.
apakah maksudnya?
Terpanggil daku mahu mengetahuinya.

“ Siapakah kalian yang dapat memberikan jawapan
Kerana aku masih anak baru
Sedang kalian sudah jadi seniorku
Tentu kalian tahu.”

walaupun begitu ini andaianku
kedua-duanya punya makna
jika keduanya disatukan.

“ Siapakah yang dapat menghurainya
Kerana aku masih anak baru
Sedang kalian semua seniorku.
Siapakah yang dapat melupuskan
Pertanyaan ini….siapa?”



S.Hana Ak
21082007 ( Selasa )
7.05-7.30 pm
UPSI, Tj Malim, Perak.

Diari Kehidupan 25

bismillahirrahmanirahim...

hari ini 2 oktober 2009(Isnin), hujan turun dengan lebat dari pagi dan petang. rasanya nak pergi jogging hari ini. jogging kat kelapa sawit di depan kolej saja. tapi kerana air mata alam dah turun nak buat macam mana kan. bercerita pasal jogging ni, saya memang selalu pergi jogging. selalunya saya ajak teman. kadang-kadang pergi seorang. yang pergi seorang ni bila perasaan saya nak jogging tu tak dapat dikawal dah. kadang-kadang tak pergi jogging. selalunya saya atau kami akan keluar jogging sekitar pukul 6 petang. saya masih ingat lagi masa mula-mula saya pergi jogging.masa tu semester 3. jalan tu memanglah tak jauh untuk sampai ke hujung. kerana terlalu teruja sangat saya pun jogging berabis. orang slow-slow tapi saya buat langkah besar-besar dan jauh juga saya tinggalkan teman saya tu. sungguh-sungguh saya buat. biasalah, saya dah biasa buat langkah besar-besar macam marraton tu. buat macam masa kat sekolah dulu bila ikut olahraga jarak jauh. hah macam tulah larian saya. tahan nafas tu memanglah tapi disebabkan saya ni dah dekat dua tahun tak pernah repair balik apa yang saya buat dulu, huh macam nak pitam pun ada. tapi tak pitam juga. nampak bintang tak adalah. kawan saya jauh tertinggal kat belakang kerana dia jogging slow-slow. apa jogging macam tu. kutuk saya dalam hati. tapi last-last saya pun buat macam tu. buat langkah besar-besar tak larat. penat wei tapi puas. peluh memang sembilan puluh sembilan point lima keluar. sekarang saya dah buat langkah kecil-kecil. jogginglah tu sambil menikmati alam.

habis jogging, saya suka singgah di tepi sungai berdekatan juga dengan kolej kami. melihat air mengalir tenang, rasa fikiran dan hati ini tenang, setenang air sungai mengalir. bila pawana atau angin petang menghembus dan mengusap tubuh ini, rasa timbul kedamaian di hati. kadang-kadang macam tak nak pula balik rumah tapi kerana waktu maghrib dan kewajipan biasa perlu ditunaikan, saya pun baliklah.

ok, habis imbas kembali. kembali ke alam realiti. sekarang saya hanya duduk kat meja saya ni. duduk menghadap blog. eh, kawan saya datanglah.malu juga saya ni kalau-kalau dia tengok saya menaip diari ni. bukan apa, saya tak nak dia baca apa yang saya tulis.

eh, saya mahu makan ni. nasi free. kawan saya masak. sedap dia masak....

klah saya pergi dulu. salam...Hanako

Mahkota Alam





Alam adalah sebaik-baik ciptaan Tuhan yang Maha Kuasa. alam juga adalah teman dan sahabat yang paling hampir dengan manusia dan makhluk lain. marilah...mari kita bersahabat dengan alam. kata orang, alam ini luas, mungkin luas tapi bagi saya alam ini sangat kecil. jangan fikir tentang alam semesta. alam semesta memang luas tapi maksud saya adalah alam yang berada di muka bumi ini. tapi di sebalik kekecilannya ia mengandungi sejuta bahkan berbilion-bilion faedah kepada manusia dan makhluk lain. tahu tak, mengapa seorang pujangga dan penulis tidak pernah merasa bosan untuk menulis? sebabnya mereka telah meletakkan alam sebagai ilham untuk menyadurkanny ke dalam setiap karya mereka. mahukah kita semua menjadi seperti itu. alam sebenarnya mengajak kita untuk berdisiplin, mengingati Tuhan, menyayangi antara satu sama lain,menghargai makhluk lain, menguasai ilmu dan banyak lagilah. banyak faedahnya...memang banyak. jadi marilah kita sama-sama menghayatinya. bukan setakat menghargai sahaja tapi menyayanginya dan menghayatinya.
kalau ditanya tentang saya, saya memang mencintai alam, menghargainya dan menghayatinya. malah alam juga adalah tempat saya meluahkan segala rasa yang terbuku di hati. memanglah Allah adalah sebaik-baik tempat mengadu tapi jangan hairan jika saya katakan alam juga baik untuk kita melepaskan perasaan kerana di situ letaknya kunci kepada kuasa Allah. jika kita mencintai alam maka kita akan mencintai Allah. jadi, marilah...saya seru..marilah...jangan menyakiti ciptaan Allah ini kerana pasti alam akan sedih dan menangis.