Showing posts with label diari kehidupan 25. Show all posts
Showing posts with label diari kehidupan 25. Show all posts

Friday, November 6, 2009

diari kehidupan 25

Bismillahirrahmanirahim...

hari ini 6 nov 2009(Jumaat), Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya menghabiskan 2 kertas peperiksaan selama dua hari berturut-turut. hanya tinggal 5 kertas lagi untuk saya mengakhiri badai peperiksaan ini. hari isnin hingga hari rabu minggu depan pula saya akan menghadapi peperiksaan tiga hari berturut-turut. kemudian disambung pada hari jumaat dan hari isnin minggu yang seterusnya. Insya Allah, saya akan sabar dan tekun dalam menghadapinya. moga Allah memperkenaankan doa-doa saya. kali ini saya ingin membawa anda semua melihat sebuah persoalan dalam kehidupan iaitu PERSAHABATAN. saya tidak tahu, mengapa saya suka menyelongkar tentang topik ini.

Hmmm, apakah makna persahabatan? sejauh manakah persahabatan menguasai kehidupan kita seharian? sejauhmanakah kita menghargai dan menghayati makna sebuah persahabatan? saya sering terfikir tentang ini semua. saya ada sebuah sajak untuk menerangkan makna persahabatan, mahukah kamu semua membacanya?

Persahabatan yang ikhlas seperti garam yang melengkapkan sesuatu masakan, seperti embun yang membasahi permukaan bumi, seperti angin yang menyejukkan panas mentari, seperti bintang-bintang yang menyerikan angkasa raya, seperti bulan yang menerangi malam yang kelam, seperti titisan hujan yang menyuburkan bunga-bungaan di taman.

Teman yang baik ialah mereka yang
Sanggup terbang bersama
Sahabat yang sejati ialah mereka yang
Sanggup membangunkan runtuhan kota yang musnah.

Tak perlulah saya melibatkan anda semua dengan topik ini. cukuplah saya memberikan contoh yang paling dekat iaitu diri saya sendiri. saya juga hanyalah insan kerdil di sisi Allah yang mana punyai banyak kelemahan dan kesilapan. kadang-kadang atau selalu saya menyakiti hati seorang sahabat tanpa saya sedar. bila saya sedar timbul rasa bersalah di hati ini. namun kadang-kadang saya malu untuk meminta maaf kerana kesilapan yang saya lakukan. kadang-kadang saya juga selalu menyakiti hati seorang sahabat dalan keadaan sedar.
Seringkali saya akan menyatakan pada diri, " mengapa saya melakukan itu semua? mengapa saya menyakiti hati orang lain? adakah dia memaafkan saya? " andai waktu boleh diputar kembali saya akan lebih berhati-hati dalam berkata-kata dan perbuatan. saya akui, saya bukanlah seorang sahabat yang baik, sahabat yang sejati, sahabat yang menjadi tempat bagi orang lain mengadu masalah. namun dalam kehidupan saya sehari-hari, saya berusaha menjadi seorang sahabat yang diidam-idamkan oleh semua orang? Tetapi saya tidak berdaya.

Saya tahu, banyak kekurangan pada diri ini. kepada sahabat-sahabat saya, saya minta maaf zahir dan batin, dunia dan akhirat jika selama ini saya melakukan kesilapan tidak kira sengaja atau tak tersengaja, melalui perbuatan atau kata-kata. Kepada kawan-kawan yang mengenali diri ini, saya juga minta maaf jika segala perbuatan saya dan kata-kata saya membuatkan anda semua menyampah dengan insan yang tidak sempurna ini. kadang-kadang saya hanya pandai berkata-kata tapi tidak pernah melakukannya. Tidak pernah melaksanakannya. Maafkan saya.
Andainya anda semua mempunyai kesilapan, saya telah memaafkannya di dunia dan akhirat. terima kasih kerana menjadi sebahagian dalam kehidupan saya. saya gembira kerana dipertemukan dengan kamu semua. Kamulah yang membuatkan sebahagian kehidupan yang saya lalui ini ceria dan menyeronokkan serta membahagiakan. Sesungguhnya dari anda semualah saya dapat menikmati dan mengetahui erti persahabatan. Terima kasih sekali lagi.

Dengan itu saya mengakhiri diari hidup ini cukup setakat di sini. Untuk hari ini saja. Terima kasih kerana sudi membacanya. Salam dariku untuk anda semua dan diri ini. salam….Hanako.

Monday, November 2, 2009

Diari Kehidupan 25

bismillahirrahmanirahim...

hari ini 2 oktober 2009(Isnin), hujan turun dengan lebat dari pagi dan petang. rasanya nak pergi jogging hari ini. jogging kat kelapa sawit di depan kolej saja. tapi kerana air mata alam dah turun nak buat macam mana kan. bercerita pasal jogging ni, saya memang selalu pergi jogging. selalunya saya ajak teman. kadang-kadang pergi seorang. yang pergi seorang ni bila perasaan saya nak jogging tu tak dapat dikawal dah. kadang-kadang tak pergi jogging. selalunya saya atau kami akan keluar jogging sekitar pukul 6 petang. saya masih ingat lagi masa mula-mula saya pergi jogging.masa tu semester 3. jalan tu memanglah tak jauh untuk sampai ke hujung. kerana terlalu teruja sangat saya pun jogging berabis. orang slow-slow tapi saya buat langkah besar-besar dan jauh juga saya tinggalkan teman saya tu. sungguh-sungguh saya buat. biasalah, saya dah biasa buat langkah besar-besar macam marraton tu. buat macam masa kat sekolah dulu bila ikut olahraga jarak jauh. hah macam tulah larian saya. tahan nafas tu memanglah tapi disebabkan saya ni dah dekat dua tahun tak pernah repair balik apa yang saya buat dulu, huh macam nak pitam pun ada. tapi tak pitam juga. nampak bintang tak adalah. kawan saya jauh tertinggal kat belakang kerana dia jogging slow-slow. apa jogging macam tu. kutuk saya dalam hati. tapi last-last saya pun buat macam tu. buat langkah besar-besar tak larat. penat wei tapi puas. peluh memang sembilan puluh sembilan point lima keluar. sekarang saya dah buat langkah kecil-kecil. jogginglah tu sambil menikmati alam.

habis jogging, saya suka singgah di tepi sungai berdekatan juga dengan kolej kami. melihat air mengalir tenang, rasa fikiran dan hati ini tenang, setenang air sungai mengalir. bila pawana atau angin petang menghembus dan mengusap tubuh ini, rasa timbul kedamaian di hati. kadang-kadang macam tak nak pula balik rumah tapi kerana waktu maghrib dan kewajipan biasa perlu ditunaikan, saya pun baliklah.

ok, habis imbas kembali. kembali ke alam realiti. sekarang saya hanya duduk kat meja saya ni. duduk menghadap blog. eh, kawan saya datanglah.malu juga saya ni kalau-kalau dia tengok saya menaip diari ni. bukan apa, saya tak nak dia baca apa yang saya tulis.

eh, saya mahu makan ni. nasi free. kawan saya masak. sedap dia masak....

klah saya pergi dulu. salam...Hanako