Monday, September 14, 2009

ZUE

Woooooooooooooooooiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii, angin, langit, pokok, tanah, air, burung, binatang, matahari, bulan, bintang, unggas, kereta, rumah, batu, jalan raya, buku, meja dan semua kamu.. lihat, tengok dan dengar kata-kataku ini. Lihatlah manusia sedarah ku. Anak adam dan hawa. Mereka punya sikap dan sifat yang tidak ada pada kamu semua. Mereka lebih suka sesuatu yang kamu tidak suka. Mereka lebih banyak bercakap tentang orang lain daripada diam. Daripada berkata-kata dengan mereka lebih baik saya berkata-kata dengan kamu semua. Saya lebih suka beruzlah dengan anda semua. Biar mereka kata saya gila. saya tidak kisah. Memang pun saya gila. Gila kepada kebenaran. Gila kepada kebaikan. Gila kepada kamu semua yang hanya tahu mendengar tapi tidak pandai berkata.
“ Zue, aku ingin pergi.... pergi dari segalanya...aku tak punya sesiapa hanya sebatang kara.tapi kau.. kau ada segalanya, teman, keluarga...kekasih. saya pula....’
“ Sudahlah, tak usah kau pergi....kau masih ada aku kan. Kalau mereka tak sayang kau, kau masih ada Dia. Dia yang maha mengetahui...maha mengerti...”
“ Zue....” aku menangis. Zue memujukku dengan mengusap lembut bahuku. Aku bagaikan anak kecil mahu menyusu tapi tidak dapat kerana ibu pergi meninggalkanku. Di sebelahku hanyalah sebotol susu yang sudah kering.
“ Mana wajah hana yang dulunya begitu ceria, begitu manis, ..saya tak lagi nampak wajah itu hari ini. Mana hati kau yang tabah dan dan tenang han. Hentikan tangisan ini jika kau mahu hidup...”
“ Aku sedih zue, aku sedih..kenapa mereka tidak mahu memahami perasaan ku walaupun hanya sedikit. Aku pinta kebebasan, aku pinta ketenangan, aku mahu kegembiraan sama seperti orang lain. tapi tiap kali aku mahu memulakannya mereka seperti tidak mahu aku merasai semua itu.” Katanya semakin kuat menangis.
“ Kenapa kau tidak mahu meneruskannya. Kau mesti kuat han. Tak perlu kau dengar kata-kata mereka. Mereka apa tahu. Hidup kau, hak kau, hidup mereka hak mereka.jadi dengar cakap saya. usah peduli semua tu....”
“ Saya tak bisa zue, saya tak dapat melakukannya....kau tolonglah saya....”
“ Macammana....”
“ Hentikan mereka semua.”
“ Maksudmu macammana Han.”
“ Hentikan segala kata-kata mereka kepadaku.”
“ Apa yang kau cakap ni. Saya tak faham lah. Han...kau cakap betui-betui... apa yang ada dalam otak kau ni.”
“ Tak ada...”
“ Habis tu yang kau suruh saya hentikannyanya tu apa.”
Zue bingung. Dia bungkam tak berlagu. Sebenarnya dia juga tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Segalanya seperti sukar. Agak sukar mahu memulakan sesuatu daripada mengembangkannya. Tetapi agak sukar hendak menghentikan sesuatu daripada kedua itu.
“ Baiklah, tak payahlah. Sebenarnya saya juga tak tahu apa yang hendak saya lakukan. Tapi saya tak dapat menerima semua ini. Saya tak mampu menerimanya.tak mampu. Bagaimana saya hendak hentikan kata-kata mereka. Saya tahu saya lemah Zue, lemah sangat. Malah kadangkala saya perlu tunjukkan sedikit keras kepala saya supaya mereka tidak terus melakukan saya begini.” Ye ke. Betul ke tu han. Entah kenapa hati ini seperti berbisik pula.
“ Tabahkan hatimu Han...saya faham apa perasaan kau. Walaupun kau sering menyatakan padaku bahawa aku tidak pandai memahami hatimu. Tapi hari ini kau harus tahu, apa yang saya tidak faham saya dah tahu sekarang.”
“ Ya, kau dah tahu sekarang Zue...walaupun tidak sepenuhnya tapi kau dah tahu apa yang aku hadapi. Hana berbisik dalam hati.”
“ Eh , mana kekasihku. Mana kau letak dia Zue.”
“ Yang kat meja tu. Kau yang simpan aku pula yang kau tuduh.”
“ Eheh, maaflah. Saya tak ingat tadi.”
“ Itulah, kau perlu berfikiran kreatif dan positif. Jangan terlalu beratkan otak tu dengan benda yang tak berfaedah.”
“ Yelah tu....hah kau baliklah, dah tak ada lagi yang penting di sini. Saya mahu membaca ni.”
“ Baik, lagipun saya ada hal lepas ni. Balik dululah han... Assalamualaikum...”
“ Walaikum salam.. hati-hati di tengah jalan Zue.”
“ Dah memang pun. Kau tak payah pesan pun saya dah tahu.”
“ Kau memang.....” katanya diiringi gelak tawa. Zue turut ketawa sama. Zue berlalu meninggalkannya sendirian. Hana membelek buku di tangannya. Antologi sajak sangat sinonim dengan jiwanya kini.
Zue sudah lama pergi. Namun bau harumnya masih terasa di setiap ruang bilik kecil ini. Dia hanya duduk sendirian. Tidak ada teman, hembusan angin malam tidak mampu menyenangkan hatinya yang tengah berserabut. Dia bagaikan kehilangan kekuatan. Segala-galanya serba mungkin. Buku sajak di tangannya dibuka, mencari-cari sajak yang sesuai dengan hatinya yang berduka masa ini.matanya meliar mengimbas lalu setiap isi sajak di buku itu satu-persatu.
Nahh, dia sudah mendapatkan sajak yang diinginkannya kini. Dia membacanya dengan kuat. Melepaskan nadanya yanga agak sentimental dan turun naik itu. Dia tidak pedulikan sesiapa sekarang. Alam sekeliling begitu jauh darinya ketika asyik menumpukan perhatiannya dengan sajak yang ada di depannya. Lancar sekali bacaannya walaupun agak terganggu bila kolam matanya memuntahkan mata air yang selama ini amat payah hendak keluar bila sampai di baris yang memang pun memerlukan penghayatan yang tinggi. Deras angin malam tidak sederas bacaannya juga tidak sederas mata airnya. Hiss...apa pula yang aku lakukan ni...macam budak kecil pula.

Habisss, ya dia sudah menghabiskan separuh sajak yang ada dalam buku ini. Dia memang begini. Tiap kali begini dia akan mencari ketengannya dengan membaca apa saja tidak kira buku cerita ataupun sajak-sajak. Barulah satu demi satu masalahnya akan hilang. Barulah dia dapat merasa ketenangannya kembali. Zue sahabatnya tidak lagi kerap menemaninya. Dia jarang datang. Hanya perkara penting saja yang menemukan dia dengan temannya dari dunia lain ini. Dulu, Zue selalu datang menemuinya. Tapi setelah berlakunya suatu peristiwa kepadanya dan dia juga tidak suka melihat Zue, lalu Zue mengasingkan dirinya. Tapi mengapa hah....
Dalam derum angin yang mengila han melangkah masuk ke bilik berasingan. Tapi apa yang harus dia lakukan... buku di tangannya dilepasakan. Mana mungkin dia pergi begitu sahaja. Hoi, zzzzue.... datanglah sini. Temankan saya.....ko buat apa kat situ.. tiada apa yang hendak kau sembunyikan dari aku. Berkata han dalam kedinginan malam. Tanpa disedari satu cahaya kecil muncul di depannya. Zue sudah datang...teman setianya itu sudah datang. Ya.
“ Kenapa?” Tanya Zue
“ Aku ada masalah.”
“ Masalah. Hai tak habis-habis lagi masalah kau. Naik pokai saya tau.”
“ Pokai apanya..masalah ni tak besar punya.”
“ Hah, kalau gitu. Apa masalahnya.”
“ Tak ada Cuma bagitau saya apa yang perlu saya lakukan untuk kulit saya ini.”
“ Hish... kau ni. Kau tu dah cantik. tak payah nak berdandan lagi.”
Cantik, wekkk...naik jijik dia mendengar perkataan itu yang kononnya pujian. Pujian apanya. Pujian murahan adalah. Zue hairan.
“ Kenapa ni. Macam mengkarung naik nangka pula.” Kata-kata Zue mengelikan hatinya. Langsung saja dia ketawa berdekah-dekah.
“ Apa kau cakap. Mengkarung naik nangka. Bahasa apa yang kau pakai ni. Pepatah pun bukan. Hah mungkin semiotik tak...”
“ Yelah. bahasa yang penuh semiotik lah. Apa lagi. Ni aku nak cakap. Kau tu dah cantik, lawa, asli.”
“ Wei, kawan ko boleh tak cakap kata-kata lain. Aku dah puas dengar itu tau. Tapi semuanya reject dari pertimbangan. Kadang lucu juga saya dengar kau cakap itu.” Saya ketawa sendiri.
“ Kau ketawa apa ni. Kau ketawa dengan kata-kata saya kah.”
“ Bukan lah, aku ketawa bukan ketawakan apa yang korang fikirkan tapi aku ketawa dengan apa yang aku fikirkan..”
“ Bagi tau aku apa yang ada dalam otak kau Han.”
“ Itu rasiah.... setanggi syurga.”
“ Ceh....” Zue kecewa. Han kelipkan matanya yang aneh ini. Kejap kelip kejap kelip dan...gelak tawanya meledak melihat mimik muka sahabatnya itu.
“ Wei, napa ni.” Kata Zue tidak puas hati dengannya. Han terhenti.
“ Saya nak balik lah ni. Cakaplah cepat. Ada banyak kerja lagi yang perlu saya lakukan.” Kata Zue sedikit geram dengan sikap han. Kata-kata zue terhenti di situ.
Entah mengapa di balik jendela malam kelibat beberapa orang anak muda menyusuri jalan raya yang hanya diterangi oleh lampu buatan manusia. Di langit waktu tidak ada sebutir bintang yang muncul mengembangkan mutiaranya yang asli. Dia naik bosan dengan bintang manusia. Dia rindu akan lampu alam tapi di sini dia agak kecewa. Lampu alam amat payah untuk dipujuk. Han hanya memerhati muda mudi di hadapannya kini.
“ Han...Han...” Zue memanggilnya. Dia tersentak.
“ Apa yang kau fikirkan...’
“ Zue kau tengok tu..” Katanya sambil tangan molek itu menunjukkan ke arah sekumpulan anak muda yang entah dari mana datangnya duduk melepak di pinggir jalan raya. Salah seorang dari pemuda itu memandang ke arah mereka. Han menyembunyikan dirinya di sebalik langsir. Zue tidak beranjak dari tempatnya berdiri. Dia baru sedar Zue tidak dapat dilihat oleh orang lain kecuali dia.
“ Apa yang menarik sangat dengan mereka Han.” Soal Zue kepada Han.
“ Tak ada...” pendek jawapannya.
“ Laaaa tiada. Habis yang kau tengok saja mereka dari tadi tu apahal pula. Tak ada maknanya ke kau tengok mereka macam anak dara nak minta kena lamar.” Zue berkata kasar tidak senang dengan kata-kata Han yang tidak pernah bersambung dan tiada pengakhiran. Ditanya itu ini, Han jawab pendek. Juga tidak ada keterangan. Nak buat orang berfikir lah tu. Bisik Zue. Fikir sendiri apa jawapannya.
“ Tutup tingkap tu Zue.” Arahnya. Dengan selamba dia duduk di atas katil. Zue menurut. Han mencekupkan kedua-dua tangannya di dahi. Menopong dagu. Mata jernih itu menekur lantai. Zue mendapatkannya, duduk di sisinya.
“ Han, kenapa ni. Tiba-tiba muka macam sedih saja. Ada masalah lagi ke. Beritahu saya.” tanya Zue namun pertanyaannya tidak mendapat sambutan. Han tetap diam. Tapi cuma sebentar saja kemudian mata jernih coklet itu kembali memandang Zue.
“ Zue...benarkah hidup saya seperti orang lain. Hidup dengan hanya berpandukan dengan satu tiang. Saya tidak mengerti dengan diri saya sendiri. Adakah saya tidak kenal dengan diri sendiri ataupun saya sengaja tidak mahu mengenalinya.”
Laaa...kata absurd lagi! Tidak boleh kah kau terus cakap fakta Han. Kata Zue sendirian.
“ Zue, aku tak tahu. Kau faham maksud aku tak ni.” Tanya Han melihat Zue yang hanya diam tanpa kata.
“ Kau mahu cakap apa sebenarnya Han. Kau kecewa dengan hidup kau sekarang ni.”
“ Bukan. Aku tak pernah kecewa tapi aku masih tertanya-tanya di manakah jalan hidup yang harus saya pilih? Adakah aku mesti pilih gaya hidup wanita ataupun lelaki. Saya sebenarnya berada di tengah-tengahnya.”
“ Han, saya mahu kau tahu apa sebenarnya kau suka dan tidak suka dalam hidup kau sehingga kau tidak memperdulikan personiliti kau sebagai seorang wanita. Saya tahu maksud kau. Kau suka lelaki bukan..’
“ Entahlah Han. Saya tidak tahu kenapa saya lebih suka dengan lelaki. Bukan sebagai kekasih tapi saya suka dengan hidup mereka. Mereka hidup dengan penuh keserhanaan. Dari pakaian hinggalah segalanya tentang mereka. Mereka lebih sopan, menutup aurat, pakaian pun biasa sahaja tapi menarik bila dilihat.”
“ Beritahu saya apa pakaian yang membuatkan kau tertarik dengan mereka.”
“Bila pakai T-Shirt. Saya suka. Tapi bukan suka kerana suka dengan mereka cuma saya hanya tertarik sehingga kadangkala sayaa tertanya kenapa perempuan tidak seperti mereka. Wanita terlalu melampau dengan fesyen di sana sini. Dedah sini dedah sana sehingga saya kadangkala merasa malu dengan diri sendiri. Sering juga saya terfikir mahu jadi seperti mereka semua.”
“ Kau tak maksudkan wanita semua begitu bukan?”
“ Ya. Hanya segelintir. Saya lebih suka dengan pakaian wanita yang tidak melampau, corak hidup mereka yang sederhana. Tidak terlalu mementingkan kecantikan sehingga melampui batas. Namun antara keduanya saya lebih suka dengan lelaki.”
“ Oh, patutlah hidup kau ni tidak keruan ya. Jadi kalau begitu kau buatlah pemindahan organ.” Kata Zue. Hanya menduga. Han menggeleng. Zue hairan. Matanya membesar.
“ Tapi walauapapun saya tetap bangga kerana dilahirkan sebagai seorang wanita. Saya hanya tidak dapat mengikut sifat kefemiminan mereka.”
“ Kenapa... sebab wanita itu mudah masuk syurga ke?” Soal Zue lagi. Han menggeleng.
“ Tak. Bukan itu. Kerana saya gembira menjadi seperti mereka. Eh... entah Zue. Saya tidak tahu menjelaskannya secara jelas tentang itu. Apa yang saya mahu antara keduanya. Cuma apa yang mampu saya katakan saya sekarang lebih selesa berada di tengah-tengah.”
“ Kau keras kepala...”
“ Entah...”
“ Betul lah tu.”
“ Mungkin dan ya. Saya memang keras hati.”
“ Tapi kenapa kau tidak mahu menangkis segala yang berlaku dalam hidup kau.”
“ Entah.”
“ Saya tak tahu Zue. Aku tak tahu.”
“ Hmm... entahlah Han. Saya pun tak tahu apa sebenarnya yang terjadi dengan kau.”
“ Zue kau tolonglah saya.”
“ Apa pula yang boleh saya tolong Han. Kau sendiri yang kena tolong diri kau sendiri.”
“ Zue...mahu kau tahu sesuatu tak. Sebenarnya aku dah penat hidup dalam kongkongan masyarakat di sini. Aku rasa mereka melihat diriku sentiasa. Kenapa Zue. Adakah mereka rasa yang aku sukakan mereka. Cintakan mereka. Ataupun mereka rasa aku mahu meminta perhatian. Tidak sama sekali Zue. Aku tidak suka dengan semua ini. Mereka yang mendahuluinya. Bukan aku. Kalau mereka tidak mendahuluinya mana mungkin aku hendak mendahuluinya.”
“ Sabar Han.. sabar itu separuh daripada iman. Kau tahu kan kalau mereka buat begitu bukan mereka yang dapat pahala tapi kau.”
“ Hmm entahlah. Aku fikir kata-kata Shahnon Ahmad adalah betul. Kadang kala yang tak membahagiakan itu tersembunyi bahagia. Kenangan pahit di akhirnya akan membahagiakan kita.”
“ Betullah tu.”
“ Ya memang betul. Bila aku seorang aku selalu rindu dengan segalanya. Rindu dengan kehidupanku yang dulu. Kata-kata orang berkenanku. Dan macam-macam lagi. Itulah yang sebenarnya ilham untuk menghasilkan sebuah karya. Pengalaman sendiri.”
“ Wahhhh bukan main falsafah lagi.”
“ Bukan falsafah tapi realiti. Aku bukan meninggi diri tapi memang begitulah yang terjadi dalam kehidupan kita bukan.”
“ Siapa yang cakap kau begitu. Kawan kau. Aku atau siapa-siapa....”
“ Sudahlah....eh kau baliklah. Dah jauh malam ni. Nanti lain pula jadinya.”
“ Heiii kawan u tak tau ke yang aku ni jenis manusia apa..”
“ Ohhh ya baru saya teringat. Tapi tadi kau cakap nak cepat. Hah apalagi u pulanglah. Jangan bimbang aku dah tak ada apa yang nak dibincangkan.”
“ Yeke. Jangan pula besok masa bangun dari tidur.. mengigau nak jumpa aku. Baik habis kan sekarang ni. Tika aku masih mahu mendengar segalanya.”
“ Jadi lepas ni kau tak nak kawan dengan aku ke.”
“ Bukan macam tu. Tapi kot-kotlah ada sesuatu yang terjadi kat aku atau kau. Kan susah...”
“ Betul dah tak ade...”
“ Ok, saya balik tau..”
“ Baliklah..”
“ Eh..menghalau.”
Zuppp... Zue hilang dari pandangan. Tinggal Hana sendirian. Hana terus memerhatikan sekumpulan anak muda yang beradu kasih dengan pesangan masing-masing itu. Serta merta dia rasa lain macam. Dia tidak tahu kenapa hal ini harus terjadi. Cemburukah dia dengan anak-anak muda itu. Ahhh...aku bukannya cemburu tapi terasa hati. Hana terfikir kenapa Tuhan jadikan manusia berpasangan. Kenapa Tuhan tidak jadikan manusia ini tiga jantina. Satu perempuan, lelaki dan satu lagi tapi apa ya. Kalau tiga jantina kan bagus. Boleh memilih dan yang penting lelaki tidak terus menerus melihat segala yang tersembunyi ataupun yang ada pada wanita kerana mungkin mereka tertumpu pada yang satu lagi ataupun perempuan tidak dapat menghuraikan segala yang ada pada lelaki. Kan bagus begitu.
Elleh..itu kata kau tapi Tuhan fikir lain. Ko perlu tahu Tuhan jadikan manusia kerana ada hikmahnya. Aku bersuara dalam hati.

Sudah seminggu Zue tidak datang menjengguknya. Selalunya dia datang tiap malam tapi sekarang lain pula jadinya. Puas dia memanggil kawannya itu namun Zue tetap tidak muncul. Ya Allah, bagaimana saya mahu menghadapi dugaan ini ya Allah. Mengapa Zue tidak datang seperti selalu. Aku perlukannya. Adakah dia marah padaku kerana mengeluarkan kata-kata dahulu. Tapi masa itu aku tidak tahu apa yang aku harapkan. Aku bingung. Aku keliru. Aku bersalah. Zue datanglah Zue. Usah merajuk. Jangan kau pergi meninggalkan aku begini. Siapakah lagi kawanku kalau bukan kau.
Kau tahu Zue semalam hati aku sakit lagi dengan tomahan manusia di sekelilingku. Tapi mungkin kau lagi sakit hati dengan kata-kataku dahulu kan. Kau marahkan aku Zue. Datanglah Zue. Dia masih ingat lagi pertelingkahan mereka berdua seminggu lalu. Malam minggu.
“ Aku tidak akan jadi begini kalau bukan kau yang datang padaku. Selama ini aku silap dalam menilai kau sebenarnya. Kau datang padaku dan mempengaruhi aku supaya mempercayai segala kata-kata kau dan mempercayai yang kau akan membawa kebaikan padaku.”
“ Apa yang kau maksudkan ini Han. Apa yang aku buat kat kau sampai begini tuduhan yang kau lemparkan kau padaku.”
“ Ah pura-pura tak tahu. Kau datang padaku dan menunjukkan yang kau adalah utusan tuhan untuk memimpin aku ke jalan yang benar. Tapi sebenarnya kau adalah utusan dari syaitan yang menjerumuskan aku ke lembah yang hina. Lihatlah sekarang kerana aku percayakan kaulah aku mendapat penyakit yang sukar disembuhkan.”
“ Itu semua takdir tuhan. Dia sengaja uji sejauh mana ketaatan kau dan kesabaran kau padanya.”
“ Ah bohong....kau bohong padaku. Apa sebenarnya tujuan kau muncul dalam hidupku tiap malam. Kalau benar kau ingin membawa kebaikan padaku mengapa aku jadi begini. Aku lupa sebenarnya bahawa tuhan itu lebih penting dari kau Zue.”
Zue tidak dapat berbuat apa-apa. Dia hanya mendiamkan dirinya. Perasaannya bagai disiat-siat dengan pisau. Sampai hati kawannya itu berkata begitu padanya.
“ Jadi apa yang kau mahu daripadaku.”
“ Aku mahu kau pergi dari hidupku. Pergi untuk selamanya. Selama ini aku taksub dengan kau sehingga aku lupa tentang takdir.”
“ Baiklah kalau itu yang kau mahu aku akan pergi dari hidup awak. Selamat tinggal Han.”
Zupp, Zue hilang dari pandangnya. Dia seakan baru tersedar apa yang dibuatnya. Namun sekarang dia tidak mampu berbuat apa-apa. Dia terduduk di birai katil.
Zue....
Sejak hari itu Zue tidak datang lagi kepadanya. Namun dua minggu kemudian Zue tiba-tiba muncul di depannya. Terkejut Hana dibuatnya.
“ kau Zue.”
“ Ya aku. Aku datang padamu Han.”
“ Zue aku rindukan kau. Banyak yang ingin aku ceritakan kehidupanku kepada kau Zue. Maafkan kesalahanku tempoh hari.”
Hana tidak mampu menahan air matanya keluar dari banir kelopak matanya..
“ Maafkan aku Han. Aku hanya datang sekejap sahaja. Usah bersedih lagi. Aku sudah maafkan kau. Sudah sampai masanya untuk aku meninggalkan kau sendirian. Aku tidak dapat menolong kau lagi. Aku ke sini hanya ingin ucapkan selamat tinggal.”
“ Kau kenapa Zue. Kau mahu tinggalkan aku. Mengapa. Bagaimana saya hendak menghadapi hidup ini nanti.”
Zue tersenyum kelat.
“ Kau boleh mengahadapinya Han. Tengoklah dulu sepanjang ketiadaanku kau dapat menghadapinya kan. Tabahkan hatimu. Kau perlu kuat. Sampai di sini saja pertemuan kita namun saya mahu kau kau tahu bahawa kita tetap bersahabat.”
“ Aku tidak mahu bersahabat dengan kau lagi Zue. Kau kejam. Aku mahu bersahabat dengan Tuhan.”
“ Baguslah kalau begitu. Moga kau dapat pertolongan daripadanya. Suatu masa kau akan tahu siapa aku di sampingmu. Kau belum kenal aku Han. Jaga dirimu baik-baik. Aku pergi dulu. Selamat tinggal dan selamat menjalani kehidupan ini Han.”
Zue hilang dari pandangan matanya membiarkan Hana termanggu-manggu sendirian. Persoalan bermukim di mindanya. Siapakah Zue yang sebenarnya. Adakah dia kebaikan, kebenaran ataupun kejahatan. Dia akan menunggu jawapan ini. Mungkin suatu hari nanti akan ada jawapan ini. Mana tahu orang lain tahu. Tapi entahlah sampai bila penungguan ini. Dia sendiri pun tidak tahu. Namun kuasa Tuhan siapa tahu. Insya Allah..

-SEKIAN-

Hak cipta terpelihara:
Sujana@ S. Hana Ak
180608 ( rabu )
5.03 pm
KL

No comments:

Post a Comment