Wednesday, September 9, 2009

Bicara sastera

Assalamualaikum...
ramai manusia yang tidak mengenali apa itu korpus sastera. banyak juga yang tidak mengetahui atau sengaja tidak ambil peduli bahawa sastera amat bermakna dalam kehidupan. sebenarnya kehidupan kita sentiasa dibelenggu oleh korpus sastera. di mana-mana kita berada, sastera tetap bernadi dalam kehidupan kita. cuma yang jahilnya adalah kita. tidak mahu memahami lebih lanjut tentang dunia sastera ini. sastera bukan bermakna kita hanya menulis dan membaca buku ataupun sajak atau puisi, maka kita banggakan jiwa kita bahawa kita sudah memasuki sastera.
korpus sastera amat luas bidangnya. tanpa kita sedari kita juga sebenarnya mengaplikasikan sastera dalam kehidupan kita seharian. cuma kita sahaja yang buta hati. sastera mengajak kita ke arah kebaikan. sastera mengajak kita untuk menghargai alam , manusia, haiwan dan Tuhan.cuma segelintir orang menyatakan sastera ini tidak bermakna. jika kita berkata-kata dalam bahasa puitis, ini juga tidak bermakna kita sudah cukup ilmu dalam bidang sastera.
manusia selalau meremehkan sastera. katanya sastera ini tidak berguna. sastera ini kuno. sastera ini menyebabkan ramai manusia masuk ke hospital sakit jiwa. tengoklah bagaimana begitu ramai manusia yang tidak mahu mengenali sastera sanggup berkata demikian.
saya gembira dan bangga menjadi sebahagian dari orang yang pentingkan sastera. dunia sastera memberikan saya seribu kebaikan. korpus sastera membawa saya ke alam dunia yang tidak terjangkau dengan pemikiran. sastera memberikan saya kepuasan. sastera jugalah yang memberitahu saya tentang makna kehidupan. natijahnya sastera adalah segala-galanya.

S.Hana Ak
8.27 am

No comments:

Post a Comment