Showing posts with label Catatan Kembara. Show all posts
Showing posts with label Catatan Kembara. Show all posts

Sunday, February 18, 2018

Kembara di Bumi Bandaraya Bersejarah, Kota Melaka


Bismillahirahmanirrahim

17 Februari 2018 ( Sabtu )
Assalamualaikum semua, bermula langkah pertama membawaku menelusuri Kota Melaka. Menyusuri Sungai Melaka yang agak popular sebagai pusat pelabuhan terpenting di dunia dan menjadi tumpuan pedagang-pedagang dari timur dan barat. Sepanjang menyusuri sungai ini, aku terbayang betapa sibuknya ia suatu masa dahulu. Sana sini kapal berlabuh. 

Keindahannya memukauku untuk terus menikmati panorama yang terbentang luas di hadapan. Begitu banyak mural dan bangunan-bangunan bersejarah yang terpampang di depan mata. Akhirnya dapat juga melihat Pokok Melaka yang menjadi permulaan kepada asal usul nama Melaka diberi. Di sini saya pamerkan beberapa keping gambar yang saya ambil sepanjang tebing Sungai Melaka










Friday, December 29, 2017

5 - 6 Disember 2017, What Happened?


Bismillahirahmanirrahim

Alhamdulillah, akhirnya saya dapat menawan Gunung Kinabalu, yang merupakan impian saya sejak dulu. 5 - 6 Disember adalah tarikh keramat yang tidak akan saya lupakan. Alangkah indahnya ciptaan Allah swt, bila dipandang dari udara. Subhanallah...

Insya Allah, akan mendakinya lagi pada tahun 2019. Insya Allah, untuk kali yang kedua. Masa itu persiapan dan persediaan dari segi fizikal dan mental akan dilakukan sebaik mungkin.

Jumpa lagi Kinabalu...

# cuba teka di mana saya dalam gambar tu.
# gambar hak milik saya sendiri.


Sunday, April 23, 2017

Kembaraku Di Kota Singa, Singapura (Temasik)

Bismillahirahmanirrahim

11. 11.2016 (sabtu)
Perjalananku merentas negara. Bermusafir di rantau orang. Segala puji bagi Allah yang memberi peluang kepadaku untuk ke sini. Insya Allah, akan datang bermusafir ke tempat lain pula. Menghitung bulan dan hari. Moga dipermudahkan oleh Allah SWT. Insya Allah, aminn.

- Selagi ada peluang berjalanlah melihat dunia luar. Melihat dunia seperti burung. Di situ terdapat tanda-tanda kebesaran Allah SWT bagi orang yang mahu berfikir -





Keindahan Yang Tak Terucap - Tanjung Balau, Desaru Johor

Bismillahirahmanirrahim

Untuk kesekian kalinya, saya dan sahabat yang lain menikmati keindahan alam ciptaan Illahi, Tanjung Balau pada 4 Mac 2017 yang lalu. Menikmati dan melihat kebesaran Allah SWT membawa saya untuk terus berusaha mendekati alam kerana di situlah tanda bahawa segala nikmat yang Allah SWT berikan tidak mampu kita dustakan. Bahkan, dalam al-Quran, Allah SWT banyak berfirman tentang kebesaran dalam kekuasaan-Nya yang semestinya adalah alam semesta. Itulah tanda-tanda kebesaran Allah SWT jika kita seorang yang suka berfikir dan beriman. 

Tanjung Balau, Desaru, Johor
Diambil sekitar jam 6 pm







Saturday, April 22, 2017

Menikmati Keindahan Pantai Air Papan, Mersing, Johor

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum wbkt sahabat semua. Beberapa bulan yang lalu saya bersama sahabat saya berjalan-jalan sekitar Mersing, Johor. Ini adalah sebahagian gambar yang diambil di Pantai Air Papan, Mersing Johor. Saya suka berjalan-jalan sambil menikmati keindahan alam. Subhanallah, lukisan Allah Swt ini sangat sempurna dan indah untuk dihayati oleh seluruh Makhluk-Nya. Sesungguhnya, di antara tanda-tanda Kebesaran Allah SWT ialah, Dia menciptakan alam untuk dihayati dan dimanfaatkan isinya. Maka cintailah alam, kerana di situlah letaknya keagungan Allah SWT bagi orang-orang yang mahu berfikir.


Pantai Air, Papan, Mersing, Johor
Diambil sekitar jam 1 lebih






Panorama Indah, Pantai Pontian, Johor


Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum wbkt sahabat semua. Menghayati ciptaan Allah SWT adalah salah satu kebahagiaan saya dalam kehidupan seharian. Alhamdulillah, saya berpeluang melihat panorama indah matahari terbenam ciptaan-Nya di Pantai Pontian, Johor pada 7 April 2017 yang lalu. Moga kita semua sentiasa mencintai alam sahabat semua, Insya Allah, aminn.








Pantai Pontian, Johor.
Diambil sekitar waktu menghampiri pukul 7.00 pm

Tuesday, December 13, 2016

Diari Orang Kampung


Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum sahabat semua. Saya doakan agar kita semua sentasa sihat walafiat di samping insan-insan yang tersayang. Sahabat semua, masa terus berlalu, menuju destinasi yang abadi. Setiap kita punya lorong hidupnya masing-masing. Saya dengan jalan hidup saya dan kalian dengan titian hidup kalian. Jika takdir menemukan kita, maka bertemulah kita di setiap persimpangan. Di situlah kita berkenalan, bersahabat, bercinta dan berkahwin. Dari pertemuan itu bercambahlah pelbagai memori suka-duka bersama.

Sahabat semua, tengah hari ini, saya berasakan alam amat mesra dengan saya. Bayu bertiup menyegarkan suasana yang dibahangi oleh matahari.  Saya berasa sangat bahagia. Saya buka laptop, pasang zikir-zikir penenang hati, baca laman-laman sosial yang selalu menjadi perhatian saya. Di luar sana detik kedengaran siulan burung-burung serindit ataupun pipit. Mereka adalah muzik semulajadi yang tidak memerlukan manusia untuk membunyikannya. Tidak terkecuali juga kokokan ayam jantan yang memeriahkan suasana walaupun masih berada dalam lingkungan tengah hari.

Desa saya ini jauh dari hiruk-pikuk kota raya. Bahkan daerah saya ini hanya mempunyai sebuah pekan yang mula membangun tapi masih kaya dengan flora dan faunanya. Di sepanjang jalan raya akan kelihatan sawah padi, sungai dan kampung-kampung. Sungguh, saya berasakan saya amat tenang dan tenteram berada di dalam kepompong daerah ini. Walaupun matahari semakin terik namun keadaan masih sejuk, dingin dan menyegarkan. Tiada bunyian dan raungan raksasa daripada kenderaan motokar mahupun kenderaan lain. Kalau adapun ia masih berada di tahap yang masih terkawal.

Kebanyakan penduduk di daerah saya ini iaitu daerah Tambunan berkerja sebagai petani dan penoreh getah. Selalunya mereka berada dalam lingkungan separuh usia. Malah ada yang makan gaji yang selalunya dimonopoli oleh golongan muda. Setiap hari khamis dan minggu, selalunya ada pasar tamu di dua tempat yang berbeza. Di situlah terjalinnya hubungan silaturrahim sesama mereka apabila berjual dan membeli.

Setiap tahun saya luangkan masa sekurang-kurangnya sekali atau dua tiga kali untuk balik ke sini. Menikmati keindahan kampung dan menghayati kehidupan sebagai orang kampung. Akhir bulan ini, saya akan kembali ke semenanjung emas tempat saya mencari rezeki. Dua tempat yang berbeza tapi tetap menjadi kerinduan saya. Kedua-duanya ada kisah yang tersendiri yang hanya saya dan Allah SWT sahaja yang tahu.

Baiklah sahabat semua, tiba masanya saya mengakhiri kisah ini. moga jumpa lagi...salam


Thursday, May 19, 2016

Novel Pembangun Jiwa 2


Bismillahirahmanirrahim

# Novel yang berada dalam simpanan saya sekarang.

#Novel pembangun jiwa yang mampu meresap ke dalam hati saya. Nasihat-nasihat yang disampaikan secara halus, Mampu membuatkan kita kadang mengkoreksi diri.

#Menampilkan watak utamanya dalam situasi yang berbeza namun masih mengkagumkan diri ini.

#Kadang terfikir sesuatu saat membacanya-"Aku belum sempurna menjadi hamba-Nya. Begitu banyak kelemahan diri ini."

#Saya suka novel ini. Merupakan kesinambungan daripada novel 'Ayat-Ayat Cinta' pertama dahulu.

#Sangat tenang hati saat membacanya dari mula hingga habis.

#Edisi Malaysia dah keluar di pasaran. Sesiapa yang sukakan novel Islami, boleh membelinya.




Sunan - Cinta Sang Kembara




Bismillahirahmanirrahim

# Novel yang menjadi teman saya beberapa bulan yang lalu, karya Ramlee Awang Murshid.

# Novel pengembaraan seorang lelaki bergelar Laksamana Sunan di bumi Allah kurun ke-15 yang lalu.

# Cinta kepada Sang Pencipta melebihi cinta kepada manusia. 

# Saya suka novel ini. Menghayatinya bagaikan saya masuk ke dalamnya. Melihat kehidupan heronya yang sentiasa mendahulukan Allah SWT daripada semua yang ada padanya.

#Novel yang berada dalam simpanan saya.

# Insya Allah, jika ada novel yang menyusul kemudian, saya adalah salah seorang watak sampingan yang menjadi pembeli utama.

#Engkau Bagaikan Puteri Haryani - Kisah Sunan dengan Haryani, paling tak boleh dilupa. Macam orang lain juga. Kisah mereka sangat unik. Cinta kerana Allah SWT. 

#Ditunggu filemnya nanti. Insya Allah.

Thursday, July 29, 2010

Pengembaraan di Teluk Senangin, Lumut Perak







Assalamulaikum,
inilah sebahagaian daripada gambar yang boleh saya kongsikan kepada pengembara blog saya semua. harap anda semua menyukainya. terima kasih, salam....