Sunday, July 1, 2018

Bicara Sekeping Hati


Bismillahirahmanirrahim

Aku cuba bertahan seboleh mungkin
namun aku tidak berdaya
kerana aku hanyalah 
manusia biasa yang juga
ada kelemahannya.

Tapi tak apalah
kali ini aku berlapang dada
kali ini aku reda
kali ini aku terima takdir-Nya
yang kami memang 
tidak boleh bersatu
dalam menuju keredaan-Nya.

Andai, suatu waktu aku pergi
sekurang-kurangnya aku bahagia
aku pergi dengan rela 
tiada luka tiada duka
kudoakan kebahagiaanya
buat kali terakhir
sebelum segalanya
terkubur menjadi kenangan.

Ya Rabb,
aku tidak akan menunggu lagi
untuk sesuatu yang memang
tidak akan pernah terjadi
aku tidak akan berharap lagi
untuk harapan yang memang
tidak akan pernah menjadi nyata
biarlah dia dengan hidupnya
dan aku dengan hidupku.

Ya Rabbi, 
semoga jalan hidup yang aku lalui
akan membawaku menuju
ke arah kebaikan dan keredaan-Mu.
Insya Allah, aminn

Sujana K
Johor Bahru

No comments:

Post a Comment