Bismillahirahmanirrahim
Jumaat lalu jumpa makhluk ciptaan Allah SWT ini ketika sedang beriadah di sebuah taman. Melihatnya membuatkan bayangan sewaktu masih kanak-kanak rebina dan semasa arwah ibu masih ada bermain di fikiran. Suatu ketika dulu inilah sebahagian daripada haiwan ternakan keluarga besar saya. Sang Angsa dan Si Itik yang comel. Pagi-pagi lagi riuh-rendah alam dengan bunyian merdu mereka di kolam ikan. Begitu juga ketika menjelang senja.
Hmmm, teringat kenangan ketika dikejar angsa. Bersungguh-sungguh lari masa itu. Sekarang, semua itu tiada lagi. Yang tinggal hanyalah kolam ikan yang tidak nampak seperti kolam lagi. Ya, waktu telah membunuh segalanya. Walau peristiwa-peristiwa itu kekadang terusik di laman nurani, namun yang pastinya masa telah mengubah semua nostalgia silam. Yang tinggal hanyalah kenangan-kenangan yang terus tersimpul erat dan bersemadi di kalbu. Moga memori-memori ini tidak luput dari bayang ingatan. Insya Allah, Aminn
# memori zaman rebina
# keindahan yang fana
# segalanya sudah tertulis dalam siratan takdir
# dan kita hanyalah penenangnya
# dan kita hanyalah penenangnya
No comments:
Post a Comment