Tuesday, July 11, 2017

Dari Hati Seorang Insan


Bismillahirahanirrahim

Assalamualaikum sahabat semua. Moga kita sentiasa sihat dan mendapat rahmat dari-Nya. Insya Allah, aminn. 

Sahabat, begitu banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan kita. Tidak terkecuali saya. Setap hari rutin yang kita jalani seakan sama dan serupa. Setiap saat Allah menguji kita dengan kasih sayang-Nya, menduga iman dan takwa, apakah kita beriman ataupun berpura-pura mencintai-Nya.

Sahabat, jikalau kita berada dalam keadaan tertekan, berdoalah pada-Nya. Yang pastinya Allah SWt pasti akan memberi kita jalan keluar. Pasti Dia akan memberi kita tiga perkara yang sangat bererti iaitu doa, air mata dan ketenangan. Jika tidak mampu menahan air mata, maka menangislah sepuasnya. Jangan pernah menahannya. Andai kita tidak mampu mengeluarkan air mata, maka berusahalah menangis walaupun berpura-pura kerana Rasulullah SAW pernah bersabda: Menangislah walaupun kalian berpura-pura menangis, kerana itu maksudnya iman kita masih ada berbanding orang yang tidak menangis langsung.

Sahabat, cinta merupakan lumrah kehidupan. Cinta terhadap seorang insan sama ada lelaki mahupun wanita. Andai cinta kita putus di tengah jalan, percayalah, waktu adalah pengubatnya. Menangislah jika kita ingin menangis, jangan pernah menahannya kerana itu memang lumrah hati seorang insan yang kecewa. Jalanilah hidupmu seperti biasa. Jika kita ingin mengingatinya, maka biarkan fikiran kita mengenang setiap lembar kisah kita dengannya. Teruskan hidup, jangan pernah musnahkan dengan perkara yang memusnahkan hidup sendiri.

Baiklah, Moga kata-kata ku ini mampu memberi nasihat dan manfaat yang baik untuk kita semua. Insya Allah, aminn

# Gambar di atas bukan milik saya

No comments:

Post a Comment