Assalamualaikum sahabat
pengembara blog saya. Apa khabar agaknya kalian semua. Moga baik dan sentiasa
sihat selalu. Hari ini masuk tahun baru iaitu tahun 2016, harap kita semua
gembira menyambutnya.
Sahabat sekalian, terima
kasih kerana sudi singgah di laman blog saya yang biasa-biasa ini. Kalau suka,
jemput singgah lagi ye. Kalau tak suka, hak kalian menentukannya sama ada mahu
meneruskan untuk menziarahinya ataupun berlapang dada mahu meninggalkannya.
Sahabat sekalian, ada satu perkara yang ingin saya kongsikan kepada kalian
semua. Jika kalian melihat blog orang lain, ataupun taip sahaja perkataan ini
kalian akan nampak berpuluh-puluh laman blog yang membicarakan tentangnya:
Subhanallah, perkataan yang tidak asing lagi dalam kalangan makhluk-makhluk
Allah SWT tidak kira di langit mahupun di bumi.
Perkataan ini sangat
popular, bukan sahaja dalam kalangan manusia tetapi makhluk Allah SWT
yang lain juga turut berzikir dengan perkataan ini. Langit, bulan, bintang,
matahari, malaikat, semuanya bertasbih mengagungkan Allah SWT, “ Subhanallah”
yang bermaksud Maha Suci Allah. Betapa begitu penting zikir ini dalam kalangan
kita malah zikir ini juga turut berada pada nama Allah yang bermaksud “ Allah
subhanallah taala.”
Saya suka zikir ini, zikir
ini membawa kita untuk mengagungkan Allah SWT selain mengingati kebesaranNYa.
Zikir ini turut terdapat dalam al-Quran yang mana letaknyadi awal surah, di
tengah ataupun di akhir surah. Sahabat sekalian, saya ingin berkongsi suatu
kejadian yang berlaku dalam diri saya. Sebagai manusia biasa, saya pernah
sakit. Datangnya tidak diduga. Bila datang penyakit ini saya menjadi tidak
keruan. Semua benda tidak fokus. Semua benda yang dilihat berwarna hitam. Saya
terfikir, satu perkara yang perlu saya lakukan untuk kembali normal adalah
makan ubat. Namun saya perlu menunggu bagi ubat itu berkesan ke atas diri ini.
Dalam pada menunggu itu, saya perlu lakukan sesuatu.
Makanya saya terfikir zikir ini selain menyerahkan
sepenuhnya kepada Allah SWT. Tanpa fikir banyak, zikir ini saya lantunkan
mengikut pernafasan. Saya bertawakal sepenuhnya kepada Allah SWT. Cuba fokus
sefokus-fokusnya dengan mata yang tertutup. Ulang sebanyak mungkin. Inilah kali
pertama saya lakukan di luar kebiasaan saya apabila datang ujian Allah SWT ini.
Tanpa saya duga, saya dapat rasakan suatu tenaga luar biasa berada di dalam
kepala. Sedikit demi sedikit tenaga itu menguasai semua yang berada di kepala.
Pelahan-lahan saya kembali pulih. Warna-warna hitam yang saya nampak tidak lagi
menganggu. Akhirnya dalam waktu sedetik sahaja keadaan diri saya kembali
normal. Sungguh, saya berasa satu keajaiban berlaku dalam diri ini. Benar kata
orang, bila kita berzikir, kita akan tahu kesannya cuma dengan syarat kena
fokus. Penghayatan itu sangat bermakna pada diri kita.
Baiklah sahabat semua, moga
kita jumpa lagi di waktu yang lain. Moga apa yang saya kongsikan ini bermanfaat
bagi kita semua. Moga kita semua sentiasa mendapat perlindungan daripada Allah
SWT serta mendapat rahmatNya dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Moga kita
sentiasa menjadikan zikir-zikir ini sebagai kebiasaan kita sehari-hari bagi
mendapat keberkatan di dunia dan akhirat selain mendekatkan diri kepada Allah
SWT. Sebenarnya tajuk ini sudah lama berada dalam simpanan saya dan sungguh
saya pada mulanya tidak mahu mengirimnya di sini atas beberapa sebab tapi bila
mengingatkan moga ada manfaat yang boleh kita dapat maka saya tidak ragu lagi
mengirimnya.
Sampai jumpa lagi sahabat semua, Insya Allah, aminn, salam...
No comments:
Post a Comment