Bismillahirahmanirrahim
Pagi ini sangat indah. Bayu pagi menyentuh kalbuku yang sejak
semalam diulit gundah dan bahagia. Sangat indah rasanya. Rasa bahagia menikam
qalbi. Ya Allah kalaulah saya dapat berikan secebis keindahan ini kepada orang
lain kan elok. Biar mereka rasa bahagia ini bersama-sama. Mentari juga bagaikan ingin berkongsi rahsia
bahagia ini denganku rupanya. Begitu juga dengan beburung yang berterbangan di
udara. Ada juga yang bertenggek di atas dahan pokok jambu yang merendang di
laman rumah. Waktu duha selalu memberiku semangat untuk terus hidup. Semoga
Allah permudahkan segalanya. Semoga Allah berikan kita kekuatan untuk terus
menjalani rutin harian kita di bumi bertuah ini.
Entah kenapa rasa rindu
dengan belantara. Rasa rindu mahu menikmati semua yang ada di hutan belantara.
Pohon-pohon redupnya, nyanyian burung serindit, tarian si merak kayangan, tingkah
tupai di dahan rapuh, air sungai yang mengalir jernih, dingin membungkam rasa
haru, memberi rasa segar dan nyaman, benar, rasa rindu ini semakin memuncak. Olengan
air di balik batuan, senda gurau anak-anak ikan, Similir dari puncak gunung,
deruan air terjun di hujung bukit, rindunya mahu menikmati semua itu. Teringat
suatu waktu dulu, saat semua itu masih menjadi rutin harianku.
Dulu, saya sangat mesra dengan
alam, tiap hari keluar masuk rimba menjadi dunia nyataku. Tak perlu kata kunci,
tak perlu dipelawa. Bila malam menjelma, rindu mahu melihat garis sempadan
antara langit dan bumi. Rindu melihat bintang bertaburan di angkasa raya, di
baliknya terlihat lampu kapal terbang berkelip-kelip disimbah cahaya bulan. Bila
pagi terbit di timur, kabus mula memenuhi ruang udara, setitis dua tiga embun
menempel pada rumput-rumput yang gagah menapak tanah. Langit lazuardi mula
kelihatan, dicemari dengan awan kumulus, digasak dengan angin kedamaian yang
ramah menyampai pesan dari Maharaja. Subhanallah…rindu itu berbekas hingga hari
ini.
#entri yang sudah lama
berada dalam simpanan saya.
No comments:
Post a Comment