Showing posts with label Diari kehidupan 53. Show all posts
Showing posts with label Diari kehidupan 53. Show all posts

Tuesday, July 27, 2010

Diari kehidupan 54

Bismillahirahmanirahim
28 07 2010 ( Selasa)

Assalamualaikum wahai pengembara blog saya? sudah lama saya tak masukkan entry yang terbaru di sini. sebenarnya sepanjang ketiadaan maklumat terbaru ini, saya telah mengikuti beberapa aktiviti sehingga tiada tiada semangat untuk melakarnya dalam blog saya ini.

aktiviti pertama saya ialah pada hari jumaat hingga ahad minggu lalu iaitu baru-baru ni saya telah pergi ke Teluk Senangin Lumit Perak untuk seminar bagi kursus program saya. bukan saya seorangtapi ramai lagi yang pergi mengikut semester...

kemudian hari isnin pula, saya dan kawan-kawan yang lain pergi berkelah di Sg Samak yang terletak tidak jauhdari kolej kediaman saya. kerana keletihan, maka inilah jadinya. namun mungkin tak ada yang tertunggu-tunggu bukan? Insya Allah, semester ni adalah sem akhir saya di sini sebelum menjejak ke bangku sekolah.

hmmm, rasanya itu sahaja yang boleh saya kongsikan buat anda semua. tentang gambar-gambar saya yang diambil sepanjang aktiviti sem ni, saya akan postkan kemudian.Insya Allah. baiklah, sampai di sini saja pertemuan kita buat anda dan diri sendiri. salam...Hanako

Friday, June 11, 2010

Diari kehidupan 53

Bismillahirrahmanirahim
11 Jun 2010 (Jumaat)

Assalamualaikum
apa khabar anda semua? masih setia mengembara di villa maya saya? blog yang biasa-biasa sahaja. tapi ada juga luar biasanya. bak kata Pahrol Mohamad Juoi dalam bukunya 'Nota Hati Seorang lelaki' carilah sesuatu yang luar biasa di sebalik buku yang kelihatan biasa-biasa ini! jadi untuk anda yang mengembara di blos saya, carilah sesuatu yang 'luar biasa' di sebalik untaian-untaian kisah teladan, kata-kata mutiara, kata-kata Hikmah, puisi, lagu, Diari kehidupan dan bicara kesepian dalam blog saya yang kelihatan biasa-biasa ini! selamat membaca.

ummm, nak tahu kisah saya hari ini? boleh saja bah. biasalah kan ini kan diari saya. hentam sajalah!!! diari kehidupan seorang perantau dan musafir di muka bumi yang sudah tidak indah lagi ini. pagi tadi saya masuk kerja pukul 8.45 kerana kerja hari ini mula pukul 9 pagi. pagi-pagi yang memang selalu biasa-biasa saja.

semantara menunggu kedatangan kawan-kawan yang lain saya dan dua lagi sahabat saya duduk-duduk sebentar sebelum menghilangkan diri dari pejabat itu. bukan hilang begitu saja tapi hilangkan diri untuk buat kerja di atas penginapan yang mempunyai 9 tingkat itu.

bila kawan-kawan datang kami pun buat kerjalah sampai pukul 12 suku. lepas sembahyang zohor kami pergi pekan. hai inilah kisah yang terlalu rumit untuk diluahkan dan boleh dimasukan dalam books of record. nak tahu ceritanya. kalau tak mahu tahu saya kasi cerita saja. ikut suka hati sayalah kan. inikan diari hiudp saya.

begini, lepas sembahyang zohor tu kami pergi pekan lah sebab masuk kerja balik jam tiga. sebelum tu saya dengan dua kawan saya dah bicang nak beritahu seorang kawan kami bahawa kamipergi pekan. berapa kali kami telefon dia tak angkat juga. kecewa jugalah masa tu. telefon lagi seorang kawan juga kami menemui kehampaan belaka. lalu berbekalkan kekecewaan kami bertiga pergi ke pekan dengan bas sampai jam 2.45 kami balik.

hmm, masa balik ni ada masalah juga. bas tak da. kereta pun tak ada. dengan semangat yang berkobar-kobar kami terpaksa berjalan kaki dari pekan sampai ke kolej. dalam hati dah tahu dah mesti kami akan dicari oleh majikan. biasalah hidup sebagai pekerja. dan anggapan kami memang betul apabila kami menerima panggilan telefon dari pejabat menyatakan big boss marah sebab kami tak muncul-muncul juga di pejabat padahal jam sudah menunjukkan pukul tiga.

' alaa, apa susah, kita jawab sajalah yang kita pergi pekan.' ini kata-kata kawan saya. masa ni kami tengah bertarung dengan jalan raya dan kereta-kereta di atasnya.penat!, hmm mungkin penat dan letih kot? sampai kata pejabat masuk depan keluar pintu belakang ( sengaja tunjukkan muka selamba. pekerja yang tak patut dicontohi kot. kepada orang lain.) dan terus pergi blok tiga tag pintu.

saya dah agak dah muka kami yang kemerahan macam mat salleh ni mesti mendapat simpati dari kengkawan kami yang lain. sebenarnya kami dah sediakan makanan untuk mereka. ya tak lain tak bukan pisang goreng. sebelum buat kerja kami makan dulu. bercerita tentang pengalaman bertarung dengan jalan raya bersaksikan kereta-kereta yang berada di atasnya. diaorang tunjukkan muka kasihantapi dengan selambanya saya tunjukkan muka tak kesian. siap nak pinjamkan basikal dan motor lagi. tapi dengan sopannya kami menolak perlawaan mereka. yelah, manalah kami reti bawak motor. kalau basikal tu bolehlah juga tapi tau-tau sajalah kan.

tapi tak apalah, yang penting kami dah dapat apa yang kami nak ambil kat pekan tu. hmm lepas kerja tu kami pun turun. itulah serba sedikit pengalaman saya. apakah ini adalah pertama dan terakhir buat saya? saya tak tahu dan tak akan tahu selamaanya.uhh, panjang juga diari saya kali ini ya? tak apalah, saya sudahi diari saya dengan lafaz salam kepada diri dan anda semua. salam....Hanako