Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum sahabat
semua. Moga kita semua sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan dalam kehidupan
oleh Yang Maha Agung, Allah SWT. Pagi-pagi ini, ketika suria terbit di timur,
pawana pun masih tak terasa mesranya, tengah santai-santai, tiba-tiba teringat kampung
halaman. Apa khabar agakanya insan-insan
yang saya sayang di sana? Apa khabar agaknya teman-teman saya? Apa khabar
agaknya keadaan di sana? Moga sihat dan berada dalam keadaan baik mereka semua.
Sudah lama saya tak balik kampung.
Sudah berbulan-bulan. Kali terakhir saya bersama mereka adalah semasa hari raya
aidilfitri tahun lalu. Itu pun sekejap sangat. Cuma seminggu sahaja yang
diperuntukkan. Dengar cerita sekarang ni, kampung saya mengalami musim kemarau.
Habis rumput-rumput kering. Kawasan padang yang menjadi halaman rumah saya pun
habis kering. Hujan rahmat tidak turun selama berminggu-minggu. Sebenarnya agak
jarang kemarau berlaku di kampung. Seingat saya sepanjang saya hidup di dunia ini
hanya beberapa kali kampung saya mengalami kemarau. Itupun cuma sekejap. Lepas
itu hujan. Membasahi bumi bertuah. Beberapa hari yang lalu, anak buah hantar
gambar ayah tengah tunggu sepupu saya menjolok buah kelapa. Maka nampaklah
suasana kemaraunya di situ.
Teringat waktu dulu, masa
kecil-kecil buah kelapa adalah minuman yang paling digemari masa itu. Kalau
musim menjolok buah kelapa, yang diminum cuma satu, yang disimpan untuk bekalan
ada tiga empat lima biji. Setiap seorang akan dapat banyak. Saya kadang-kadang
akan dapat tiga empat biji sekali harung. Waktu itulah, yang lain akan diminum
di hari lain. Paling tak lupa, tak kiralah kelapa tua ke muda ke habis kami
sapu. Bukan setakat kelapa saja, buah jambu adalah buah yang tak kurang
hebatnya.
Buat sambal belacan, bubuh garam, cili, ajinomoto, taruh dalam plastik (bucu plastic digunting atau dipotong segi tiga), masuk poket, panjat pokok jambu, ambil buah, bubuh sambal sikit, makan dengan lahap sekali dengan biji-bijinya. Itulah habit saya seangkatan dengan adik beradik sebaya dan sepupu sepapat yang boleh dikatakan sebaya masa itu. Tak habis pokok jambu di rumah, pergi pula di rumah nenek saudara, habis kami sapu semua buah jambu yang ada. Malah buah yang baru nak membesar pun diambil sekali. Tak sempat nak menjadi remaja dan dewasa.

Menginjak usia remaja adalah
zaman atau masa yang sangat berharga dan manis untuk dikenang.
Kenangan-kenangan itu sentiasa mengamit memori untuk diceritakan kepada orang
lain terutama rakan-rakan dan anak sendiri. Kalau saya ada anak pun, saya akan
ceritakannya semula. Sama seperti mana ayah dan ibu saya ceritakan kisah mereka
sewaktu kecil. Sebenarnya, kadang-kala, apa yang diceritakan oleh ibu bapa kita
sebenarnyya merupakan suatu inspirasi kepada anak-anak untuk menjalani hidup di
dunia dengan semangat dan tidak takut pada ujian hidup.
Anggaplah, yang manis itu ada banyak, yang pahit itu cuma sendikit. Bahagialah dalam meniti kehidupan. Kalau ayah bercerita, saya cukup suka sekali mendengarnya. Ayah bercerita macam P. Ramlee. Siap mimik muka sekali gaya tangan dan badannya. Kadang sampai boleh terlena di situ juga. Itu kalau ayah kisahkan cerita seram. Itu belum lagi ayah kisahkan cerita kemenangannya dalam sukan marathon. Sesekali rasa bangga sebagai anak berputik di hati saat mendengar kisah ayah.

Saat ini, memang hati berada
di kampung. Teringat rasa dingin pawananya. Teringat lenggang lenggok daun pokok
getah, teringat olengan air di bendang, sesekali terlihat seekor dua ikan
berenang-renang di dalamnya. Sesekali terusik hati bila mengenangkan langit
biru yang bersih daripada awan gemawan. Sukma terlihat riang saat menyentuh
dingin titisan embun di balik daun. Walau musim kemarau menjelma namun ia tetap
tidak memberi kesan di jiwa ini untuk mengenangkan desa tercinta. Bahkan, bagi
saya kemarau itu pun sebahagian daripada warna-warna hidup ini. sebahagian
daripada rentetan perjalanan sebuah kampung yang masih gah dengan kesuciannya
daripada sebarang anasir-anasir luar.
No comments:
Post a Comment