Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam
sejahtera sahabat semua. Kalian kuanggap sebagai pengembara di blog saya ini.
Blog yang biasa-biasa. Blog yang tidak berubah latar belakang. Sejak dulu
hingga sekarang, inilah blog saya. Bulan Dan Bintang. Tidak pernah terlintas di
hati dan fikiran ini untuk menukarnya. Mungkin sampai saya bosan, sampai saya
tua atau sampai penghujung hayat saya di dunia fana ini, ia tetap sama. Tak
berubah seiring usia waktu berlalu.
Hujung minggu ini saya
luangkan masa untuk membaca novel ‘Kabus Di Perbukitan’ karya Mohamad Kholid
Hamzah. Membaca tajuknya saja sudah cukup membuatkan saya tertarik untuk
membaca isi kandungannya. Dua perkara yang menarik minat saya ketika melihat
kulit muka depan buku ini adalah perkataan ‘kabus’ dan ‘perbukitan’ namun yang
lebih utamanya adalah kata ‘kabus’ itu sendiri. Terbayang-bayang di ruang mata
nun jauh di sana, kelihatan sebuah bukit yang mempunyai pemandangan indah
diseliputi kabus dingin yang menyegarkan. Sejuknya mencengkam ulu hati.
Pohon-pohon merendang sana sini. Setitik dua embun pagi menitis dari dedaun
yang gagah mencengkam dahan.
Tiba-tiba saja saya teringat
kampung halaman. Teringat sajak yang saya pernah karang suatu waktu dulu. ada
satu rangkap sajak itu sengaja saya lakar di sini kerana sewaktu menulisnya pun
saya terkenangkan kampung halaman saya.
Saya suka pagi
di situ embun menitis
pada hamparan dedaun hijau
dari kabus yang hidup
di daerah perbukitan.
Dari perkataan ’kabus’ saja pun kita sudah
boleh menginterpretasikannya dengan pelbagai tafsiran. ‘kabus’ boleh
ditafsirkan dengan suasana sebuah kawasan yang berembun di pagi hari. Boleh
juga sebuah tempat yang sejuk, dingin, nyaman, indah, ataupun boleh juga
ditafsirkan sebagai sebuah kawasan yang berbukit atau bergunung-ganang yang
mana masih asli dengan rimbanya yang redup. Suci. Unggas-unggas belantara
boleh bersuka ria tanpa gangguan sesiapa.
Dan tentunya bagi saya, kabus itu sudah cukup saya maknakan kampung saya sendiri. Dengan kata lain, kabus itu ada di sebuah kampung. Mana-mana kampung yang dikelilingi pohon-pohon redup. Saujana mata memandang. Bukit-bukau serba menghijau menyaksikan semilir perbukitan datang dari pelbagai arah. Mampu menanggalkan pakaian orang-orang tua di kampung yang cukup suka tubuh mereka disapa angin dari bukit.

Waktu kecil dulu, ketika usia saya masih
digelar pucuk muda memang saya selalu menyaksikan suasana ini. Saya suka
bangun awal pagi semata-mata mahu melihat kabus yang menengelamkan rumah
kebanyakan penduduk kampung. Saya akan depangkan tangan lebar-lebar di laman,
kemudian menyedut udara segar sebelum menghembusnya pelahan-lahan. Kadang-kadang
hembusan bayu pagi membuatkan badan saya menggigil kesejukan. Saya cukup suka
dengan suasana seperti itu. Sambil-sambil itu saya dan adik-adik akan cari
sarang lelabah di puncak rumput-rumput yang gagah menongkah langit.
Bila nampak saja sarang tersebut, kami akan merosakkannya dengan kaki atau tangan kadang-kadang. Membiarkan lelabah yang tinggal di sana meraung kesedihan. Saya akan bermain di halaman hinggalah suria terbit dari timur. Waktu itu sedikit-demi sedikit kabus mula menghilang. Titisan embun yang menempel pada dedaun dan rerumput hijau mula mengering. Masa itu barulah saya akan masuk ke rumah. Tapi acapkali, kalau tidak masuk ke rumah saya dan adik-adik, kakak, dan abang serta sepupu akan menyambungnya dengan bermain hinggalah pancaran matahari sudah mula terasa bahangnya.

Kabus pagi juga mengingatkan saya terhadap
arwah ibu. Selalunya ketika kabus sudah mulai menghilang, Ibu akan segera turun
dari rumah. Pergi ke bendang atau memberi makan haiwan peliharaan ataupun pergi
ke kebun. Ibu, seorang wanita yang gigih dan tabah mengharungi hidup. Saya kagum
dengan pengorbanan ibu. Namun ibu pergi terlalu awal. Saat ketika saya masih
mahu merasakan belaian kasih sayangnya. Saat saya masih mahu melihat
senyumannya di awal pagi. Saat saya masih mahu melihat wajahnya. Ibu sudah
pergi menghadap Illahi. Saya sangat berharap semoga Allah SWT ampunkan semua
dosa Ibu dan menempatkan Ibu di syurga-Nya yang tertinggi. Insya Allah, aminn.
Sekarang, saya sudah tidak merasa kedinginan kabus lagi. Balik kampung pun belum tentu dapat merasa kesejukan di awal pagi. Di tempat saya sekarang lebih-lebih lagi, tidak ada langsung. Sesungguhnya saya rindukan suasana dahulu. Sebab itulah, apabila membaca karya Mohamad Kholid Hamzah ini, seakan mengimbas semula kenangan suatu masa dahulu. Mengimbas semula desa kerinduan saya. Desa Permai Kampung Kipaku.

Baiklah, sampai jumpa lagi sahabat semua…salam
No comments:
Post a Comment