Monday, August 8, 2011

Bunga-Bunga Berkembang Ceria


Bismillahirrahmanirahim

Assalamualaikum wahai pengembara blog saya.

sudah puas melihat gambar yang terpampang di depan mata anda? bunga bukan sekuntum tapi banyak kuntum. malah ia akan ceria jika rama-rama bertengkek di atasnya atau lebah-lebah menghisap madunya. sebenarnya apa yang hendak saya ceritakan di sini? nak tahu? bacalah, jika anda mahu membacanya.

sebenarnya bunga ibarat hati kita. bila bunga itu mekar mewangi dan terjaga dengan rapi serta cukup pencahayaan dan air maka mekarlah ia. mekarnya bukan sebarang mekar tapi mekarnya mengalahkan ekor seekor merak kayangan. hmmm, lucu? kalau lucu ketawalah atau senyumlah. kalau tak lucu teruskan pembacaan.

tapi kalau ia tak terjaga maka mekarnya akan mengalahkan ekor burung puyuh. ada kisah kenapa ekor burung ini menjadi begini dan begitu. nak tahu cerita? cari buku cerita kanak-kanak yang tajuknya 'kenapa puyuh berekor kontot' (ala-ala macam tulah ceritanya.. saya sudah tidak begitu ingat tajuk sebenarnya.

baiklah, kenapa saya ibaratkan bunga itu sebagai hati kita. anda memahami kiasan saya di atas itu? kalau faham baguslah. kalau tak faham lagi tak bagus. kadang-kadang manusia begitu sukar untuk memahami hati orang lain dan begitu juga hatinya sendiri. kadang-kadang hati akan berkata bahawa tuannya ini sangat baik tapi sebenarnya perangainya jauh panggang dari api. saya minta maaf jika dengan kata-kata saya ini menyinggung perasaan pengembaraku sekalian (kalau adalah).

maka dengan itulah jagalah hati kita kerana hati juga boleh berdusta. jika kita tidak bijak mengawal dan memahaminya maka jadilah kita seperti ekor puyuh yang kontot. maksud saya jadilah hati kita seperti ekor puyuh yang kontot tapi kalau kita bijak mengawalnya maka jadilah hati kita seperti ekor merak kayangan. kalau bukan merak pun burung mana-mana saja yang penting ada ekor.

baiklah pengembaraku sekalian. sampai di sini sahaja. sampai jumpa lagi. salam untuk diri dan anda semua, salam...

No comments:

Post a Comment