Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum
Ini Adalah Sinopsis novel yang masih dalam perancangan saya. harap saya akan menyiapkannya, Insya Allah. Novel ketiga dari saya selepas novel ' Sinar Di hujung Senja' dan novel 'Setelah Lahirnya Senja.' Tajuk dan nama wataknya masih dalam proses pencarian. nak baca? bacalah jika anda mahu membacanya. jika tidak, hak anda menentukan segalanya...salam
Novel 'Dalam sujud Ku Bertasbih' ( ada cerpennya dan cerpen ' Dalam Sujud Ku bertasbih' ini sudah siap, tinggal menunggu ia dipamerkan di laman web Penulisan2u.blogspot.com...Insya Allah.)
Kisah seorang wanita yang ingin mencari kekasih sejati dan kekasih hakiki
Raihan, wanita yang dilahirkan dengan sifat yang sempurna fizikal dan batinnya. Zaman kecilnya diselubungi dengan kegembiraan tetapi zaman kecilnya juga diselebungi dengan kegelapan. Ilmu yang dimilikinya hanya untuk dunia dan akhirat jauh ditinggalkan walaupun kadang-kadang hatinya memberontak. Namun kehidupan keluarganya yang kucar-kacir tidak memungkinkan dirinya berada di sekolah agama seperti kanak-kanak lain. Akhirnya jadilah dia pengemis cinta Illahi yang tak mungkin dapat diraih sepenuhnya. Walaupun begitu dari ribuan manusia dia insan yang terpilih untuk menempah kejayaan sehingga ke menara gading.
Di situ seorang lelaki telah mencuit hatinya untuk berasa memiliki dan dimiliki tetapi segala perasaan itu dilenyapkan dalam hatinya apabila mengetahui segala kekurangan yang dimilikinya. Adakah dia layak untuk seorang lelaki walhal dirinya tidak cukup sempurna batinnya. Adakah dia layak untuk menjadi isteri kepada seorang lelaki jika batinnya tidak ada ilmu tentang agama yang menjadi tunggak utama dalam kehidupan. Dia tidak mahu memalukan diri dan keluarganya jika dia menerima seorang lelaki dalam kehidupan.
Dia berhajat untuk mencari ilmu akhirat sebelum bersedia untuk bergelar isteri kepada seorang suami. Tapi kehidupan di situ membataskan dia untuk mendekatkan dirinya kepada ilmu agama. Dalam pada itu dia tetap meluahkan isi hatinya kepada lelaki idamannya itu. dalam masa yang sama dia berkawan dengans eorang lelaki yang mungkin sungguh memahaminya.
Namun akibat beberapa perkara maka dia perlu memilih anatara dua, cinta Allah atau cinta seorang lelaki. Maka dia memilih cinta Illahi. dia memutuskan untuk memberitahu hasratnya itu kepada lelaki yang dicintainya bahawa dia tidak mahu terus menerus menyimpan isi hati kepadanya. Seterusnya dia merapatkan hubungan mereka berdua sebagai kawan dan sahabat.
Dalam pada itu seorang lelaki meluahkan perasaan kepadanya tetapi Raihan menolak dengan lembut. Raihan juga terus berkawan dengan Hairul yang menjadi sahabatnya. Namun tanpa disangka dia mula menaruh harapan agar persahabatan ini diakhiri dengan perjuangan menuju Allah dengan keredhaan Allah. Persahabatan mereka berlangsung selama beberapa tahun namun Raihan yang masih berasa dirinya mempunyai banyak kekurangan kerana merasakan dirinya jahil tentang ilmu agama telah memutuskan hubungan persahabatan itu separuh jalan. Dia mahu melenyapkan segala perasaannya terhadap seorang lelaki. Pada masa yang sama telefonnya hilang dan dia kehilangan segala nombor telefon kawan-kawannya termasuk hairul. Hubungan mereka terputus.
Raihan telah mendaftarkan diri di sebuah sekolah agama sebelum berkerja. Akhirnya hajatnya dapat dicapai dan dia semakin tawaduk dengan kehidupannya. Kekosongan hidupnya telah diisi dengan solat malam dan mengaji al-Quran. Nur Illahi menerangi jalan hidupnya. Malah dia juga telah menukar namanya kepada Nur Jannah. Tiga tahun kemudian, ketika sedang menghayati keindahan alam di sebuah pelabuhan, dia berjumpa kembali dengan sahabatnya Hairul. Apabila Hairul memanggil namanya, Raihan mengatakan bahawa namanya bukan Raihan tetapi Nur Jannah. Memang di antara Raihan dan Nur Jannah ada perbezaan yang banyak dan ketara.
Persahabatan yang terputus dibina semula tetapi sangat berbeza dengan dahulu. syariat islam tetap dipertahankan oleh nur Jannah. Kasih yang dibuangnya kembali tumbuh namun dia berharap agar kasih itu bercambah dengan keredhaan illahi. Akhirnya hairul mengetahui bahawa nur jannah ialah Raihan. Dia memutuskan untuk menjadikan Raihan @ Nur Jannah menjadi temannya yang sah di sisi islam. Apakah yang akan berlaku seterusnya? tunggu sahajalah ya...
Hmm, macam mana? okey ke? Tak apa kalau tak okey pun saya tetap akan meneruskannya...salam
No comments:
Post a Comment