Assalamualaikum Wkt
saya pernah memasukkan puisi ini dalam blog saya suatu ketika dulu. bagi mereka yang melihat entry saya yang awal-awal, mereka pasti akan jumpa sajak ini. sekarang saya masukkannya lagi dalam blog saya ini untuk kedua kalinya. di antara semua sajak saya, sajak inilah yang paling saya suka kerana ia membawa saya mencari identiti yang sebenar. sajak ini saya cipta ketika saya mencari sebuah erti kehidupan yang sebenar. jika ada sesiapa anda yang ingin menghuraikan apa makna yang tersirat di sebalik puisi ini, silakan, saya terima semua tafsiran anda.
Kisah seorang musafir
Berkelana dengan debu-debu pasir
Di lautan manusia yang
Tiada hujung hentinya.
Kisah seorang musafir
Dibawa angin keserekahan
Jiwa dan perasaan
Dihambat taufan berbisik.
Kisah seorang musafir
Merentangi lautan sandiwara
Dalam helaian perjalanan
Demi mencapai
Mutiara yang tersembunyi.
Kisah seorang musafir
Berlagu dalam sendu
Angin ibarat muzik
Dan mata hati adalah lagunya.
Kisah seorang musafir
Pencari teman
Sesetia siang pada malam
Pencari keredhaan
Pada Illahi
Demi sebuah kebenaran
Yang hakiki.
S.hana Ak
200906
7.30 am- 7.50 am
Kolej Harun Aminurrashid.
No comments:
Post a Comment