Wednesday, December 30, 2009

Diari kehidupan 32

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum,
31 Disember 2009(Rabu)

petang ini saya dan kawan saya nak pergi Jogging di celah-celah ladang kelapa sawit yang terletak tidak jauh dari kolej. petang-petang begini memang seronok jogging.lagipun Assignment belum ada. jadi nak cuci mata dengan pemandangan di luar sana dulu.

baiklah, nanti jumpa lagi. saya nak bersiap ni sebab saya janji dengan kawan saya pukul 6 turun. eh, bukan janji....saya tak nak berjanji. kalau berjanji mesti ditepati kan.

sampai jumpa lagi wahai pengembara blog. salam....Hanako

Monday, December 28, 2009

Diari kehidupan 31

Bismillahirrahmanirahim
Assalamualaikum Wkt
28 Disember 2009

Hari ini merupakan hari pertama saya menjejak kaki di Ruang Kampus UPSI setelah sebulan lebih meninggalkannya. pagi-pagi tadi saya sudah tidak sabar lagi untuk melangkah masuk di dalam ruang isinya yang ketat dengan bangunan. setelah sekian lama pergi tidak bermakna saya sudah melupakan dan kekok untuk menjadi temannya kembali. perasaan gembira bergeladak dalam sumur hati ini tatkala melihat wajah UPSI kembali.

namun ketika melalui Fakulti Bahasa dan melihat tempat duduk yang selalu menjadi pelepas penat mahasiswa/i di luar Fakulti, serta merta hati ini menjadi sayu. di manakah rakan-rakanku, di manakah jasad sahabatku, ke manakah mereka. suatu ketika dulu saya bisa melihat rakan-rakan seperjuangan saya sedang enak bersantai di situ pada hari pertama pengajian. tetapi sekarang tempat itu sudah dipenuhi dengan rakan-rakan yang tidak saya kenali.

sekarang, tiada lagi Jessica, tiada lagi Florina, tiada lagi Azmira, tiada lagi Asuani, tiada lagi Angnes, tiada lagi Duris, tiada lagi Salwa, tiada lagi Khairul, tiada lagi Shahreza,Tiada lagi Zulhilmi, tiada lagi George.....yang jelas semuanya sudah tiada. apakah rakan-rakanku itu gembira dengan hidup mereka sekarang. dari seorang mahasiswa/i kembali ke dunia baru.

sungguh, saya sangat sedih. sedih dengan kepergian mereka. mungkinkah perpisahan ini bersifat sementara. ataupun mungkin ia akan berkekalan hingga ke hujung nyawa. saya tidak akan tahu. moga mereka semua berada dalam jagaan-Nya.

Sahabat,
tatkala siang berganti dengan malam
bulan berganti dengan bintang
dan embun berganti dengan hujan
jangan kau punahkan harapanku
melihat kau bahagia
dalam keredhaan-Nya.

Sahabat,
tatkala pagi berganti dengan senja
langit disinari cahaya mentari
dan angin menerbangkan awan
usah kau punahkan harapanku
melihat kau sejahtera
bersama ketakwaannmu.

Sahabat,
tatkala perpisahan telah tiba
jangan kau tangisi kepergianmu
sepertimana aku menangisi kepergianmu
kerana kau perlu kuatkan dirimu
supaya nanti aku mendapat pengajaran darinya.

Sahabat,
andaikata Allah pertemukan kita kembali
senyumlah kepadaku
kerana senyumanmu memberikan sinar keceriaan kepadaku
kerana senyumanmu akan membuatkan aku lebih dekat denganmu

Sahabat,
terima kasih atas segalanya
segala kenangan bersamamu
akanku sematkan dalam hati
hingga hujung Nyawa
dan Insya Allah
Jika Allah izinkan
hingga ke Syurga.

moga kesedihan ini bersifat sementara kerana aku ada banyak perkara yang perlu dibereskan dan memerlukan segala kekuatan yang ada padaku...salam, untuk diri dan anda semua...Hanako

Sunday, December 27, 2009

Kisah Seorang Musafir

Assalamualaikum Wkt
saya pernah memasukkan puisi ini dalam blog saya suatu ketika dulu. bagi mereka yang melihat entry saya yang awal-awal, mereka pasti akan jumpa sajak ini. sekarang saya masukkannya lagi dalam blog saya ini untuk kedua kalinya. di antara semua sajak saya, sajak inilah yang paling saya suka kerana ia membawa saya mencari identiti yang sebenar. sajak ini saya cipta ketika saya mencari sebuah erti kehidupan yang sebenar. jika ada sesiapa anda yang ingin menghuraikan apa makna yang tersirat di sebalik puisi ini, silakan, saya terima semua tafsiran anda.


Kisah seorang musafir
Berkelana dengan debu-debu pasir
Di lautan manusia yang
Tiada hujung hentinya.

Kisah seorang musafir
Dibawa angin keserekahan
Jiwa dan perasaan
Dihambat taufan berbisik.

Kisah seorang musafir
Merentangi lautan sandiwara
Dalam helaian perjalanan
Demi mencapai
Mutiara yang tersembunyi.

Kisah seorang musafir
Berlagu dalam sendu
Angin ibarat muzik
Dan mata hati adalah lagunya.

Kisah seorang musafir
Pencari teman
Sesetia siang pada malam
Pencari keredhaan
Pada Illahi
Demi sebuah kebenaran
Yang hakiki.


S.hana Ak
200906
7.30 am- 7.50 am
Kolej Harun Aminurrashid.

GETARAN

Hatiku subur dalam nada sendu
Dalam serba yang terasing
Menelusuri jalan porak peranda
Tanpa teman tanpa madu

Seharian jiwaku berlagu dengan angin
Malam yang pekat
Di tabir dinding
Tiada siapa yang dapat mendengarnya
Apalagi membuang madu simpati
Hanya angin dan benda
Yang dapat mendengar
Tapi entahkan mereka sudi ataupun terpaksa
Mendengar mutiara kelam keluar dari bibir pucat ini.

Fikiranku pusing
Mindaku berroda
Hatiku berkarat
Jiwaku kejap
Suara-suara keji di belakang
Mengendong bayi palsu
Melepas gelodak mafia di pintu kata.

Kadang mindaku bergerak sendirian
Kenapa dan mengapa
Jalan dan lorong hidup ini tidak serasi
Entahlah
Hanya tuhan yang bisa menghentikannya.

S.hana Ak
290807
1.33-1.45 tgh hari ( rabu )
upsi

Saturday, December 26, 2009

Diari kehidupan 30

Bismillahirrahmanirahim
Assalamualaikum Wkt

hai pengembara blog saya. akhirnya ada juga masa terluang untuk saya menulis diari kehidupan 30 ini. sekarang ini saya sudah sampai di Tanjung Malim iaitu di kediaman Upsi saya iaitu Khar. hari ini 27 Disember 2009, saya bangun tidur pukul 7 dan bersiap kemudian sampai di pudu raya jam 9 pagi. pukul 10 pagi saya bertolak dari Kl ke Tanjung Malim dan sampai di Khar jam 11. rasa penat mencengkam jiwa tapi anehnya mata ini tidak mahu terpejam.

sebelum bertolak sempat juga saya menapau sepotong kek biskut untuk makanan saya. alangkahnya gembiranya hati ini tatkala sampai ke destinasi. kerinduan terhadap Khar amat menyentak jiwa. mahu rasanya saya bersorak kegembiraan seperti anak kecil tetapi bila memikirkan yang saya ni dah dewasa saya batalkan hasrat itu. tidak sabar rasanya saya mahu berjumpa dengan kawan-kawan.

bercerita pasal roomate saya yang baru, namanya Suraya. saya panggil Su.semester 6 dan kos Pendidikan Moral. seronok berjumpa dengannya. mesra. eh, perut ni dah laparlah tapi malas nak turun. petang-petang nantilah baru turun. barang pun belum kemas lagi.

baiklah sampai sini saja Diari kehidupan saya kali ini. sampai jumpa lagi wahai diri dan anda semua. salam....Hanako.

Monday, December 14, 2009

secebis bicara

salam, hai, dah lama rupanya saya tak jengguk blog saya ni. biasalah bercuti sakan. apa khabar pengembara blog saya? harap anda masih mengembara dalam blog saya ni. Insya Allah, tak lama lagi saya akan menyambung diari kehidupan saya yang ke 30 dan bicara-bicara lain lepas cuti Internet ni. lagipun saya kat sini tak boleh lama-lama. ini bukan komputer saya. kalau komputer saya bolehlah saya lama-lama. tapi orang lain punya.

Ish...ini pun kena cakap kah. sujana...sujana....emmm, saya saja nak jenguk blog saya ni kerana kerinduan yang memanjang terhadapnya. oh ya, tak lama lagi saya akan balik ke kampus pada 27 hb disember. harap saya akan selamat sampai di sana. esok kenduri doa selamat untuk majlis khatan anak buah saya pada 16 hb disember ni.

selamat tahun baru saya ucapkan kepada seluruh rakyat dunia untuk tahun ini. moga azam sentiasa ada iaitu untuk menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya. saya juga tidak terkecuali. sama-samalah kita berdoa semoga kita mendapat peluang untuk menjadi insan yang soleh.

ingatlah satu perkara sebelum satu perkara iaitu hidup sebelum mati. malam ni sambil tengok blog saya tengok bola sepak sukan sea Malaysia lawan Loas. buat masa ni malaysia dah gol 3 gol manakala Loas 1. nanti tengok gusti pula. biasalah peminat gusti. kalau orang cakap dont try at home, nanti saya try kat luar.

baiklah, rasanya sampai kat sini je lah bicara saya. sampai jumpa lagi untuk diri dan anda semua. maaf salah dan silap. salam....Hanako

Wednesday, December 2, 2009

Diari Kehidupan 29

Bismillahirrahmanirahim
3 Disember 2009 (Khamis)

salam, selamat berjumpa lagi, hari ini hari khamis atau kalau bangsa saya panggil hari empat. hari selasa lalu ada kenduri di rumah. kenduri korban. hmmm...nasib baiklah ada wireless. dapatlah update blog saya. hari sabtu ni saya n keluarga saya akan pergi ke kedah. bukan melancong tapi kerana menghadiri perkhawinan abang saya. kad jemputan memang ada.

hmmm...amacam ngan kawan-kawan saya ya..moga mereka sentiasa diberkati oleh Allah. sekarang saya duduk di rumah saja. kalau bosan saya akan pergi kedai beli majalah. majalah yang bermanfaat seperti mastika, variasi dan hidayah. ada guna majalah ni. siapa bilang tak ada. kebanyakan manusia menyatakan majalah seperti ini tiada faedah tapi bagi saya ada banyak faedahnya. antaranya kita akan dapat muhasabah diri setelah membaca cerita yang terdapat di dalamnya.

emmm, rasanya tiada apa yang boleh saya coretkan di sini. sampai jumpa lagi wahai diri dan anda semua. salam....Hanako