Thursday, June 23, 2011

Mencari Damai di Hati

Bismillahirrahmanirahim
23 Jun 2011 (Khamis)

Assalamualaikum wkt

salam persahabatan, salam perkenalan dan salam 1 Malaysia wahai pengembara blog saya. terima kasih kerana telah mengembara di blog saya ini. emmm, rasanya agak-agaknya apa ya inti dalam 'mencari Damai di hati' yang akan saya utarakan di sini. kalian ingin mengetahuinya? kalau mahu, bacalah, jika anda mahu membacanya.

entahlah, mengapa ya hati, jiwa dan seluruh raga ini sepertinya berada dalam kedukaan. kadang-kadang saya tidak faham dengan diriku sendiri. saya seperti berasa asing dengan diriku sendiri. maka kerana kedukaan inilah saya mahu mencari damai di hati. apakah perkara terbaik yang kita akan lakukan sekiranya kita berada dalam kedukaan? tentu kalian akan terfikir tentang zikir, solat dan membaca al-Quran bukan? ya itu adalah sebaik-baik penawar di kala kita kesedihan.

ada banyak sebenarnya. selain perkara yang saya jelaskan tadi, membaca juga adalah langkah terbaik untuk menghapuskan kesedihan yang bermukim di hati kita. seterusnya bermuhasabah atau merenung diri. malah menulis juga turut membantu masalah ini. bagaimana dengan saya? adakah saya lakukan semua ini? hmmm tak perlulah saya menjawabnya kerana saya yakin dan pasti kita semua akan melakukan perkara yang berbeza ataupun sama.

hmmm, saya mahu tulis sajak di sini. nak baca? bacalah kalau anda mahu membacanya.

malam yang sepi
ku bertatih mencari
damai di hati
tatkala jiwa berlagu sendu
menusuk jauh ke sukma kalbuku.

sekian banyak halangan
sekian banyak lorong
sekian banyak pelabuhan
akhirnya aku sampai ke destinasi
yang terkadang
aku sendiri keliru
apakah ini damai yang ku cari
adakah ini damai yang ku nanti
walhal jiwa dan hatiku berperang sendiri
mencari jawapan yang entah betul entahkan tidak.

terkadang air mata kesedihan
berlabuh di lurah kedukaan
menyusuri lorong-lorong perjalanan
yang tak kurencanakan
akan terjadi sepanjang hidupku
dalam mencari kedamaian
yang abadi.

ku harap,
dalam pencarian ini
dalam perjalanan yang tak kurencana
aku dapat menemui
secebis ketenangan di hati
agar pulau kedukaan
akan bertukar menjadi
benua kegembiraan.

ku mencari damai di hati
tatkala ketakutan mengaburi diriku
tatkala kesedihan mencemburuiku
dari kegelapan yang bertandang di rumahku.

No comments:

Post a Comment