Bismillahirahmanirrahim
Apa khabar sahabat semua? Moga kita semua sentiasa dalam rahmat-Nya. Insya Allah, aminn. Sahabat, tidak lama lagi raya akan menziarahi kita. Yang berkerja akan balik kampung, bertemu dengan keluarga. Ya menunggu pula pasti teruja untuk menerima kepulangan keluarga tersayang. Saya? Ya siapa yang tak teruja sahabat sekalian. Tahun ini, 29 Jun 2017 abang saya akan kahwin jadi kami sekeluarga akan balik kampung. Sekarang ini tengah menunggu detik 26 Jun 2017, kerana keluarga saya yang ada di semenanjung akan balik bersama-sama di tanah kelahiran. Saya pun tidak terkecuali. Moga Allah SWT permudahkan perjalanan kami, Insya Allah, aminn.
Sahabat, Saya doakan agar kalian baik-baik sahaja, bahagia bertemu keluarga. Hati-hati balik kampung. Berhati-hati di jalan raya. Kita tidak tahu ajal kita tapi ajal pasti akan menjemput kita suatu masa nanti yang kita sendiri tidak mengetahuinya. Jadi, jangan lupa berdoa sebelum pulang ya.
Baiklah sampai di sini sahaja, Moga berjumpa lagi di lain waktu sahabat semua...salam,