Monday, February 18, 2013

Apa Yang Terucap Di Hati 3


 Hidup ini ibarat sungai yang mengalir lesu, airnya jernih hingga nampak dasarnya yang berbatu. Tetapi di sebalik kelesuan dan kejernihannya, ada kelodak yang saling bertindihan antara satu sama lain. Sentiasa menghakis tebing-tebingnya. Ia ibarat kehidupan kita, manusia tidak pernah lari dari melakukan kesilapan walau sekecil mana pun...itulah ketentuan Allah s.w.t.

Dunia ini bagaikan lautan kasih, ada kalanya dunia ini bagaikan pokok rendang tempat sang burung berteduh dari hujan manakala hidup ini umpama burung camar, yang terbang beriringan dan bebas di lautan yang luas. Mencari pantai untuk berteduh, adakalanya ia terbabas jauh ke tengah, sehingga sukar untuk mencari jalan pulang...

" Tuhan sudah memberikan yang terbaik untuk kita. Kerana itu, Jika kita tidak dapat memiliki apa yang kita inginkan, jangan terus kecewa. Carilah kebaikannya, jangan cari keburukannya dan carilah kegembiraan, jangan cari kesedihan. Siapa tahu, suatu hari nanti kita pasti akan mendapat yang lebih baik daripada yang kita inginkan itu. Sungguh, Perancangan Tuhan lebih hebat berbanding Perancangan kita sebagai Hamba-Hamba-Nya."

" Jika kita diberi dua pilihan, antara gelap dan cahaya maka pilihlah cahaya. Jika kita berada dalam kegelapan maka carilah sinar cahaya. Jika kita melalui lorong kegelapan maka pergilah ke lorong yang bercahaya Tapi Jika kita tidak menemui cahaya itu maka berdoalah pada-Nya supaya kita diberi petunjuk dan panduan dalam menempuh kegelapan."

Membaca mengajar kita erti berfikir, mendisiplinkan diri, menambah pengetahuan, menghargai, dan mendekatkan diri kepada Allah. Jangan sesekali berhenti kerana sekali berhenti, apa yang kita miliki pasti akan hilang pelahan-lahan menjadi debu dan untuk memulakannya kembali agaklah sukar. Lalu jadilah kita seperti jarum yang berkarat. Jika tersalah sentuh pasti kulit akan terluka.


 Nukilan: S. Hana AK

No comments:

Post a Comment