Dunia ini bagaikan lautan kasih, ada
kalanya dunia ini bagaikan pokok rendang tempat sang burung berteduh dari hujan
manakala hidup ini umpama burung camar, yang terbang beriringan dan bebas di
lautan yang luas. Mencari pantai untuk berteduh, adakalanya ia terbabas jauh ke
tengah, sehingga sukar untuk mencari jalan pulang...
" Tuhan sudah memberikan yang terbaik untuk kita. Kerana itu, Jika
kita tidak dapat memiliki apa yang kita inginkan, jangan terus kecewa. Carilah
kebaikannya, jangan cari keburukannya dan carilah kegembiraan, jangan cari
kesedihan. Siapa tahu, suatu hari nanti kita pasti akan mendapat yang lebih
baik daripada yang kita inginkan itu. Sungguh, Perancangan Tuhan lebih hebat
berbanding Perancangan kita sebagai Hamba-Hamba-Nya."
"
Jika kita diberi dua pilihan, antara gelap dan cahaya maka pilihlah cahaya.
Jika kita berada dalam kegelapan maka carilah sinar cahaya. Jika kita melalui
lorong kegelapan maka pergilah ke lorong yang bercahaya Tapi Jika kita tidak
menemui cahaya itu maka berdoalah pada-Nya supaya kita diberi petunjuk dan
panduan dalam menempuh kegelapan."
Membaca
mengajar kita erti berfikir, mendisiplinkan diri, menambah pengetahuan,
menghargai, dan mendekatkan diri kepada Allah. Jangan sesekali berhenti kerana
sekali berhenti, apa yang kita miliki pasti akan hilang pelahan-lahan menjadi
debu dan untuk memulakannya kembali agaklah sukar. Lalu jadilah kita seperti
jarum yang berkarat. Jika tersalah sentuh pasti kulit akan terluka.