Wednesday, April 3, 2013

Puisi Untuk Abang



Bismillahirahmanirahim

Abang, saya sayang abang
Sayang abang sepenuh hati saya
Walau abang sudah pergi
Namun abang sentiasa dekat di hati.

Abang saya sayang abang,
Walau abang jauh di sana
Dan tak akan kembali lagi
Tapi semangat abang tetap di sini
Menemani setiap nadi kehidupan saya.

Abang, saya sayang abang
Adakah abang menerima segala doa-doa
Yang saya kirimkan kepada Dia untuk abang?
Maafkan saya abang
Izinkan saya untuk merindui abang
Izinkan saya untuk mengingati abang.

Abang, alangkah rindunya saya dengan abang
Rindu pada kenangan kita
Rindu pada senyuman abang
Bang, izinkan saya untuk mendoakan abang
Mendoakan kesejahteraan abang di sana
Walau dunia kita sudah berbeza.

Bang, hati ini kekadang cemburu
Kenapa Allah memanggil abang awal sangat
Tidak seperti saya
Yang terpaksa meneruskan kehidupan
Bergelandangkan dosa-dosa
Yang terus menggunung dari masa ke masa.

Abang, saya tidak pernah lupakan abang
Seringkali potret comel abanglah
Yang menjadi penawar rindu
Tatkala saya menangisi kepergian abang.

Abang, kekadang hati ini berkata-kata
Bagaikan abang masih berada di sisi
Bagaikan abang masih ada di dunia ini
Di sebalik butiran bintang nun jauh di angkasa
Maafkan saya abang
Maafkan kami adik-adikmu
Sesungguhnya kami tidak pernah menjangka
Penyakit abang itu adalah petanda
Abang akan meninggalkan kami.

Abang, saya sayang abang
Sayang abang sepenuh hati saya
Moga abang bahagia di sana
Menjadi penghuni salah satu syurga Illahi.

# Bicara ini kutujukan khas kepada abang-abang saya yang telah pergi menghadap Illahi. Sesungguhnya kehilangan mereka mengubah hidupku. Dunia ini ada kepahitan, dunia ini ada kemanisan.  Bersedialah dalam mengharunginya.








Monday, February 18, 2013

Apa Yang Terucap Di Hati 3


 Hidup ini ibarat sungai yang mengalir lesu, airnya jernih hingga nampak dasarnya yang berbatu. Tetapi di sebalik kelesuan dan kejernihannya, ada kelodak yang saling bertindihan antara satu sama lain. Sentiasa menghakis tebing-tebingnya. Ia ibarat kehidupan kita, manusia tidak pernah lari dari melakukan kesilapan walau sekecil mana pun...itulah ketentuan Allah s.w.t.

Dunia ini bagaikan lautan kasih, ada kalanya dunia ini bagaikan pokok rendang tempat sang burung berteduh dari hujan manakala hidup ini umpama burung camar, yang terbang beriringan dan bebas di lautan yang luas. Mencari pantai untuk berteduh, adakalanya ia terbabas jauh ke tengah, sehingga sukar untuk mencari jalan pulang...

" Tuhan sudah memberikan yang terbaik untuk kita. Kerana itu, Jika kita tidak dapat memiliki apa yang kita inginkan, jangan terus kecewa. Carilah kebaikannya, jangan cari keburukannya dan carilah kegembiraan, jangan cari kesedihan. Siapa tahu, suatu hari nanti kita pasti akan mendapat yang lebih baik daripada yang kita inginkan itu. Sungguh, Perancangan Tuhan lebih hebat berbanding Perancangan kita sebagai Hamba-Hamba-Nya."

" Jika kita diberi dua pilihan, antara gelap dan cahaya maka pilihlah cahaya. Jika kita berada dalam kegelapan maka carilah sinar cahaya. Jika kita melalui lorong kegelapan maka pergilah ke lorong yang bercahaya Tapi Jika kita tidak menemui cahaya itu maka berdoalah pada-Nya supaya kita diberi petunjuk dan panduan dalam menempuh kegelapan."

Membaca mengajar kita erti berfikir, mendisiplinkan diri, menambah pengetahuan, menghargai, dan mendekatkan diri kepada Allah. Jangan sesekali berhenti kerana sekali berhenti, apa yang kita miliki pasti akan hilang pelahan-lahan menjadi debu dan untuk memulakannya kembali agaklah sukar. Lalu jadilah kita seperti jarum yang berkarat. Jika tersalah sentuh pasti kulit akan terluka.


 Nukilan: S. Hana AK

Sunday, February 10, 2013

Apa Yang Terucap Di Hati 2


Belajarlah dengan kehidupan, sebelum kehidupan membelajarkan kita.

" Jika kita ingin melihat diri kita, bersikap positiflah terhadap kritikan orang lain."

Pertelingkahan adalah racun dunia. Bermaafan adalah penawarnya.

Dunia semakin tua. Manusia semakin muda.

Manusia hanya pandai membangunkan tapi tidak pandai memikirkan

Apabila kalbu, jiwa, hati dan akal berbicara, itulah tandanya ujian dunia menziarahi kita.

"Kebaikan itu hanya akan menjadi baik jika kita melakukannya tanpa inginkan pujian."

Kita perlu memikirkan akhirat ketika kita menentukan kehidupan di dunia ini.

" Sikap jujur itu untuk sepanjang zaman. Bukan untuk waktu-waktu yang tertentu."

" Semua orang boleh menulis, tapi semua orang tidak mampu menulis takdir Illahi."



Nukilan: S. Hana AK