Thursday, June 23, 2011

Mencari Damai di Hati

Bismillahirrahmanirahim
23 Jun 2011 (Khamis)

Assalamualaikum wkt

salam persahabatan, salam perkenalan dan salam 1 Malaysia wahai pengembara blog saya. terima kasih kerana telah mengembara di blog saya ini. emmm, rasanya agak-agaknya apa ya inti dalam 'mencari Damai di hati' yang akan saya utarakan di sini. kalian ingin mengetahuinya? kalau mahu, bacalah, jika anda mahu membacanya.

entahlah, mengapa ya hati, jiwa dan seluruh raga ini sepertinya berada dalam kedukaan. kadang-kadang saya tidak faham dengan diriku sendiri. saya seperti berasa asing dengan diriku sendiri. maka kerana kedukaan inilah saya mahu mencari damai di hati. apakah perkara terbaik yang kita akan lakukan sekiranya kita berada dalam kedukaan? tentu kalian akan terfikir tentang zikir, solat dan membaca al-Quran bukan? ya itu adalah sebaik-baik penawar di kala kita kesedihan.

ada banyak sebenarnya. selain perkara yang saya jelaskan tadi, membaca juga adalah langkah terbaik untuk menghapuskan kesedihan yang bermukim di hati kita. seterusnya bermuhasabah atau merenung diri. malah menulis juga turut membantu masalah ini. bagaimana dengan saya? adakah saya lakukan semua ini? hmmm tak perlulah saya menjawabnya kerana saya yakin dan pasti kita semua akan melakukan perkara yang berbeza ataupun sama.

hmmm, saya mahu tulis sajak di sini. nak baca? bacalah kalau anda mahu membacanya.

malam yang sepi
ku bertatih mencari
damai di hati
tatkala jiwa berlagu sendu
menusuk jauh ke sukma kalbuku.

sekian banyak halangan
sekian banyak lorong
sekian banyak pelabuhan
akhirnya aku sampai ke destinasi
yang terkadang
aku sendiri keliru
apakah ini damai yang ku cari
adakah ini damai yang ku nanti
walhal jiwa dan hatiku berperang sendiri
mencari jawapan yang entah betul entahkan tidak.

terkadang air mata kesedihan
berlabuh di lurah kedukaan
menyusuri lorong-lorong perjalanan
yang tak kurencanakan
akan terjadi sepanjang hidupku
dalam mencari kedamaian
yang abadi.

ku harap,
dalam pencarian ini
dalam perjalanan yang tak kurencana
aku dapat menemui
secebis ketenangan di hati
agar pulau kedukaan
akan bertukar menjadi
benua kegembiraan.

ku mencari damai di hati
tatkala ketakutan mengaburi diriku
tatkala kesedihan mencemburuiku
dari kegelapan yang bertandang di rumahku.

Monday, June 6, 2011

Terima Kasih Teman

Terima Kasih Teman
kerana memberikan aku sahabat
kerana memberikan aku kehidupan
kerana memberikan aku kekuatan
kerana memberikan aku kelemahan

Terima Kasih Teman
kerana membuatkan aku tahu
bahawa hidup ini perlukan kebijaksanaan
kerana membuatkan aku sedar
bahawa dunia ini memerlukan kasih sayang
kerana membuatkan aku insaf
bahawa alam ini juga punya hak seperti manusia
kerana membuatkan aku faham
bahawa cinta itu hanya untuk teman hakiki

Terima kasih Teman
kerana keranamu aku menjadi aku
kerana keranamu aku menjadi aku
kerana keranamu aku menjadi aku
benar kalammu
semuanya telah engkau sediakan
maka nikmat manakah lagi yang kami dustakan.

TERIMA KASIH TEMAN.
TERIMA KASIH.

S. Hana AK
Kuala Lumpur
2.22 Pm
8 June, 2011 (Selasa)