Monday, July 5, 2010

INIKAH MERDEKA

Sekian lama kisah hitam dipinggirkan
Deritalara dari pucuk penjajahan
Lalu negara bangkit dari kemusnahan
Menghakis lamunan yang panjang
Menuju ke arah pembangunan.
Dan hari ini negara sudah buktikannya
Yang dulunya mundur, bangkit menegakkan sayap kemajuan


Tapi, merdekakah rakyatnya!
Sedang anak muda khayal dengan nafsu nafsi sendiri
Sedang generasi hari ini
Leka bertuankan orang barat
Malah tidak tahu erti malu bila bernegara dengan mereka
Yang katanya lebih hebat, Lebih maju,
Yang katanya lebih intelek, Lebih pangkat
Sehingga budaya dan negara sendiri dilupakan.


Inikah yang dinamakan merdeka.
Merdeka yang bebas
Merdeka yang aman
Merdeka yang telus
Inikah...inikah dia merdeka.
Sedang mereka sebenarnya jahil
Bahawa hidup masih terrantai
Dengan penjajahan sendiri. Penjajahan syaitan..
Nafsu nafsi masih berkumandang
Meliuk dalam jasad dan fikiran.


Wahai saudara-saudaraku
Dengarkan kata-kataku ini
Kata-kata seorang fakir miskin
Buat saudara-saudaraku yang tahu berfikir
Marilah, marilah
Kita cari jalan kebenaran
Kita bina erti kemerdekaan sebenar.


S. Hana Ak
220807
4.27 pm ( Rabu )
Khar...

No comments:

Post a Comment