Monday, September 28, 2009

PUISI KEPADA SEORANG SAHABAT

HARAPANKU KITA MASIH SETIA


Semalam, 8 febuari 2007
Masih kudengar suaramu
Halus, tegas, memecah gegendang telingaku
Masih jelas di mataku
Senyuman manis terukir di bibirmu
Kau menyapaku dengan suaramu yang merdu.


Semalam
Kita ketawa bersama
Melihat langit tanpa temannya
Kita berganding, selangkah bersama
Menuju ke tempat yang dituju
Di atas jalan yang dipenuhi
neon-neon gemerlapan
Tanpa bintang tanpa bulan.


Pagi ini, 9 febuari 07
Kita pentingkan diri sendiri
Tiada tawa riang seperti semalam
Yang ada hanyalah bunyi desiran dari geselan
kerusi hijau mengena tubuh kita
kita pusatkan mata
pada kertas dan soalan yangt diberikan
kita bukakan otak dan fikiran
dalam merangka jawapan
dan akhirnya dengan senyuman puas
kita tinggalkan segalanya dalam kenangan.
Malam ini, 9 febuari 07
Senyuman dan tawa riang seakan-akan terhenti
Tiada lagi pekikan suara halus
Tiada lagi jeritan tapak kaki
Semuanya telah bertukar dengan alat elektronik
Milik kita berdua.
Kau menyapaku dalam ketegasan
Aku menjawabmu dalam kebingungan.



Segalanyaa telah berubah kini
Sekelip mata,
Sehingga kadang kala aku terfikir
Siapa sebenarnya kita?
Apa makna kisah semalam?
Namun ia agak sukar ku selesaikan.



Esok dan lusa
Mungkinkah antara kitaakan
terjadi jurang kehidupan
mungkinkah antara kita
bibit-bibit kemesraan akan kelihatan
mungkinkah antara kita masih
seperti dulu.
Ketawa, bergurindam, berseloka, bersyair, bersajak
Kemudian bersendirian dalam hala tuju masing-masing.
Ataupun itu semua hanyalah kenangan silam.

Aku tidak pasti
Dan kau pun tidak akan tahu
Hanya keadaan yang menentukan
Tunggulah hari esok
Harapanku kita masih setia.


Nukilan: S. Hana Ak
090207
8.57 pm ( Jumaat )
Khar...



JAWAPAN KISAH SEMALAM


Kita masih setia
Senyuman terukir di bibir rasa
Mesra menguntum keriangan
Sengketa duka luput dalam sejarah


Namun pastikah kita
Kita masih setia
Seperti dulu
Ya, seperti dulu
Sejarah duka tak akan kembali
Membenam benih-benih perjuangan


Untuk itu
Aku layangkan puisi ini
Padamu. Supaya kau lebih
Mengerti
Ya, supaya kau lebih mengerti
Tentang kisah semalam.


Hari ini dan esok
Tidak kurencanakan
Ianya berjalan seperti biasa
Yang selalu kita lalui
Hanya bezanya
Engkau tidak bersamaku
Menguntum pelangi-pelangi berwarna
Dan mendaki lurah-lurah
Bukit kehidupan


Harapanku kita tetap bersama
Menjadi apa yang ingin kita jadi.


S. Hana Ak
090407 ( Monday )
KHAR

No comments:

Post a Comment