Wednesday, September 9, 2009

diari kehidupan 7

Assalamualaikum....
pada 9 september 2009 (rabu) ni saya pergi kuliah pada jam 10.oo pagi...kuliah pedagogi Bm. selalunya pukul 11 tapi kerana jalan raya tiada gangguan maka pensyarah suruh kami mula kuliah jam 10. nak dijadikan cerita...ada cerita ni. terbaru dari hidup saya...semalam saya tidur pukul 12 malam. sahur pukul 5.31 pagi. lepas solat tidur balik. tapi biasalah tidur ayam. kejap bangun kejap tidur. dalam hati dah confirmkan akan bangun pukul 10 lagipun kuliah pukul 11. pukul 9.45 am...tiba-tiba terasa nak bangun juga n p mandi. pas tu tetiba bunyi handset saya berbunyi. kawan saya Asuani telefon. dia beritahu kuliah mula pukul 10 kat tadahan selatan 4b. apa lagi gemuruh di dada dah melanda da. eseh napa tak bagitau awal lagi. ni baju dah lah tak berseterika. tudung pun sama.
nasib baiklah dah mandi. kalau tak mandi kerbau lah kenanya. bersiap punya bersiap terus pergi kat perhentian bas. bas pula memanglah dah tersedia tapi mau jalan tu lambat sangat. saya berapa kali tengok jam. sampai kat kuliah pensyarah dah lama mula. apalagi gelabalah cari tempat duduk. yes nasib baik ada kerusi kosong kat belakang sekali. sebenarnya masa tu saya rasa pakaian saya macam badut di sarkas. lintang pukang. saya tak tau licin ke baju yang saya pakai ni. saya iron tak ingat dunia. yelah gabrah kan. tapi bila sampai kat kelas pura-puralah gabra padahal gabrah saya tu dah lama hilang. cuma malu sikit lah.
lepas kuliah habis tu saya pergi ke makmal. kat sana kawan-kawan saya tunggu untuk perbincangan Reka bentuk pukul 5 petang ni. pukul 5 petang saya n kawan-kawan saya ni yang saya panggil Didi, Azwa dan Ezaq akan mengajar tentang IT. ala untuk kursus reka bentuk. dapat markah tau. sedia punya sedia gemuruh pula yang melanda. tapi perasaan tak sabar nak bentang pun ada.
hah, time mengajar atau bentang crouse way ni lah yang interesting ni.kami ajar input dan output device. masa mengajar tu macam jadi guru sebenar pun ada. aktiviti kami pun menarik dan luar biasa sikit.cuma yang saya hairannya bila kami bentang orang ketawa. bukannya kami buat lawak pun. pun ada juga yang ketawa. hai...dunia-dunia. ehemmm lega hati bila dah selesai bentang tapi lepas ni otak pula yang sakit bila ingat tugasan yang terkumpul dan belum dibuat.
habis saja kuliah Reka Bentuk tu ...baliklah...apa lagi kan. beli makanan untuk buka puasa n lepas tu terus balik. emmmm....hidup ini sebenarnya indah bila kita menghargainya. masa itu adalah suatu waktu yang amat bermakna bagi kita. hidup ada kalanya membahagiakan dan adakalanya membahayakan. oklah...sampai sini saja diari kehidupan saya hari ni. di lain masa akan ada lagi yang menyusul. salam....Hanako.

No comments:

Post a Comment