syukur alhamdullilah. saya akhirnya dapat menjalani kursus pra perkahwinan yang diadakan pada 6&7 september. dan saya juga bersyukur kerana Allah masih menghidupkan saya untuk menjalani ibadah puasa pada hari ini. walaupun letih namun saya masih dapat bertahan. emmm amacam kursus perkahwinan tu....bestlah. semua penceramahnya memang bagus dan lucu. di sudut hati saya juga turut melahirkan perasaan gembira kerana kawan saya yang sudah lama balik kampung akhirnya balik kat kolej ini. panjang umur dia noh. minggu lalu saya dan kawan-kawan yang lain menjalani ujian speaking. adoh..bantai jelah. tapi tajuk saya senang je pasal siapa idola. saya jawablah A.Samad Said. yelah Rasulullah memanglah idola kita sampai akhir hayat namun takkanlah nak bagitau. ikut kesesuaian lah bah. oh ya, sabtu ni saya akan balik kat umah kakak kat KL sebab nak jumpa doktor.
seribu perjalanan dimulakan dengan satu langkah. saya pasti suatu hari nanti akan ada suatu kenikmatan dalam hidup ini. mungkin ianya tak nampak atau mungkin kita akan menyedarinya. hidup ini sebenarnya suatu ketentuan antara rentapan dan kemahuan. siapa yang tak inginkan kejayaan dalam kehidupan. di mata Allah hanya orang yang berjaya sahaja yang mencapai cintanya. hmmm...k sampai kat sini jelah. nanti sambung lagi...Hanako
No comments:
Post a Comment