Saturday, September 19, 2009

diari kehidupan 15

bismillahirahmanirahim...
19 september 2009 (Sabtu)

hari ini mungkin adalah ramadhan yang terakhir bagi seluruh umat islam di seluruh dunia yang sama waktu dengannya. esok raya dah...kalau raya lah. kalau penyampai mohor raja-raja mengumumkan tarikh raya adalah esok. kalau tidak terpaksalah berpuasa lagi esok.
dan biasalah, saya kesorangan di rumah waktu ini. tiada teman. kalau ada pun rumah lain-lain. susah juga pergi menzairahi mereka disebabkan sifat malas yang membelenggu diri ini. mudah-mudahan wireless ada sepanjang cuti seminggu ni. taklah bosan sangat. takkan nak menghadap assignment saja sepanjang cuti satu minggu ni. naik biul otak nanti.
oh ya...saya lupa pula pasal burung-burung yang selalu menginap di tingkap-tingkap rumah kami dan tingkap rumah yang lain. mereka sajalah penghibur hatiku di kala ini. bila waktu malam mengundang datang maka berduyun-duyunlah hamba Allah yang kecil-kecil tapi kaya dengan budi itu terbang hinggap di tingkap rumah. suara kicauan mereka kadang-kadang seakan-akan suara melodi muzik yang indah dan merdu didengar.
kemudian bila subuh menjelma burung-burung itu akan pergi mencari makanan dan mungkin juga menikmati keindahan ciptaan-Nya. begitulah setiap hari. sebenarnya burung-burung ini semua sudah ada sejak awal sem lagi ataupun mungkin lebih awal dari itu. kadang-kadang burung itu akan masuk ke dalam rumah dan kami terpaksa membawanya keluar.
kalau boleh saya mahu mereka tinggal di situ hingga ke akhir hayat. selagi denyut nadi ini berdegup selagi itulah saya akan melihat kehidupan mereka semua. selagi nafas ini tidak berhenti selagi itulah saya akan mengasihi dan menyayangi mereka. keindahan dunia bukan sahaja datang dari manusia tapi binatang-binatang seperti mereka juga adalah hiasan duniawi.
baiklah....hari ini saya terperap saja di rumah. melayari internet dan membuat assignment. masa raya tu tengoklah nak nangis ke tak. tak kot...macam mana nak menangis kalau di rumah ni hanya saya seorang sahaja. uhhh taksub ko ni sujana. jangan cakap begitu nanti Tuhan marah. ish saya bukan nak egokan diri....hmmm macam mana perasaan orang yang tidak pernah beraya ya. sedih ke atau biasa saja. tengoklah nanti. saya juga akan merasai perasaan itu semua.
okeylah...saya hentikan diari ini setakat ini sahaja. sampai jumpa lagi wahai diri dan anda semua..Assalamualaikum...Hanako.

No comments:

Post a Comment