Friday, September 25, 2009

diari kehidupan 16

Bismillahirahmanirahim...
25 september 2009 (Jumaat)
sekarang sudah hampir seminggu saya tidak menulis sesuatu di blog ini. bukannya apa cuma internet di rumah dua tiga hari yang lalu tak boleh masuk jadi tak dapatlah saya melayari internet pada masa itu. nasib baik malam ini boleh masuk.tapi saya bersyukur sebab sepanjang wireless tak ada itu saya dapat buat assignment saya hingga hampir selesai. kira mau siap sudahlah. hari ni boleh rehatkan otak sikit. sikit saja bukan banyak k.
sepanjang seminggu ini petang-petang saya kerap keluar di balkoni rumah untuk melihat pemandangan di luar ketika senja mengundang datang dan pergi. saya suka tengok pemandangan ketika tiba mentari menyusupkan badannya di celah-celah bukit bukau yang merentangi daerah tanjong Malim ini. sungguh indah sekali. Syukurlah Allah datangkan saya ke dunia ini untuk melihat dan menonton kekuasaan-Nya. saya tidak kesal dilahirkan ke dunia. malah saya gembira kerana saya dapat menghidu bau dunia. mereka yang paling malang adalah kawan-kawan yang seangkatan dengan kita ketika kita masih di rahim ibu kita. bayangkan mereka tidak dapat melepasi pagar besi yang kukuh supaya mereka dapat menembusi rahim ibu kita. akhirnya kita juga yang juara. melepaslah kawan-kawan kita untuk melihat dunia ini. mengecapi kenikmatan hidup. kasihan bukan. namun apakan daya. dah takdir mereka begitu.bagaimana kalau bukan kita yang melepasinya. adakah seorang yang bernama 'aku' berada di dunia ini? pastilah orang lain bukan.
tapi walaubagaimanapun syarat kita lahir di dunia mestilah untuk memnghambakan diri kepada Pencipta. nilahlah yang buat saya berfikir seribu kali ni. bukan fikir negatif tapi positif ya. jadi saya kenalah bersedia untuk melangkah ke alam yang lain. bila fikir balik tentang kawan-kawan kita kat rahim ibu dulu tu macam sedih pula. yelah dahlah diorang tak jadi juara malah tak dapat merasai alam dunia dan akhirat pula. tapi diorang mungkin adalah yang paling beruntung. yang beruntung tu korang dan saya fikir sendirilah ya.
uhhh...semalam saya nampak bulan sabit dan sebutir bintang di awan yang hitam sederhana. mungkin bintang itu bintang kejora. saya suka tengok kedua hamba Allah ini bersama. cantik dan saya kagum dengannya. Subahanallah....petang tadi pun saya tak melepaskan peluang untuk melihat awan senja menabiri hamparan langit yang sudah mula menutup tirainya. juga melihat cahaya mentari yang menyinar galak di celah-celah awan gemawan yang memantulkan pelbagai warna alam. ada kuning, ada kelabu dan macam-macam lagi. sebenarnya ini sajalah kerja saya sepanjang cuti. yelah tiada kerja kan. jadi bagus nikmati dan hayati alam . mana tahu dapat ilham. memang pun sebahagian ilham akan datang daripada alam.
hari ni saya memang duduk di rumah saja seperti hari-hari yang lain. buat kerja, tidur, makan, dengar lagu kegemaran, jalan-jalan di ruang tamu, dan macam-macam lagilah. dan pukul 9 malam tadi saya dengan kawan saya turun bawah. maklumlah hari ini kan Nur...Nur..Nur kasih...tengok-tengok lain pula cerita yang keluar. adoiii...kecewa my heart. apa lagi kami pun balik rumahlah. kawan saya tu saya tengok taklah kecewa sangat sebab dia jarang tengok Nur Kasih. yang jadi masalahnya sayalah. hatiku seperti terbang melayang-layang tak dapat tengok drama favoriteku itu. ish bukanlah favorite sangat tapi bolehlah dikatakan favorite.
nasib baik bila saya buka internet ...yes terus dapat. syukur pada Allah. bolehlah saya melayari internet kali ni dan menulis di blog. ini pun mungkin karang tiada internet sudah.
mak aii...panjang juga diari saya kali ini. baiklah..saya tamatkan diari saya kali ini cukup setakat ini. semoga bertemu di kiasah yang lain. salam dariku untuk diri sendiri dan anda semua...salam...Hanako

No comments:

Post a Comment