Monday, September 14, 2009

Bicara kehidupan

Okey…sekarang ni kita bercakap pasal lagu yang ada dalam blog saya ni. lagu yang pertama ialah cari pasangan kan dari kumpulan Rabani. Kenapa saya pilih lagu ni? macamlah tiada lagu lain….biasalah saya lakukan sesuatu kerana ada tujuan. Tujuan saya memilih lagu ni kerana uhhh korang baca lirik dan hayati liriknya dulu. Baru korang tahu. Bila kita cari pasangan tak kira kekasih ke atau suami atau isteri, kita carilah dengan betul-betul. jangan cari pasangan yang membawa kita ke dalam kehidupan dunia tapi carilah pasangan yang membawa kita ke alam akhirat. Insya Allah…bila keikhlasan menodai diri kita pasti Allah akan memudahkan pencarian kita. ei…sujana ko ni pandai cakap saja tapi tak pandai buat. Jangan pandai nasihat orang saja tapi ko tak nasihat diri kau sendiri....Insya Allah jika diizinkan oleh-Nya…saya juga akan mencari pasangan saya yang betul-betul.

Dalam mencari pasangan mestilah kita kena berkorban kan…begitu juga ngan kehidupan…kita kena berkorban apa sahaja ketika menyusuri lorong kehidupan kita. ingatlah harta yang paling berharga kepada kita ialah iman kita di dunia dan nyawa kita. berkorban merupkan suatu sifat yang mulia. Berkorban harta dan nyawa demi agama dan bangsa adalah tunjang kepada kebahagian hidup di dunia dan akhirat. Inilah tujuan saya yang kedua mengapa saya menggarapkan lagu berkorban apa sahaja ini. Insya Allah..saya juga akan mempraktikan lagu ini dalam kehidupan saharian saya.

Bagaimana pula dengan lagu yang ketiga…layar keinsafan dari kumpulan mestica. ya…manusia..dunia ini dipenuhi oleh manusia. Manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan. Manusia yang selalu alpa dengan perintah tuhan. Bila ujian dan cabaran datang baru sedar. Itupun kalau sedar sepenuhnya. Kalau tak sedar juga walaupun Allah sudah bagi peluang tak taulah. Saya juga tidak lepas dari melakukan kesilapan. Saya juga manusia biasa. Hamba Allah yang kerdil. Jadi kita sama-sama muhasabah diri kita sejauh mana keikhlasan kita hidup bertuhan Allah. Semua manusia dikurniakan otak yang mencerna akal bukan. Oleh itu kita berfikirlah dahulu sebelum melakukan sesuatu kerana ingat bahawa kebenaran itu pasti akan datang.

Apa yang saya maksudkan di sini ialah kematian. Kematian akan datang bila-bila masa. Masa inilah semua amal kita di dunia akan dihitung. Saya pernah terfikir mengapa Allah tidak mengampunkan dosa manusia setelah berada di alam barzakah. Mengapa manusia dihukum juga walaupun manusia sudah meminta ampun dari-Nya?semestinya ada hikmah di sebalik itu semua. Oleh itu kita beringatlah sebelum kebenaran yang reality itu datang. Berdoalah pada Allah semoga Dia memberi petunjuk kepada kita dan memimpin kita ke jalan yang benar. Saya minta maaf jika kata-kata saya ini membuahkan perasaan benci anda kepada hamba Allah ini. saya mahu anda semua tahu bahawa saya turut masukan diri saya ke dalam ruang perbicaraan ini. ingatlah lagu nasyid kumpulan far east iaitu menanti di alam barzakh.

Sebenarnya untuk menuju ke alam akhirat sebenarnya amat mudah jika kita punya keikhlasan terhadap Allah. Bukan saya katakan yang diri saya ini akan termasuk ke dalam golongan yang dijanjikan syurga oleh Allah. saya pun belum tentu akan memasuki rumah tersebut. Beramal ibadat ketika malam berlabuh, ketika bulan dan bintang menjelma dan ketika kesunyian mengundang datang adalah sesuatu amalan yang mulia dan baik. Waktu malam merupakan waktu yang paling baik untuk kita muhasabah diri kita dan beramal ibadat. Bagi seorang penulis waktu tengah malam adalah waktu yang paling baik untuk menulis kerana pada masa itu ilham akan datang mencurah-curah. Namun bukanlah bermakna waktu siang itu tidak membawa apa-apa erti. Beribadaat ini adalah umum. Ia boleh dilakukan di mana-mana. Hah..inilah perkara yang saya salami dari lagu anak dara rindu nyanyian P. Ramlee.

Baiklah...sudah sampai masanya saya mengundur diri. Terima kasih kerana mengambil kata-kata saya ini dengan pandangan positif. Jika negative pun saya redha kerana saya saja berkongsi idea ini untuk anda semua. Salami makna kata-kata azimat di bawah ini.

“ hidup di dunia berteraskan cita-cita kita tapi hidup di akhirat bertiangkan keimanan kita di dunia.’
Asalamualaikum….Sujana K.

No comments:

Post a Comment