Bismillahirrahmanirrahim
Wahai jiwa yang
menyenangkan aku
moga engkau bahagia di
sana
menjalani hidup dengan
iman dan takwa
merentasi liku dengan
penuh kebijaksanaan.
Wahai jiwa yang
menyenangkan aku
gembirakan hatimu, usah
berduka
carilah kegembiraan,
jangan cari kesedihan
kerana dunia ini bukan
untuk ditangisi
percayalah wahai diari
jiwaku
jalan kebahagiaan amat
luas terbentang
jika kita berani
mengharunginya.
Wahai jiwa yang
menyenangkan aku
maafkan aku atas khilaf
diriku
ku mohon engkau
mengerti
aku hanya mahukan sedikit
penghormatan
hakku sebagai seorang
wanita
sebagai seorang umat Rasulullah
kerana ingin ku jadikan
diriku seperti
Khadijah mahupun Aisyah
ataupun Fatimah
yang mendambakan redha
dan cinta sejati
daripada Allah dan
wildan yang menjadi
bidadaranya di dunia dan akhirat.
bidadaranya di dunia dan akhirat.
Wahai jiwa yang
menyenangkan aku
jika kita temukan jalan
hidup
maka berdoalah pada-Nya
moga doa kita serupa
moga permintaan kita
serupa
moga harapan kita
menjadi kenyataan
tidak di dunia, mungkin
di akhirat sana
insya Allah, aminnn
S. Hana AK
No comments:
Post a Comment