Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum sahabat
semua. Semoga kalian sentiasa bahagia. Malam ini seperti malam-malam yang sudah
dan seperti hari-hari yang sudah, saya terkenang arwah ibu. Hari ibu sudah
beberapa hari berlalu. Pasti anak-anak akan mengucapkan kasih sayang mereka
terhadap ibu mereka masing-masing. Ketika kalian meluahkan kasih sayang kepada
ibu, saya hanya berdiam diri. Hanya tersenyum di hati. Saya tidak menyambut hari
ibu kerana bagi saya sayang saya terhadap ibu saya adalah setiap hari. Ibu pula sudah lama pergi. Ketika umur saya 10
tahun, ibu meninggalkan saya dan adik-beradik tanpa sempat saya menatap
wajahnya di akhir nafasnya.
Masih segar dalam ingatan ini bagaimana peristiwa itu berlaku. Saat mengucup wajah sejuk ibu buat kali terakhir, saya tahan air mata. Saya pandang puas-puas wajah bersih ibu sebelum disemadikan. Saya pandang orang-orang sekeliling. Masing-masing bermuka pilu. Ramai yang terasa kehilangan ibu. Sangat ramai. Masing-masing meratapi kepergian ibu buat selama-lamanya. Di mana-mana saya akan dengar kata-kata ini dibualkan oleh para-para ibu di dapur sana. Mata masing-masing berwarna merah.

“ Kesian, kecil-kecil dah
hilang mak. Mariana, kenapalah kau pergi awal sangat? Anak-anak kau masih
kecil.”
Saya jalan ke arah lain,
terdengar tangisan ayah memecah gegendang telinga ini, di sebuah kamar sepi. Beberapa kali nama ibu disebut berulang-ulang.
Saya kalih ke arah lain, terpandang abang yang sedang memeluk tubuh, air
matanya sudah banyak keluar. Kemudian saya pergi semula ke ruang tamu. Melihat suasana
yang sungguh memilukan saya. Saat ibu diusung keluar ke tanah kubur, semakin
ramai yang menangis. Suasana itu sungguh memilukan.
Tapi saya tahan air mata. Sudah diputuskan, saya tak mahu menangisi kepergian ibu. Namun dua hari berikutnya, saya berasa sunyi. Tiada lagi kata-kata berupa mengambil berat daripada orang-orang di sekeliling. Sungguh sunyi. Ketika itulah saya teringatkan arwah ibu. Dan malam itu saya menangis keseorangan. Sungguh saya rindukan ibu. Saya rindukan ibu. Saya rindukan dia ya Allah. Kali terakhir saya jumpa ibu adalah sebulan sebelumnya di wad Hospital Tambunan.

“ Ana, jangan pergi main. Kalau
sakit siapa yang nak jaga. Saya pun tengah sakit. Tak dapat tengok kamu. Ambil
kuih bulan dalam almari tu. Makan.” Saya pergi ke kabinet yang ditunjukkan ibu.
“ tak apalah mak. Nanti saya
belikan dia makanan di luar nanti.” Kata-kata abang membantutkan perbuatan
saya. Saya pulang ke rumah dengan wajah gembira dapat jumpa ibu. Kemudian Ibu
dihantar ke Hospital lain di Kota Kinabalu. Saya tidak dapat lagi jenguk ibu
hinggalah Ibu dibawa pulang dengan ambulan dalam keadaan, Ibu berjumpa dengan
Allah SWT. Nasihat ibu itu saya ingat hingga hari ini. Tidak akan pernah lupa. Saya
sungguh rindukan dia.
Ibu, walaupun hanya sepuluh
tahun Ibu berjasa kepada saya tapi bagi saya jasanya tak mampu di balas. Dia seorang
wanita dan ibu yang terbaik. Siapapun manusia dunia ini pasti akan menyatakan
ibu adalah wanita yang terbaik. Setiap anak pasti akan menyatakan ibunya adalah
wanita dan ibu yang terbaik. Dia wanita gigih, tabah, dan sabar dalam
mengharungi ujian Allah SWT. Ibu sanggup korbankan dirinya semata-mata melihat
kami hidup sihat.
Ibu sembunyikan penyakitnya bertahun-tahun semata-mata mahu melihat kami anak-anaknya membesar dengan riang. Ibu berkerja keras membanting tulang, berkebun dan melakukan perkerjaan di sana sini tanpa penat lelah, semuanya kerana kami, anak-anaknya. Ya Allah, bila ingat balik betapa besarnya pengorbanan ibu, saya akan menangis mengingatinya. Ibu sanggup berjaga malam semata-mata mahu memastikan kami makan ubat apabila anak-anak ibu yang ramai ini tiba-tiba diserang demam sekaligus. Ya Allah, masih ingat peristiwa itu. Aku ingat Ya Allah, bagaimana Ibu bangunkan saya dengan nada yang lembut:

“ Ana, bangun Na. Makan ubat
ni.”
Suara ibu sungguh Indah.
Cinta Ibu pada anak-anaknya sangat tinggi. Sangat agung seperti mana cinta Ibu
pada ayah. Begitu juga cinta Ibu pada Allah SWT sangat agung. Kenangan bersama
Ibu sudah lama berlalu. Hanya doa yang mampu ku hadiahkan buat ibu. Semoga Ibu
bahagia di sana. Semoga Allah SWT mengasihi Ibu seperti mana Ibu mengasihi kami
selama ini. Memang begitu banyak kenangan saya bersama ibu. Semuanya saya
simpan di hati yang paling dalam.
Sahabatku sekalian, saya mohon doanya kalian dan sedekahkan
al-Fatihah kepada arwah ibu saya (Mariana Gidong) dan ayah saya (Kondorid
Umbak) serta seluruh kaum muslimin dan mukminat di dunia ini sama ada yang
masih hidup atau yang sudah meninggal dunia. Semoga dengan doa kita semua, moga
mereka beroleh ketenangan dan kebahagian di sisi Allah SWT.
Ibu, saya sayang ibu
Sayang ibu sepenuh hati
saya
Walau dunia kita berbeza
Tapi ibu tetap di hati
saya.
Ibu, saya sayang ibu
Ibulah syurgaku
Ibulah redhaku
Ibulah segala-galanya
bagiku.
Ibu, izinkan saya berdoa
untuk ibu
Izinkan saya untuk
mendoakan
Kebahagiaan ibu di sana
Izinkan saya untuk
merindui ibu
Dan izinkan mata ini
bertemu ibu
Walaupun hanya di alam
mimpi.
Ibu, saya sayang ibu
Maafkan saya ibu
Maafkan segala kesilapan
saya
Maafkan saya.
Ibu, doa saya akan
sentiasa mengiringi ibu
Walau ibu jauh di sana
Walau kita tak pernah lagi
bersua
Tapi cinta dan kasih saya
pada ibu
Akan tumbuh subur untuk
selamanya.
Walau jasad saya di sini,
di dunia ini
Tapi doa saya tetap setia
menemani ibu.
Ibu, akan kudoakan Ibu
Keselamatan ibu
Kebahagiaan ibu
Akanku mohon pada Allah
Agar ibu gembira di sana
Menjadi penghuni salah
Satu
dari syurga-syurga-Nya.
Ibu percayalah ibu
Cinta dan kasih sayang
pada ibu
Tetap tumbuh subur di hati
ini
Walau di mana saya berada
Selama-lamanya.
Saya sayang ibu
Kekal abadi selama-lamanya
Amin…
#Syurgadibawahtelapakkakiibu
No comments:
Post a Comment