Showing posts with label diari kehidupan. Show all posts
Showing posts with label diari kehidupan. Show all posts

Wednesday, May 2, 2018

Seuntai Kata Untuk Dirasa 4


Bismillahirahmnirrahim

Tiap kali memikirkanmu, kan kutulis puisi-puisi sukma,sebagai mengenang kasih yang pernah kuberikan dulu. Betapa sulitnya kasihmu bercambah walau hanya sebesar zarah.

# aku sahabat aku teman
# selamanya sahabat

Monday, May 30, 2016

Memori Bersama Ibu



Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hari ini tiba-tiba saya teringat mak saya. Gemulah ibu. Yang sudah pergi menghadap Illahi berbelas tahun yang lalu, saat saya berumur 10 tahun. Sebenarnya saya rindukan masakan ibu. Saya rindu ibu masak ikan talapia garing. Masakannya cukup mudah tapi sangat sedap. Letak ikan dalam kuali, letak perencah dan air kemudian biarkan beberapa minit hingga air itu kering dan ikan itu terasa garing lembut.  Masa kecil-kecil dulu, inilah lauk yang cukup sedap. Saya tahu ibu dan ayah cukup suka dengan cara macam ini. Ibu cukup pandai dalam memasak. Walaupun sangat ringkas dan mudah tapi bagi saya itulah makanan yang paling sedap sekali di dunia.

Kadang-kadang cukup letak garam dan ajinomoto pun, bagi saya ia sudah cukup membuat selera saya bertambah. Makan nasi tidak cukup sepinggan. Mesti bertambah. Pernah sekali, kami dapat ikan sebesar dua telapak tangan orang dewasa. Ayah memotongnya cukup untuk kesemua anak-anaknya dan ibu kemudian menggorengnya.  Sampai sekarang saya tidak tahu adakah ibu dan ayah juga ada bahagian mereka sendiri? Atau mereka rela makan nasi tanpa lauk untuk membuatkan perut kami kenyang. Hari ini saya mengaplikasikan seperti mana cara ibu dan ayah buat dulu. Semalam saya beli enam ekor ikan talapia kerana sudah lama saya mengidamkannya.  Rasanya? Hmm, kena banyak berlatih lagi.

Sesungguhnya banyak kenangan saya bersama gemulah ibu. Pernah suatu hari saat ibu masih sihat ke sana sini, saya ikut ibu pergi mencari kerbau yang lari dari tambatan di sebuah tempat yang jauh dari rumah. Saya pernah katakan dulu bahawa ibu seorang wanita yang rajin. Sangat rajin. Itulah ibu saya. Bahkan saat kepergiannya, begitu ramai yang terasa kehilangan ibu. Ibu tinggalkan saya di suatu tempat dengan pesanan “ Tunggu sini, jangan pergi mana-mana. Kejap lagi saya datang.” Ketika itu hujan turun dengan lebat.

Namun Ibu tetap mencari kerbaunya dan saya menunggu kedatangan ibu dalam ketakutan ditinggalkan keseorangan dengan keadaan cuaca yang mula menggelap. Kepulangan ibu bersama kerbaunya saya sambut dengan tangisan kegembiraan. Dan sampai sekarang saya tidak tahu macam mana ibu boleh cari kerbau itu seorang diri. Boleh dikatakan ibu punya kepakaran dalam menangani apa-apa juga keadaan. Benar. Sampai sekarang kebenaran itu saya akui. Bahkan hingga hujung nyawa saya.

Zaman saat bersama ibu sangat indah untuk dikenang. Memori-memori itu terakam kejap di minda saya. Suatu hari yang sangat indah untuk diingat kembali adalah saat ibu dan ayah membawa saya, seorang kakak saya dan adik saya pergi ke Kota Kinabalu. Kami bertiga memakai baju yang sama. Sekali imbas bagaikan kami adalah saudara kembar. Itu kata orang lain yang melihat kami masa itu. Warnanya hijau berbunga kecil. Ibu yang menjahitnya. Ibu memang mahir dalam menjahit baju. Bahkan ibu juga mahir dalam bidang kraftangan dan anyaman. Itulah ibu saya. Ibu yang saya sayang sepenuh hati. Dunia dan akhirat. Moga ibu sentiasa bahagia di syurganya Allah. Itu doa saya pada ibu. Moga Allah SWT izinkan saya untuk bertemu ibu walau hanya di alam mimpi. Dan suatu hari nanti moga saya akan bertemu ibu di sana nanti. Saat dunia saya sudah berbeza dari yang sekarang. Dunia alam abadi.

Jika dihitung satu persatu, tiada satu pun saat bersama ibu terasa pahit. Semuanya manis dan kekadang apabila mengimbas kembali air mata akan berderai satu-satu. Sungguh terasa dengan kehilangannya. Namun kata orang bersabarlah atau bertahanlah ketika orang yang kita sayang akan meninggalkan kita. Bahkan suatu hari nanti diri ini juga akan pergi. Seperti mana kita rasakan saat kehilangan orang yang disayang, begitu juga orang lain akan rasakan nanti. Maka hadapilah seadanya. Kehilangan ibu telah merubah hidup saya dan adik beradik seratus peratus.

Tiada lagi yang ikhlas membasuh baju kami, tiada lagi yang ikhlas menyediakan makan minum kami, tiada lagi yang ikhlas membebel itu dan ini saat kami bermain hujan di laman. Malah tiada lagi kelibat ibu yang setiap pagi bersama ayah akan keluar rumah untuk menyediakan makanan kepada ayam, itik, ikan kerbau, angsa dan binatang ternakan lain. Bahkan tanaman seperti ubi kayu dan padi juga pasti akan merindui ibu. Hutan belantara juga pasti tertunggu-tunggu kedatangan ibu mengutip kayu api demi kelangsungan hidup. Dan kami, ayah, kakak, adik, abang dan saya telah kehilangan cinta hati yang paling banyak berjasa. Paling banyak berkorban. Paling banyak itu dan ini. Sungguh, kenangan pahit di sebalik manisnya adalah apabila ibu pergi dari hidup kami sekeluarga.

Masih terbayang-bayang di minda ini hari ibu pulang ke rumah setelah beberapa minggu berada di hospital. Hari ibu pulang dalam keadaan ibu tidur dengan tenang sekali. Subhanallah, mengingatinya bagaikan baru semalam ibu menasihati saya, berpesan kepada saya supaya jangan suka pergi main, nanti sakit, kalau sakit tiada siapa yang nak hantar ke rumah sakit. Tapi, hakikatnya ibu sudah tiada. Dan saya hanya memandang jasad ibu dalam keadaan antara percaya atau tidak. Dalam keadaan memikirkan kehidupan selepas ketiadaan ibu nanti. 

Dalam usia sekecil itu saya tidak tahu kenapa saya turut memikirkan masa depan. Dan sekarang, dengan usia saya sekarang ini, adakalanya saya beremosi apabila mengenang anak-anak yang kehilangan ibu mereka. Kehilangan ibu sangat berbeza apabila kita kehilangan ayah. Dua perbezaan yang ketara. Itulah yang saya rasakan dan perhatikan sepanjang saya membesar. Pengalaman dan teori tidak sama. Tapi adakalanya ia boleh jadi serupa apabila keduanya bersatu.

Walauapapun bak kata orang…Life must go on. Hadapi dengan tenang bersandarkan kepada Allah SWT. Bertahanlah. Berbahagialah, Berdoalah, moga orang yang kita sayang juga akan turut berbahagia di sana. Jadikan semua nostalgia itu menjadi inspirasi kita untuk terus menjalani kehidupan seharian.

Saya sayang Ibu
Kekal abadi selamanya
Moga Jannah untuk mu Ibu.
Insya Allah, aminn.

Catatan anakmu…Sujana Kondorid



 # gambar bukan hak milik saya

Wednesday, February 2, 2011

Diari Kehidupan

Bismillahirahmanirahim
2 feb 2011 (rabu)

Assalamualaikum
hai pengembara blog saya. harap anda semua sihat walafiat. bagaimana dengan kehidupan anda semua? moga anda semua mendapat rahmat dari Illahi.

hmmm, bagaimana ya saya ingin memulakan diari kehidupan saya ini. uhh, biarlah saya bercerita sepanjang saya hidup di muka bumi ini. lagipun sekarang ini saya jarang kirim yang terbaru kan.

baiklah, sekarang ini saya berada dalam semester akhir di mana tidak lama lagi saya akan menjalani praktikum di sebuah sekolah yang berdekatan dengan kampus saya. kawan-kawan saya sudah ramai yang pergi meninggalkan saya. pengajian mereka sudah habis, hanya saya seorang. sekarang ini mereka sudah pun menjadi pendidik bangsa kita.

sedih tu memanglah sedih tapi hidup perlu diteruskan. perjuangan belum selesai maka saya perlu selesaikannya secara pelahan-lahan. Insya Allah saya juga akan mengikut jejak mereka.

hari ini saya sibuk simpan barang-barang yang dibawa ke rumah sewa saya dan kawan-kawan saya. entahlah kenapa ya saya berasa sedih ketika mengirim diari kehidupan ini semua. rasanya saya seperti mahu melepaskan segala kesedihan saya tapi kepada siapa ya. hanya pada Allah swt. apakah saya sedih kerana saya akan tinggalkan tempat ini? apakah saya sedih kerana sesuatu perkara? apakah saya sedih dengan kehidupan saya? saya tidak mengerti. yang pasti kesedihan ini bermukim dalam jiwa saya.

hmmm, tak apalah, saya akan cuba menahan diri ini dari bergundah-gulana. kepada anda semua, saya minta maaf jika ada khilaf yang saya lakukan sepanjang menjadi sebahagian hamba ALlah di dunia ini. maafkan saya. halalkan segala yang saya lakukan.

untuk anda saya sudah maafkan kalian dunia dan akhirat. maafkan saya ya. moga kita semua selamat di dunia dan akhirat.

salam ukhuwah, salam persahabatan dan Assalamualaikum...

Saturday, August 22, 2009

diari kehidupan 5

sahur!!!! sahur....entah pukul berapa saya dibangunkan oleh romate saya untuk bangun sahur pada hari pertama puasa ini. 220809...syukur, saya tidak menghadapi masalah untuk bangun. selalunya mata ini amat payah untuk terbuka apalagi pada pukul 4 pagi. terima kasih ya ALLAH KERANA TELAH MEMBERIKAN SAYA KEMUDAHAN untuk bangun pagi. lepas sahur mata tak mengantuk. terus buka laptop...emmm buat kerja lah....semoga ramadhan kali ini memberi seribu kenikmatan dan keberkatan pada anda dan saya. Amin....

Ramadhan
kau datang tepat masanya
kala kami seronok dengan dunia fana
kau muncul dengan seribu kenikmatan...
terima kasih Tuhan
kerana menjemput Ramadhan kepada kami...

Thursday, August 13, 2009

Diari kehidupan 3

Bismillahirahmanhirahim....
Assalammualaikum wkt

pagi tadi lepas sembahyang subuh saya tidur balik n bangun kul 7.oo am.. menginggatkan kuliah toturial saya pukul 10 maka saya pun tidur balik. saya diambil oleh rakan saya pakai motor dia. kesian dia sebabnya dia terpaksa balik ke kolej semata-mata mahu ambil saya setelah habis kuliah pukul 9 pagi tadi. hmmm..dari sini saya dapat sesuatu.. persahabatan...sahabat boleh buat apa sahaja untuk kita tapi mampukah kita membalas budinya? saya sebenarnya kadang-kala takut jika saya tidak seperti sahabat yang baik. kasih sayang yang ditunjukkan oleh teman kita amat bermakna kepada kita sepanjang kita menghadapi kehidupan ini.

lepas toturial tu, saya terus ke TMNU 9 untuk toturial pedadogi BM. sekali lagi sahabat saya ini menghantar saya walaupun saya tidak mahu. hmmm...saya tidak boleh tolak pelawaannya walaupun dia penat-penat bawa motor dan saya hanya tumpang duk je....terima kasih wahai sahabatku ini. budi tuan saya takkan lupa hingga akhir hayat saya.

lepas habis toturial saya balik tapi sempat beli jus Mangga madu kat kedai yang jual buah-buahan tu. rasanya kaw...sedap n terasa lemaknya. balik je terus rakan saya ajak saya p beli tiket bas di pekan Tanjung Malim. tapi hampah juga sebab tiket bas p kelantan dah habis. sampai kat rumah tertidor sampai jam 5. hah ni lagi bahaya. pukul 5 saya ada kuliah pengantar teori kat TU 3. apalagi dengan selamba je saya bersiap dan p kuliah. kawan saya tak habis-habis telefon...macam mak pula gayanya. mungkin takut saya tak datang kuliah kot. tiba je kat bilik kuliah..ish kuliah baru nak mula lah bro...

hari ni kami belajar pasal teori semiotik/ lambang yang terdapat dalam kehidupan kita dan ilmu sastera serta ilmu lain. tak sampai setengah jam saya kat situ pensyarah saya bagi tahu kuliah habis sebaik teori semiotik itu diterangkannya. aik awal balik...tapi besok hmmm tambah satu jam lagi lah.

Dan malam ni saya tengok blog kawan-kawan, baca cerpen kat blog penulisan2u, buat diari kehidupan ni...n lepas ni saya akan tidur kot. saya tak buat apa-apa pun padahal tugasan bertimbun. emmm...ok sampai kat sini je diari kehidupanku hari ini wahai diri dan anda pembaca semua. sampai kita jumpa lagi..salam...Hanako

Friday, August 7, 2009

Diari Kehidupan 1

Benarlah...segala kehidupan di dunia ini adalah ketentuan dari Tuhan Yang Maha Esa. Rezeki, jodoh, ajal,dugaan adalah ketentuan yang tiada siapa yang dapat menghalangnya. emmmm...kenapa saya menyatakan ini semua???

sebabnya sebuah cerita telah menyedarkan saya tentang kuasa dan keindahan ALlah SWT. siapa yang pernah menonton 'Anakku Melihat Syurga'? Nah...inilah dia cerita yang menyedarkan aku tentang kuasa Allah terhadap manusia. Cerita ini mengisahkan tentang seorang anak soleh yang cacat telah mengubah perangai buruk ayahnya kepada perangai yang baik.Lihat dan hayatilah ceritanya. Sebenarnya saya baru sahaja habis menontonnya. Cerita ini mempunyai banyak pengajaran dan teladan yang boleh kita kongsi dan mengadunnya ke dalam kehidupan seharian kita.

emmmm...untuk permulaan cuma ini sahaja perkara yang saya mahu kongsikan kepada diri saya dan anda yang mahu membaca diari kehidupan saya. di lain waktu jika diizinkan Oleh-Nya saya akan membawa diri saya dan anda semua ke sebuah perjalanan hidup saya yang panjang dan bersimpang siur ini ok....diari kehidupan saya telah saya bukakan kepada anda semua yang ingin melihat sebuah perjalanan dan ranjau kehidupan yang sebenar....warggghhhh...mengantuknya...patutlah...dah jam 1.23 am...emmm...saya mahu tidur dulu k..jumpa lagi wahai diri dan saudaraku di luar sana...bye...S.hana Ak